T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Bergerak maju

on September 13, 2009

Sebanyak segerombolan kad raya telah selamat dipos pada awal minggu lepas dan tidak expect penerima sekalian boleh terima sebelum raya tapi..

semalam penerima pertama, Fay jelita cakap dah dapat kad..

and then adik pulak YM cakap dah dapat kad raya + duit raya (sorry to other sisters.. duit raya tahun ni hanya terbuka untuk yang berumur 14 tahun ke bawah sahaje harap maklum)..hahaha

so saya mengandaikan yang almost semua orang dah dapat/mungkin akan dapat dalam beberapa hari lagi.

Bagus betul POST KOREA ni..

like their service very much!!

seriously..

nak compare with POS MALAYSIA..

adalah sangat jauh seperti buah kelapa dan akarnya.

bukan mengagungkan kecekapan orang asing but weyhhhh dorang sangat pantas,laju,cekap,bersih,amanah dan memang customer service die boleh dikatakan NUMBER 1 in the world okey.

tu tak dinafikan.

Tunang saya yang menghadirkan diri bulan lepas pun cakap benda yang sama.  Orang kedai kat Korea ni tend to greet people very very very very nicely eventho dorang tak boleh cakap bahasa Inggeris wutsoever.. serious ..

kita rasa sangat dialu-alukan eventho memang niat takde nak beli pun.

kalau kite keluar pun dorang beramai-ramai akan jerit secara sopan sambil berkata Selamat jalan dan sila datang lagi.

Malaysia? *tutup mulut sambil pandang-memandang*

tak payah explain pun dah tau. or worst.. dah pernah experience teruk kat McD seksyen 3 drive-thru tu.. bolehla search di Kotak SEARCH tu kalau nak tau ye.

Bila aku tanya berapa hari ambil masa nak sampai kad2 ni..and dengan muka yang sangat manis (since aku memang da selalu berurusan dengan dia hantar bermacam jenis parcel mahupun dokumen) and she said.. it will take 5-6 days or 1 week..

tapi????

jangkaan ajuma tadi adalah SALAH!

salah in a good way laa sebab LAGI LAJUUUUU NGKAUUUU..

i sent it on Tuesday noon dan 1st card arrived mungkin Sabtu.. yea Sabtu kot.. haaaa kira laaa berapa hari!!

Bagus ke tak bagus???

plus barang/dokumen tak pernah lost! (sebab last year bulan puasa la mengalami masalah kritikal dengan POS MALAYSIA yang telah lostkan baju raya yang dihantar oleh tunang saya pada 2nd day of puasa tapi arrived 3 bulan selepas.. ha bagus la kan..

orang nak pakai baju tu untuk raya aidilfitri..

alih2 raya haji baru dapat pakai..

BAGUS BETUL!

see?? macam mana la tak kutuk.. memanglah kalau boleh nak berbangga sebab menjadi salah seorang Malaysia tapi servis tu kadang-kadang hishhh… jangan cakap saya poyo marah-marah itu ini bajet bagus tapi kerajaan Malaysia pun hantar pergi Korea ni suruh belajar bukan sahaja teknologi tapi cara orang Korea bekerja, hidup etc ..

Duduk sini 6 tahun so saya dah biasa dengan sikap orang Korea yang sentiasa amalkan 빨리 빨리 (palli palli) iaitu CEPAT CEPAT!!.. bila kita buat sesuatu kerja dengan cepat( DENGAN BAGUS LA BUKAN CEPAT-CEPAT TAPI HAMPEH) so boleh memajukan kita dari setiap segi dan bidang. ewah..pandai betul aku merepek tapi itulah yang aku dapat bila dah belajar ye 6 tahun kat sini.

kesimpulannya?

aku memang akan sedih bila tinggalkan Korea nanti =(


2 Responses to “Bergerak maju”

  1. kak moon says:

    satu penyakit yg berjangkit kat akak bila dah balik dari korea aritu – suka berjalan dgn sangat laju & ada kalanya smpi berlari, kahkahkah!!! bergantung pd betapa kecemasannya situasi pd masa tu…

    akak tak rasa pelik, tp orang yg tengok pulak yg rasa pelik. apsal minah ni? tertinggal ketapi ke???? 🙂

    tu baru dok sana 3 bulan, belum dok setahun, 2 tahun, 6 tahun lagikkk…

    i miss korea… huhuhu!!!

  2. tu la kan? walaupun akak x duduk lame pun akak boleh perasan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.