T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

First try -Asam pedas ayam

on February 1, 2011

Memang first try betullah ni. Tak pernah-pernah try nak masak sebab ingatkan susah sangat nak buat ni tapi Puan Azie punye penerangan tu macam senang pulak buat asam pedas ni..
Dah 26 tahun hidup ni.. Ade 2 je masak asam pedas yang betul-betul melekat dekat kepala nih..
1) Asam pedas ikan kembung embah wedok Gombak πŸ™‚ my bestest dan paling feveret sekali.. Sedap melampau-lampau..
2) Asam pedas ayam Dewan Makan SAMURA setiap selase/rabu tak sure tapi perghhhhh sedapp siottttt…memang sanggup berlari-lari pergi DM semate-mate teringatkan asam pedas tuhh..

Untuk first try ni , husband saya jua cakap boleh lah..sedap.. Hihi
Resepi ambik dari puan azie and dari internet tapi ubah-ubah sikit..banyak barang takde..

Ni resepi simple sesuai untuk orang beginner macam sayaaa πŸ™‚

Ayam 5 ketul

Bahagian Tumis
Cili merah 3 biji
Bawang merah sederhana 2 ulas
Bawang putih 4 ulas
Belacan 1 inci (kot..haha)
Cili boh 1 sudu besar
Serbuk kunyi 1 sudu the (sebab takde kunyit hidup)

Tomato besar 1 biji
Serai 1 batang
Sejemput daun kesum
Air asam jawa (asam jawa sejemput)
Sedikit air
Sedikit minyak
Sedikit garam

Cara-cara
First, blender semua bahan Tumis.
Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah diblender tadi dengan serai sampai naik bau.
Masukkan ayam.
Biarkan dalam api sederhana sampai ayam kecut.
Masukkan tomato dan daun kesum
Masukkan air asam jawa. Depends la nak pekat ke nak cair ke tapi selalunye kalau asam pedas ayam kuah bagi pekat sikit baru sedap.
Masuk garam secukup rasa.
Hidangkan bila ayam masak sepenuhnye.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.