T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur

on January 24, 2011

Link : www.klbirdpark.com/

Location: Center of KL

Kitorang berdua bosan tak tau nak pergi mana weekend.. Sementelah dah lama tak jumpa si Debab so plan nak keluar jalan-jalan bawak dia but tak nak pergi shopping complex which was not a good idea sebab aku tau nanti ade je aku nak beli… tengah-tengah bulan ni kena kurangkan perbelanjaan.. and masa tu pun rasa macam nak berjalan-jalan dan exercise sikit..nak jogging ke nak buat something sporty and extreme kitorang takde gear lengkap lah.. so penatla dek non google itu ini..

Tak pernah lagi jejak kaki kat Taman Burung KL ni.. pernah lalu tapi tak pernah masuk.. Untuk dewasa yang ade MyKad hanya bayar RM20 untuk per entry.. for 3 years old ke bawah adalah PERCUMA.. so si Debab masuk free πŸ™‚ thats why kitaorang suka betul bawak mamat cinonet nih..

SO after pukul 2 siap2 and gerak Ampang dulu ambik si Debab.. Dia suka betul maklong and paklong datang nak bawak jalan. Siap bawak baju spare konon2 takut nanti kotor.. Tanye nak pergi mana.. dia cakap nak pergi Taman Burunglah.. haha so sah sahla memang nak pergi taman burung la ni.. Memula memang panas ya hamat.. tapi bila dah sampai dekat-dekat tu.. tak payah risau langsung.. sebabnye.. pokok yang besar2 banyak sangat so redup je cuaca dalam tu.. memang tak kena matahari sangatla dek terlindung dengan pokok besar..

Memang sesuai untuk sesiapa yang nak bawak anak-anak kecik tengok keindahan alam and nak tengok burung..Bukan burung je ade.. memacam la ade.. yang Danish kenal dalam tu ayam serama. macam ayam atuk katenye.. haha

Kitorang sampai dalam pukul 3 macam tu and masukΒ  3 jam.. right before dia nak tutup for the day.. KL bird park ni bukak pukul 9AM sampai 6PM ye .. so tak payah beriya nak pergi pagi-pagi la rasenye kot.. haha sebab kitorang ni kalo cuti memang takkan la nak keluar pagi-pagi unless memang dah plan.. ni kate pun unplanned kan..

Bila masuk tu je kita dah boleh nampak merak, bangau, etc bersepah-sepah.. Husband belikan makanan burung+ikan dari mesin berharga RM1 sahaje. Jangan habiskan kat situ.. so boleh simpan sampai hujung nak dekat2 dah balik. Kalo tak gemukla ikan+burung kat depan tu aje.. Jauh lagi ni nak berjalan..

And better beli air dari luar jelah.. mahal la dalam. Air mineral biasa RM4.. sama harga dah dengan Ribena yang jugak RM4.. aiskrim je murah sama harga kat luar..

Depan pintu masuk

Tengah tengok ikan dalam kolam.. while Merak(peacock) his fav bird dalam bird park ni..

Teringat pulak dulu kecik-kecik ada bekas macam ni jugak .. dalam telur dapat game comel-comel..

Bagi makan

Senyum paksa oleh Maklong

Sambil mulut marah-marah ikan yang makan makanan dia campak. Dia nak bagi ikan lain tapi ikan lain yang ngap..

Danish pelik tengok burung parrot tu bercakap

Orang nak ambik gambar sorang-sorang tiba-tiba dia menyempit!

Berehat makan aiskrim.. πŸ™‚

Dah kenyang sambung jalan

Tengoklah tu dia kat depan tak tunggu Paklong n Maklong

Burung merpati or crown dove

Sempat lagi 2 orang ni kannnnn….

Acara kemuncak.. 15 minit berdiri tengok monyet dekat luar exit.. taknak balik pulak tu.. lepas dah bagi 2 minit baru nak masuk kereta..

Best! Tak payah nak pergi jauh-jauh semate-mate nak enjoy scenary yang cantik menghijau nih.. Exactly 10km from our house.. and masuk KL pun tak jam time weekend kan.. We are planning to go visit Planetarium, Muzium Negara pulak lepas ni.. but tak sesuai bawak Danish.. maybe kena tunggu dia besar sikit baru boleh enjoy. Senang bawak dia ni… thats why Paklong dia tak kisah.. Maklong dia memang kalo boleh pergi mana-mana pun nak angkut si Debab ni.. Mak dia pun tak kisah sangat sebab tengah mabuk-mabuk kat rumah.. He is very cheeky so tak boring jalan-jalan bawak dia.. =) Well at least after dah penat melayan we can send him backΒ  right away to his ibu again πŸ™‚

Insya Allah.. ada rezeki kami adelah.. but for now.. belum lagi.. mungkin si Dia nak suruh kita practise dulu agaknya.. yang penting usaha itu tangga kejayaan.. kan yang kan? =)

Now berdua je lahhh πŸ™‚ and we are happy


3 Responses to “KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur”

  1. sil says:

    salam. ini 1st time saya bukak blog nih. blogger tegar awak ni eh? sangat best baca pasal taman burung kl tu. okeyyy next time saya nak g. salam perkenalan yer.

    btw, camne nak dapatkan ikon onions kat atas ni. bestnyer kalau boleh letak kat blog sendiri juge :27:

  2. salam….
    hai… kitew baru jerk abis lawat blog awk nie…. seronok sgt biler dpt info pasal TAMAN BURUNG KL nie n kebetulan ari nie memang planning nak bawak my son jln2x… tp mula nyer ingat nak bawa gi TAMAN RAMA2x jerk cuz dulu masa dating ngan hubby kat situ jer yg selalu pergi.. ( hik2x..)
    Tapi biler dah baca blog awk nie… terus hubby kitew ckp nak gi sana jugaak arini…
    padehal… arini ader show kat Dataran Merdeka…. ( entah lah.. hopefully ader parking lah kaat Taman Burung arini.. huuuuuu..) πŸ™„

    Ermm.. anyway.. nak kasi tau nie… si Danish tue memang tomey.. hehehe πŸ˜€

    key lah.. kiteworg nak bersiap nie… nak gi Taman Burung… bye..byee :15: :27:

  3. Irfan says:

    Arini gatal tgn saje2.xsangka dpt info tmn burung KL.bagus sgt.kalau xnaya main redah je..kopak duit.skrg senang nak budget pergi nanti.thank :25:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.