T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Cuti – cuti Kuching Part 3 (Seafood heaven)

on May 15, 2011

Semalam battery bb tinggal nyawa-nyawa ikan pastu encik suami guna bb dia pulak untuk tether. Kitorang tak amik wifi so kenala pandai2 nak tether tapi since semua hp/bb pun unlimited internet jugak so no point nak amek wifi dalam bilik kan..

Lepas dah freshen up diri masing-masing kitorang (tipu! Aku je! :p) pun decide nak try seafood la kat Taman Kereta yang dipanggil Top Spot. Memang femes sungguh.

Dari Tune Hotels tu jalan straight and belok kiri memang dah boleh nampak signboard besar TopSpot tu kat tingkat 6.

Mr Asphiroth cakap nama kedai femes is ABC. Memang baca dari blog orang lain pun situ memang femes antara banyak2 maybe sebab tukang masak dia la kot.

Masa dah sampai tu memang orang almost full dah. Tapi nasib baik datang berdua je so kejap je pelayan tu carikkan meja untuk kitorang. Suka suka! 🙂 memang pelayan baik-baik sungguh! Semua nak tolong je takde masam muka ke ape. Kalau ade certain people cakap la konon orang Sarawak tak suka orang luar memang bidaah sangatlah tu. So far memang baik je. Insya Allah harap2 memang semua yang kitorang jumpa baik-baik jelah.

Kedai ni cara dia kita kena pilih semua barang / haiwan termasuk sayur sekali and mintak dorang masakkan. Tapi sebab aku blur so pakcik tu yang tolong. Aku amek udang galah 2 je tapi niat di hati nak makan lobster tapi dah pernah makan lobster pun kat Manhattan Fish Market so tu yang try udang galah pulak.

Udang galah 2 then tanye pakcik tu masak apa sedap. Dia suggest buat butter prawn. Checked! Pastu amek ketam xxlarge kot 2 ekor. Mintak suggest lagi nak masak apa and dia cakap black pepper sedap so ok checked! Then sotong nak celup tepung untuk 2 orang makan (ni kalau masak lain hubby tak makan ) then Mr Asphiroth memang suruh rasa ambal and sayur midin. So mintak pakcik tu buat untuk 2 orang makan and tanak banyak-banyak. Dia suggest ambal masam macam masak sambal pedas and midin masak garlic since kitorang tak berapa makan belacan.

Midin tu macam pucuk paku yang femes gila kat sarawak ni so kenalah try untuk sesiapa yang datang sini tu yea!

Ambal pulak memang lain dari yang lain ala-ala macam pepahat kot tapi memang rasa dia macam kerang.

Then ada mamat tu datang tanya nak try umai tak pastu kitorang tanyela umai tu ape. Umai ni macam kerabu ikan yang ade bawang and limau. Then hubby kata try jela so kitorg order 1..

Makanan tak anta sekaligus yea mana yang sampai tu kalo tak sabar ngap la dulu. Yang sampai dulu kat meja kitorang ketam black pepper. Pastu semua dh sampai tapi main dish yang udang galah tak sampai-sampai. Sudah.. Terus tanya balik pakcik yang ambik order tadi and dia confirm balik dengan kitchen.

Pastu pergi balik meja kitorang and confirm balik memang kitorang nye udang galah sesat tah ke mana so melepaslah nak makan udang tu tapi masa tu macam bersyukur jugak sebab dah full gila.

Sini jenis order-order orang tu masak then hantar ikut meja means adala orang dapat makan free udang galah semalam tu agaknya. Hehehe rugi boss tu 24 hinggit..

So total semalam: RM82 untuk 5 jenis lauk.

Semalam nampak bil ketam 2 ekor besar RM33 kot Umai RM10 sehidang and maybe lelain tu dalam RM10+ or RM20+ ikut hidangan.

Big boss kata murahlah ni 2 orang makan macam ni agaknye kalau makan kat Restoran Cerana tu memang confirm more than that lah. Alang makan biase-biase pun dah RM60++

Memang puas hati cuma sedih tak dapat makan udang galah tu lah.hehehee tapi takpe.. Mak tak kisah noks!

Gambar amik guna hp encik suami nanti la update dgn gambar lelain. Update 1 gambar je okay!


One Response to “Cuti – cuti Kuching Part 3 (Seafood heaven)”

  1. naja says:

    salam..
    hye akak..know what?i took a whole nite reading ur blog post..n i think it
    was awesome eventho a bit tired..im in loved with korea..wish i culd be there
    day..please tell me more about korea..
    btw;u re soooo sooo cute..:)how did u learn korea language so well?bye2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.