Cuti – cuti Kuching Part 4 (Pasar Serikin)

Ok sementara tengah break 5 ni meh la kita update nanti lama-lama malas.. Mana yang ada gamba je la boleh update now sebab ade gambar banyak dalam digicam..

Pagi-pagi Mr Asphiroth dah bbm suruh bangun and parents dia ikut sekali since dia pun tak berapa sure jalan nak pergi Pasar Serikin tu. Pasar Serikin tu macam jauh jugaklah dari bandar Kuching tu. Naik kereta lalu jalan kampung dalam 1 jam setengah jugak kot. Β Panas jugak la vontot duduk dalam kereta. Parents Mr Asphiroth seronok betul cerita itu ini pasal Sarawak and banyak info aku dapat dari dorang. BTW Pasar Serikin ni dibuka Sabtu dan Ahad je dari awal pagi sampai 2-3 petang kot. So kalau datang Sabtu Ahad tu boleh lah amik kesempatan jalan-jalan kat sini.

Masa sampai tu dah nak pukul 10++ pagi kot and cuaca agak sejuk and mendung gerimis gitu. Kalau tak memang panas lagi agaknya Serikin ni.

Pasar Serikin ni kalau google memang tempat patut dilawati kalau datang ke Sarawak. Tak sure macam mana nak pergi sendiri tanpa kereta tapi yang aku check ada je depan Hilton or Riverside Shopping Mall tu ada teksi yang boleh hantar pergi dan balik cuma ongkosnya saje la lain sikit . Kitorang free hehehee..

Apa yang ada kat Pasar Serikin ni? Mostly kain- kain, langsir, baju-baju, barang-barang perhiasan rumah dan macam-macam lagilah..

Aku sempat sambar kain pasang 6 helai.. dari RM39 jadi RM30 je sehelai tu pun boleh je nak kawtim lagi tapi takpelah niat orang dah bawak ni pun bersyukurlah dapat murah jugak kan..

Pastu beli purse beads yang memang terkenal kat Sarawak ni.

Beli buah salak madu sekilo. Nak beli banyak-banyak kang terkulat-kulat nak bawak.

Beli ikan masin layang-layang?? eh ke kot namanya murah lah sebungkus besar RM3..

Apa lagi ek.. lupa dah tapi takdelah melampau. ingat nak angkut tikar kan tapi haihh takpelah.. kita pasang niat datang Pasar Serikin nak melawat je bukan nak shopping gila-gila..

Jalan jauh jugak lah dalam 2KM patah balik kot.. Kitorang jalan sampai memang hujung ke border dah. hehehe.. Ramai orang patut nya tapi sebab dah datang pagi-pagi takde lah sesak sangat..By tengah hari kitorang dah gerak balik ke Kuching.

Kitorang singgah makan kat SCR iaitu Singapore Chicken Rice.. memang ada kat Sarawak je ye. Ala-ala Chicken Rice Shop kat Semenanjunglah tapi nasi dia memang sedap. Bukan ade nasi ayam je tapi ade western pun ada kot. SCR ni kalau time puasa memang fully book ye and banyak cawangan kat Kuching.. Lepas tu aku order Teh Special Peng (kot?) which is 3 Layer tea.. sedapp dari semenanjung sehh.. sumpah sedappp..

Gambar takde lah amik sebab segan lah kat parents Mr Asphiroth macam jakun gila (padahal memang jakun pun) hahaha..

p/s: Gambar semua kat dalam digicam nanti tepek lain lah untuk kenangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− two = 2

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>