T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Setelah 24 tahun

on October 25, 2009

Lepas 24 tahun..
harap ada bertahun-tahun lagi akan diberikan pada saya sebab banyak betul benda saya mahu buat dalam hidup ini..

Hari-hari tak pernah bosan ..
hari-hari hidup saya dipenuhi benda-benda yang saya suka buat..
Dikelilingi orang-orang yang saya sayang..

Dulu kuat betul mengeluh, grumpy setiap masa..
asyik nak salahkan orang itu la.. orang inilah.. pasal tu la.. pasal ni la..
tapi..
apa yang sakit? apa yang lagi tak sihat??
Hati sendiri yang sakit (sometimes menyakitkan hati orang lain) dan persekitaran dan aura sekeliling kita ni menjadi sangat tidak sihat..

Nanti adalah orang cakap tu..
eleh dah ada bf ada semua memanglah boleh cakap macam tu..
hmm yes.. tu definitely.. sebab bersyukur dengan kehadiran semua orang ni lah saya menjadi sangat menghargai hari-hari saya..
tak pernah bosan walau sedetik..
setiap saat tu saya spend ikut diri sendiri.. setiap hari kalau boleh plan apa akan buat di hari-hari mendatang..
thats why kita ada otak..
Plan untuk future..

Bukan saya terus dibagi bulat-bulat segala kebahagiaan tu..
Orang lain bukan tahu apa yang saya dah lalui sepanjang jalan sebelum nak rasa happy dan ketenangan tu..
Cuma saya tak putus asa dan saya fight apa yang saya rasa saya patut dapat..
Cepat putus asa and asyik mengeluh dah laaaaamaaaa gila saya tinggalkan semua aura negatif tu..
tak patut ada langsung dalam diri kita actually..

EYh.. why la kau nak menulis benda-benda ni???
Sebab tulis untuk diri sendiri baca di lain masa..
Untuk mengingat diri sendiri jugak yang selalu bersyukur..
Allah dah bagi kau bernafas sampai detik ni..
so kenalah enjoy life to the fullest.

Sekarang ni aku just harap abah mak adik-adik tunang aku ahli keluarga lain dan sedara mara sahabat handai rakan taulan sentiaaaasaaa sihat walafiat dan diberkati hidup..
Sebab nyeeeee..
ape guna kita ada semua tapi tak ade orang bersame-same nak enjoy kan??

Oh.
tujuan utama nak tulis ni sebab nak cakap..

YAYYYYY DAH HABIS EXAM!!!!..

err..
for now 😛

p/s: Cant wait to spend my precious time with Abah Mak and Nenek!! Harap-harap dorang selamat sampai!! Nak bawak dorang jalan-jalan tgk negara yang membesarkan dan mematangkan anak / cucu dorang nih.. hehehe

p/s2: Angah, Yoyol&Akid&Danish, Dida&Krol, Adik , Atan.. Along doa banyak-banyak kalau kita ada rezeki lebih nanti..kita datang Korea holiday sama-sama ok? Buat mase ni Along mampu nak bawak mak abah nenek aje..Please understand me ok my adik-adik???


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.