T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Resepi Temerloh- Ikan Patin masak Tempoyak

on February 18, 2011

Resepi ni husband yang ajar.hahaa bagus tak laki yang ajar bini masak..
Ikan patin sangkar ni beli masa balik kampung Temerloh hari tu.. Kalau patin sangkar dari sungai Pahang dengan patin kolam yang biase jual murah-murah dekat Tesco ke Giant ke tu memang lain rasa dia.
Hari tu beli kat pasar sehari Temerloh..sekilo RM12 kot rasanya..
So better beli yang ikan sangkar kalau singgah kat Temerloh ..

Bahan-bahan:
Ikan patin
Tempoyak
Daun kesum
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Serbuk kunyit
Serai
Sedikit minyak
Sedikit garam
Air

Cara-cara:
Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili padi dan cili merah.Tak payah lumat-lumat sangat.
Panaskan minyak.
Tumis bahan yang dah ditumbuk tadi.
Masukkan serai dan tumis lagi sehingga naik bau.
Masukkan air lepas tu masukkan serbuk kunyit. Tunggu air mendidih masukkan garam pulak.
Lepas tu baru masukkan ikan.
Bila dah betul mendidih masukkkan daun kesum and tempoyak. Kacau sampai sebati.
Tutup api bila ikan dah masak dan hidangkan dengan nasi panas yumm πŸ™‚


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.