T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Cuti – cuti Kuching Part 5 (Tune Hotels Waterfront Kuching)

on May 24, 2011

Bilik kitorang book right after beli tiket kapal terbang la so senang tak payah nak fikir-fikir mana nak tido kan.Bilik yang kitorang ambik ni memang basic habis tapi okay sebab baru jugaklah nak consider belum 5 tahun. Bersih tu boleh lah standard. Takde tingkap yea kalau nak tingkap kena bayar. Standardlah tun budget hotel kan. Memang budget betul. Untuk other accommodations memang boleh beli time book bilik or add-on once dah datang and check in. Memana yang berkenaan lah ye.

Macam kitorang memang ambik basic betul sebab bila dah sampai baru nak bayar and tengok mana yang perlu. Kitorang tak tahu pulak dalam bilik dah ada kipas. Ingatkan takde so amik untuk 24 jam punya aircond .. so kena tambah RM12++ kot tapi below RM20 lah.

Bila masuk memang ada kipas dah and bukak aircond pun tak rasa sangat then husband ingatkan dia macam top up once u pay u use la kan.. tapi ni dia kira 24 jam bila kita masukkan kunci tu kat tempat dia. Macam malam tak nak guna pun still kira sebab bila ada kipas tu memang dah sejuk dah. So kalau sesapa tak tahan sejuk tu try dulu tengok kipas tu macam mana sejuk ke panas ke baru lah boleh add-on.

Untuk tuala pun kitorang bawak sendiri so tak amik. Memula nak amik package entertainment dalam RM15 which include TV and WIFI tapi husband cakap kalau ade TV mesti kita nak tengok TV je so tak payah. WIFI pun boleh tether guna BB kitorang je. and FYI bb aku pun unlimited internet so macam tak berguna sangat je kalau ambik WIFI pun.

Tapi so far okay lah.. Dalam bilik ada safety box jugak tapi bilik kitorang punya adalah tangan gatal pergi kunci and tak tutup so dah tak boleh reset dah dia punya number tu.. so tak boleh lah nak guna.

Then everyday dia memang bagi drinking water 2 botol. So tak payah nak beli dari luar lah.. Untuk sabun etc semua tu ada jual tapi kitorang memang bawak sendiri je..

Depan pintu masuk.. we’ve got 2nd floor.

Hallway kecik je tapi tak kisah sangat lahh.. 🙂

 

 

Ni untk queen bed.. Tilam dia best okay memang bukan stok murah-murah punya tilam la.. selesa to us..

 


TV dalam bilik.. tapi tak guna pun.. buat sangkut tuala je hahaha


3 Responses to “Cuti – cuti Kuching Part 5 (Tune Hotels Waterfront Kuching)”

  1. ciku says:

    salam awak..kita nak tanya ..ada kenal sesapa student malaysia kat korea yg
    ada disana pada july 2011 ni..nak jadi tourguide kitorang ke sana..
    pls reply mine

  2. CHM says:

    Ohhh macam nie rupa tune hotel, kalau nak jimat semua kena bawak sendiri lah yer.

    Tapi memang bagus pun bila dalam hotel takder tv, takder radio, takder wifi,
    banyak masa boleh habis bersama.

    kalau tak ada ajer yg dok glued to TV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.