T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Sempena Ramadhan yang kian menjelang

on August 20, 2009

kadpuasa

Kepada family, rakan-rakan dan sahabatku serta readers yang Muslim,

Saya selaku penconteng blog ini dan juga webmaster saya, ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan selamat melakukan ibadah puasa.

Diam tak diam sudah setahun first time sambut puasa di Inha University ni. Cepat sangat rasanya masa tu berlalu.

Insya Allah kali ini juga merupakan kali terakhir saya menyambut puasa di perantauan ( err i mean di Korea lah ..mana tahu nanti tiba-tiba merantau ke negara orang lain pula kan).. saya grad pada tahun ni atau pun tidak adalah bergantung kepada pencapaian saya pada semester ini. *sambil genggam jari* cewah.. alamak sebenarnya takut tapi buat-buat cool ajelah.. haha

Mari kita ambil keberkatan (tiba-tiba teringat Mak Adif dalam cerita Dunia Baru pulak.. *cakap penuh tajwid* KEBERKATAANNNN) di bulan puasa ini untuk menyucikan segala yang perlu dicuci(??) ..

Oh hari ini mahu pergi ambil kamera saya(kalau saya rajin) dan bolehla update macam orang gila lepas tu.. hahaha (jadi kau nak salahkan sebab tak ada kamera lah kau pemalas nak update blog?) miahahaha..


2 Responses to “Sempena Ramadhan yang kian menjelang”

  1. hadiff says:

    A’kum…

    Selamat berpuasa….mohon maaf jika ada salah n silap…

    buka kul posa..pukul bape ? summer time ni sure panas , apa2 pun enjoy your posa….

  2. selamat berpuasa jugak buat kak hadiff ! salah dan silap pun maafkan yea??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.