Minggu lepas ade training 4 hari.. agaknya bersungguh-sungguh training sampai sakit belakang..
aku memang tak boleh betul kalau duduk tersalah urat ni mula lah sakit belakang tu datang balik..
Elok je habis training aku pun MC. nak buat camna memang tak larat sungguh nak pergi kerja wa cakap lu.. nak duduk pun macam tersiat-siat je urat belakang..
Nak pergi Putrajaya Hospital nak buat appointment kalau tak berbulan memang tak sah lah kan.. so ke klinik sudeyhhh..
Doktor tu cakap kalau sejarah sakit belakang dah ade memang akan selalu kena.. sprain ni memang selalu jadi la kalau salah sikit posture..
nak baik tu memang kena ambik masa lama jugak lahh…
lepas tu si suami pulak demam teruk dari Jumaat sampai la Isnin.. siap MC jumaat dengan isnin tu tau
memana pun semua sakit sekarang kan.. harap-harap lah cepat hilang musim demam kan..
semoga sihat
terima kasih 🙂