T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Aktiviti minggu lepas

on October 1, 2009

Sepatutnya kena pergi Seoul berjumpa dengan Elly yang dah lama tak jumpa plus Sophia berada di Seoul atas urusan Tourism.. Jadi plan mahu lepak bersama..

tapi lupa diri sebab raya sakan banyak jemputan makan sini sana ..

yang ada assignment (GILAK BABUN PUNYA ASSIGNMENT!) haruslah sedar diri sebab Sophia habis kerja pukul 8 malam so memang kena lepak Seoul lah nampak gayanya.

Jadi terpaksalah melupakan niat untuk merambu ramba..

tapi ada orang tu (sambil jari tunjuk Akma) baru habis graduation exam so macam menggila nak melepas tension (ke? ) hahaha..

So ajak la jalan-jalan dekat yang tak perlu travel jauh-jauh tapi yang rasa macam jauh dari rumah.

Disebabkan musnah impian dia nak tengok Seoul Fireworks Festival 2009 adalah musnah ( ye! dibatalkan sebab Swine lahh ni!!) so bagi idea ajak main bunga api kat Wolmido.

Untuk memenuhkan kereta ajak sekali Kak Emy (yang memang tak pernah datang lagi) dan Ely so takdelah sunyi sangat kalau berdua kan..

Oh bagi sesiapa yang tak tahu , kat Korea tak boleh main bunga api kat kawasan rumah .. Illegal.. nanti kena tangkap.. (itu yang cikgu cerita lah time awal-awal datang sini) so kita kalau nak buat bbq ke main bunga api or something yang berkaitan api kena pergi tepi pantai mahupun sungai .. er dan juga mungkin perlu mendapatkan keizinan.. tak ingatlah..

tu kalau macam besar la kot. So Wolmido ni macam tepi laut dan ada jeti yang menyambungkan tanah besar Incheon dengan pulau-pulau kecik yang sekitar-sekitar tu.Tapi laut ni laut tak bertepi. Memang jenis bukan boleh mandi ke apa..

sebab kawasan belah Incheon , Seoul punya pantai tak macam pantai belah Busan, Ulsan sana.. sini agak kotor.. ala-ala Pantai Barat dan Pantai Timur lah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia bak kata orang..

Kat Wolmido jugak banyak kedai seafood, raw fish, dan kedai-kedai permainan. Selalunya couple lah banyak datang sini.

So kami jalan-jalan ambil gambar.. Pilih 1 kedai untuk makan 찜 (jjim) .. 찜 ni macam masak sambal lah boleh kata tapi penuh dengan taugeh.. so tujuan utama nak carik kedai yang ada 해물찜 lah.. so jalan-jalan punya jalan jumpa lah jugak 1 kedai .. order 1.. second time ke third time makan jjim ni .. yang paling tak boleh lupa sampai sekarang 찜 kat area Ulsan pantai ape tah eh.. Lupelah.. tapi time tu pergi makan dengan Jerry n Nada lepas balik dari pantai..

3

fulamak.. wacakap lu.. setapppppp weyhhh.. dah la haiwan-haiwan laut dalam pinggan besar-besar and banyak pulak tu. Murah pun murah.. memang tak boleh celen Wolmido punya lah. tapi kalau dah lapar makan yo lah kan.. Yang penting kena tahan pedas. hehehehe (bangga pulak sebab aku boleh makan benda-benda pedas lepas duduk sini 7 tahun..)

5

Kitorang ambil yang Medium punya. Memang banyak.. Malam tu pun tak habis semua.. habiskan seafood aje sebab tu yang mahal. hehehe.. Ajuma la ni suruh ambil yang Medium. Aku nak ambil yang Small punya aje.

1

2

Time tengah makan tu elok pulak ada bunga api dari ferry ala cruise pulak. Lama jugak dalam 5-8 minit lah. So terubat lah hati Akma nak tengok bunga api walaupun tengok dari cermin kedai aja. Kami duduk dekat area cermin so boleh nampak view luar.

Lepas makan tu jalan-jalan sambil carik bunga api. Beli 3 batang yang panjang tu and 1 bunga api besi brand kucing macam kat Malaysia tu tapi kali ni bentuk love. gigih okay nak bakar. Siap pinjam lighter dari ajoshi kedai lagi.

4

6

Pastu try nasib main dart. Seumur hidup baru tau yang aku ni boleh je sebenarnya nak baling dart and letupkan belon. hehehehe terima kasih lah dekat semua orang yang berkenaan sebab bagi kata semangat dan sokongan yang berpadu-padu gitu. haha *cium semua orang* akhirnya usaha kami bersungguh-sungguh dapat bawak balik seekor monyet pink dan seketul tulang berwarna biru kenangan buat Akma sebab saya berusaha baling bersungguh-sungguh dart sampai tercucuk padu kat papan belon tu. hehehehe 😀

Lepas tu sedar diri tak boleh main banyak-banyak so tengok orang main kat permainan ape tah nama pusing-pusing. Then sesudah sedar diri yang agak lama jugak berada di Wolmido akhirnya kami pun pulang ke rumah.

Balik rumah baru gelabah tak siap banyak lagi.. Miahahahah 😀

7

makanan yang dipanggil 안주 (anju) mahupun  간식 (kanshik) makanan yang ringan dan selalunya untuk dimakan time minum  sul (arak).

p/s: Gambar ihsan dari facebook Akma 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.