T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Melancong ke Korea-Dari airport Incheon ke destinasi anda

on November 20, 2009

IMG_3033

Abah, mak n nenek naik MAS flight ke Korea pukul 11.30 malam dari KLIA.. Dari Kuala Lumpur ke Incheon mengambil masa 6 jam selalunya.

Ok mari kita buat sedikit info untuk orang-orang yang nak travel ke Korea dari pintu gate arrival tu ye.hehe (sebab tengah rajin)

Since saya mempunyai rumah sendiri jadi accommodation memang tak perlu nak risaulah. So kalau sesiapa yang nak travel sendiri boleh book hotel berdekatan Seoul sebab saya duduk Incheon ok.. jauh sikit.. better to stay in Seoul.

Incheon Airport Shuttle Bus
Saya jemput mereka and plan naik airport shuttle bus aje since barang pun tak banyak.. usually kalau bas airport ke Seoul pun Insya Allah ada bas direct.. keluar je dari arrival gate tu sila menuju ke luar.. dan akan nampak banyak-banyak signboard..

Ok sekarang ni panduan untuk make sure bas mana yang patut anda ambil.. bolehlah carik information counter dalam airport dan Insya Allah mereka boleh bercakap dalam b.Inggeris so tanya bas apa patut korang naik untuk ke hotel korang tu..
or kalau nak senang just pergi dekat kaunter luar airport dan cakap destination anda.. kerani tu akan cakap harga dan kena tunggu dekat mana..sebab bas berhenti ikut signboard ok.

Harga selalunya tak mahal depends tempat.. dan pastinya dari airport ke Dong-Incheon is 2500 won per person.. dah turun dulu 4400 won. percaya tak? harga tiket bas kat Korea boleh TURUN!.. haha

dan mengikut pengalaman saya yang pernah tinggal kat Seoul(area Guro) tiket shuttle bus dari airport ke Guro dalam bawah 10 000 won.. so bajet2 lah below 15 000 won untuk tiket shuttle bus sehala.

290606_image2_1

Airport deluxe taxi
Boleh naik teksi / van taxi.. usually dia akan mintak 100 000 won untuk 1 kereta ke Guro. so boleh bajet-bajet jugak kalau ke Seoul tapi more than 100 000 won lah straight sampai hotel/tempat penginapan anda..Usually boleh masuk dalam maximum 10 orang adults depend kepada jenis van.

Airport express train
Selain itu, boleh naik airport train.. ada signboard tunjuk gambar train tu.ha boleh naik dan train ni memang bersambung terus dengan subway punya link. tambang mungkin lagi murah tapi kena make sure masa nak transfer. Ni kalau orang yang tak tau sistem subway kat Korea disarankan agar tidak naik dan juga orang yang datang bawak banyak barang. Kalau anda backpackers..budget trip and suka kan adventure..sila lah naik..sebab murah jugak rasenye sampai Seoul. tapi mengambil masa agak lama sebab kena tukar train banyak kali jugak.

Teksi biasa
Untuk teksi biasa (yang tadi tu teksi airport) kalau teksi biasa kalau keluar gate arrival tu terus lintas lampu isyarat akan nampak cab biasa yang berderet.. usually they dont use meter.. dia akan tanya nak pergi mana dan akan bagi jumlah berapa yang dia mintak. Untuk maximum 4 orang ke bawah sesuai naik teksi ni lah..
dan saya pernah naik balik Inha dari airport macam harga pergi ke airport jugak. 40 000 won untuk 1 kereta.. ada 4 orang so 10 000 won seorang… lebih cepat dan terus sampai destinasi. Ke Seoul tak pernah pulak try so better ask dulu..

Memana pun sama je..depends kepada ketebalan poket anda πŸ™‚

ok nanti sambung lagi~


One Response to “Melancong ke Korea-Dari airport Incheon ke destinasi anda”

  1. hadiff says:

    heheheh aku tolong tbh..naik bus limo g seoul adalah KRW9,500 seorg…..naik teksi ke seoul adalah dlm KRW70,000 satu teksi…ekek dh mcm g KLIA dr KL..ekkeek naik AREX + norm subway g seoul adalah dlm KRW4,500 saja ni sume 1 way..keeke npk sgt everytime pegi aku tukar jenis pengangkutan.e.ekkke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.