T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Gambar itu penting..

on August 11, 2009

Ya! Gambar dalam blog adalah sangat penting…
itu tidak dapat dinafikan oleh saya yang sudah bertahun-tahun (eceh macam la dah beribu tahun) memblogging..

Disebabkan saya agak sibuk beberapa minggu lepas kerana kedatangan kekasih hati seseorang(sekarang tengah merajuk kalau dah habis merajuk boleh ganti balik)lalu membawa berjalan-jalan ke sekitar Incheon, Seoul dan terus mentravelkan diri ke Busan untuk beberapa hari.. Namun disebabkan ketiadaan GAMBAR jadi saya harus tunda dan tunda tunda beribu kali tunda untuk update cerita pengembaraan saya..

Kalau kamera saya tidak rosak dijatuhkan oleh Danish mungkin saya sudah lama update cerita-cerita bergambar saya tetapi apakan daya, GAMBAR-GAMBAR mahal bukan berada di tangan saya dan tahukah anda saya langsung tidak mempunyai sebarang gambar sekarang kerana kamera Olympus lama saya yang telah dibawa oleh seseorang itu juga tidak dapat diupload ke dalam laptop saya jadi saya harus menganga diam diam ataupun merajuk seperti sekarang senyap2 sebab orang itu macam tak paham paham pula kenapa saya nak gambar cepat-cepat.

Kamera itu bukan saya punya jadi saya malas mahu meminta-minta banyak kali.. Macam orang takde kamera pulak kan..

ohhh whatever.. (eh berbahasa orang putih pula)

Disebabkan cuaca di Korea yang panas ( baru je hujan mencurah-curah sampai pintu depan rumah saya bertakung air sebab bocor) jadi saya tidak berkesempatan nak pergi baiki Canon saya. Mungkin esok tapi yang pasti kena pergi cepat-cepat sebab kalau tidak nanti waranti Canon habis berlubanglah purse saya sebab saya korek-korek kerana kekurangan wang pula nanti kan.

Lepas pergi baiki pun mungkin tak akan dapat secepat mungkin..

Handphone saya juga yang sekarang ni sama macam tak upload gambar pun.. sebab sangat terukk okk..

so marilah saya tanamkan semangat mahu keluar esok pagi-pagi mahu pergi ke Juan-5-Dong untuk menghantar Canon saya untuk dibaiki.(dan berdoa agar saya tidak payah bayar apa-apa sebab saya simpan duit untuk bagi mak abah saya)

Oh semalam saya memasak nasi berserta ayam kicap pedas yang sedap (bagi pandangan saya lah..ehh?? bukan kau ni masak apa pun cakap sedap ke? hahaha) sebab saya puasa.. okay sebelum membuat konklusi baik saya beritahu awal-awal.. memikirkan Ramadhan yang akan tiba ni, saya terpanggil untuk mengingat semula adakah saya sudah mengganti puasa saya atau pun belum. Tapi seingat saya macam sudah ganti pada awal-awal raya dahulu tapi agak was-was kerana sudah setahun lebih jadi saya mengambil keputusan untuk berpuasa untuk langkah keselamatan..

bahaya tuhhh..

biar berlebih jangan kurang πŸ˜›

dan hari ni saya teringin makan nasi pattaya jadi saya akan buat pattaya fried rice versi sendiri tapi telur versi abah.. macam mana tu? dengan mendadar dua keping telur dan letak nasi goreng tengah-tengah .. haha comelkan abah? mudah dan senang ok.. tak payah risau-risau nak guna kuali besar untuk buat telur balut yang super maha besar.

OH..rindu nasi pattaya abah pula πŸ™

p/s: saya baru buat puding kastad jagung..nyam nyam.. ni belum puasa betul-betul saya dah craving macam-macam makanan sedap pulak πŸ™


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.