Cerita raya
Bila habis puasa
memang tak sudah-sudah lah orang duk bercerita pasal raya lah, rumah terbuka lah, masak-masak lah, etc..
standard betul..
last Rabu lepas ,para penjelita Inha Uni buat makan-makan sambutan raya+ birthday Akma secara potluck..
banyak gila makanan malam tu.
gambar pun ada tapi segan mahu upload banyak-banyak sebab rumah penuh barang-barang..
huhuhuhu..
biasalah..
rumah kecik sahaja.
habiskan bekalan nasi impit lalu membuat ayam rendang instant , menambah dengan masak lodeh kuning serta merajinkan diri memasak sambal sotong..
orang lain datang bawa macam-macam..
Deera bawa caramel puding yang sangat mantap manisnya..
Su bawa cucur ikan bilis yang lembut..
Akma bawa rendang daging tak sedap katanya( padahal sedap nak mamps!
) serta nasi impit..
Kak Emy buat puding kastard cocktail..
Farra dan Alin bawa air setap2 sekali ![]()
Kak Gee bawa kuih raya dari Malaysia. Bilqis pun sama juga bawak kuih-muih..
Nada derma ketupat palas ..
Siti dan Ely bergotong-royong buat karipap kelim n agar-agar..
meriah betul!!
sangat-sangat banyak makanan tapi Alhamdulillah..
selamat ditapau
hehehehe
itu yang kita mau..
yang penting??
KERJASAMA!
p/s: Siti ngan Ely takde dalam gambar sebab tak sampai lagi .proses kelim karipap nampaknye ambil masa sangat lama betul.. gigih sungguh!
thankss koranggg sudi datang n kumpul ramai-ramai… nak jemput ramai-ramai pun rumah sekangkang aje dengan kangkangan kera… so tak dapatlah nak jemput ramai-ramai.
Tags: berjalan-jalan di Korea, gediks.com, incheon, Incheon 2009, pelajar malaysia di korea, pemandu pelancong Korea, raya in Korea, seoul, south korea, travel in korea, travel to korea




serunding dah sampai kan? alhamdulillah…
sori terlambat nak inform sbb terlupa nak email awak b4 raya…
dah sampai dengan jayanya! hehehehehe mekasihhh kak moon!! buat susah susah ajeee
canteknye background baru..phewwit..huhuhuh
tomeikan?? aku yg pilih tapi zuan yang tukar kan.. muahahaha
ala… saje2 nak bagi kat sasz
ala… saje2 nak bagi kat basz