T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Raya pertama setelah 7 kali

on September 14, 2010

Akhirnya dapat jugak beraya bersama family dan saudara- mara setelah 7 kali raya di Korea. kalau ditanya mana lagi best memang akan cakap Malaysia lagi best tapi beraya di perantauan pun bukan semua orang boleh experience kan.. yang penting semua boleh beraya hehehe..

Disebabkan semua orang kerja lagi Khamia tu so abah decide kita balik lepas berbuka naik 2 kereta. aku dapat keluar awal 1 jam. muahaha baik gilos boss.. thank you so much boss!

lepas buka siap2 terus gerak. jalan ikut highway lah . banyak jugak kereta tapi takdelah sampai jam. pukul 12 macam tu dah sampai rumah nenek. makcik pakcik semua dah ade.. dah full house dah rumah nenek tu.

aku dah penat gila sebab dari pagi kena kerja pulakkan. tapi sempat lagi layan borak dengan pakcik makcik and cousin2..

raya pertama

pagi2 dah bangun mandi sunat pagi raya. tolong2 sikit kat dapur tu.cuaca mendung je.kat rumah nenek memang dari dulu pagi2 dah makan ketupat bagai sebelum pergi sembahyang raya. menu wajib:
ketupat bawang
ketupat daun pisang
kari ayam hutan
kuah kacang
sayur masak lodeh
rendang daging
serunding
nenek’s ultimate ayam masak merah

lepas makan baru salam- salam dengab semua ramai2..tahun ni dah giliran aku lah bagi duit raya. cukuplah bagi sorang sikit kat semua cousin and anak buah sorang tu..

lepaa tu yang lelaki pergi solat sunat raya. yang perempuan get ready nanti orang nak datang which we called marhaban / baraan(bahasa banjar). masukkan kuih raya kerepek kek bagai dalam balang kuih.
must have kuih:
kuih sarang semut
tart nenas
makmur
biskut kacang
kek sarang semut/kek gula hangus
acik’s superlicious kek masam manis
nenek’s crunchy rempeyek

tahun ni nenek tak buat tumpi pulak. tumpi macam rempeyek tapi kacang dia lain.

then melepak je borak2 and golek2 tunggu orang datang rumah nenek. selalunya first day memang tak ke mana sangatlah. duduk rumah je.

raya kedua

Pagi pagi dah siap sebab hari 2nd satu keluarga besar nak pergi beraya ramai-ramai. tahun ni tema kaler coklat. aku tak sempat nak buat baju apetah lagi nak beli . nasib baik ade 1 baju tahun lepas kaler coklat. belasah aje. memula singgah dekat-dekat aje then berjalan sampai ke Muar sana tu. sempat jugak singgah rumah ayah angkat di Muar.rindu betul dengan ayah.trip kali ni sambil beraya sambil menjemput untuk kenduri nanti.

last stop rumah pakcik di Medan. makan ‘nasi gaul’ . lauk orang Banjar. hehehe entah. ni pun first time makan. no komen. hehehe. balik rumah sambung buat bbq pulakk. dah dari semua duduk melepak je kitorang (ok aku lah decide) buat bbq ramai2.tapi semua ngantuk. tahun depan kita plan lain..

raya ketiga

petang dalam pukul 4 macam tu kami bergerak pulang ke Shah Alam.

thats my raya in kampung! how about u? 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.