T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

First try – Hummus

on February 23, 2011

Hummus ni kalau siapa biasa makan di restoran Arab ke Turki ke or senang cerita kedai makanan middle east mesti pernah makan hummus ni..

Kalau kat Korea memang selalu makan kat area Itaewon tu. Itaewon memang penuh dengan kedai halal banyak dari Pakistan la Arab la Turki la memacamlah.
Kalau kat Malaysia ni dulu selalu makan area Jalan Damai, KL tu.. Tapi last year dia dah tutup dah area tu so menggagaulah carik kedai lain yang ade hummus sedap.
Restoran Rawsha dah try tapi memang tak sedap.Hummus kering and roti bukan roti nipis tu tapi bagi roti macam roti nan..so tak sedaplah jadiknya..

Kitorang berdua ni memang tengah musim nak try explore makanan baru yang boleh dimasak di rumah. Hari-hari nak makan di luar pun bukannya mampu kan so better masak and makan kat rumah je.. Enjoy pun enjoy je πŸ™‚

This time kita try hummus pulakk
Bahan-bahan:

Chickpeas 1 tin
Sedikit serbuk jintan manis
Jus lemon dalam 1-2 sudu kecik
Seulas bawang putih
Tahini (sesame seed paste) sebab tak jumpa so I used sesame oil..tak banyak sikit je..
Olive oil

Cara-cara:
Toskan chickpeas dan simpan air untuk memudahkan kita blender bahan nanti.
Masukkan semua bahan kecuali olive oil ke dalam blender dan kisar halus.
Masukkan air lebihan chickpeas jika terlalu kering..
Sejukkan hummus di dalam peti ais dalam bekas kedap.
Sedap dihidangkan dengan roti arab yang nipis.
Hidang sejuk dengan sedikit olive oil di tengah-tengahnya.

Sedap makan dibuat dip. Sihat dan rendah kalori πŸ™‚


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.