T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Tips untuk sesiapa yang belajar/melancong di Korea

on November 2, 2011

hei! i nak pergi for exchange student to korea..but risau sikit pasal expenses.. so nak tanya kat korea foods, pakaian, accomodation mahal tak? sebab for that program, elaun only will be given for flight ticket and preparations. lain2 expenses di sana adalah tanggungan sendiri tapi mereka boleh carikan biasiswa untuk kami tapi tak confirm lagi lah pasal scholar tu.. so nak tanya pasal 3 soalan yang penting jugak..1, mahal tak cost di sana? biasanya untuk makan sehari berapa RM ye? if you can, convert lah ke RM from korea won..lagipun tak faham sangat dengan sistem duit korea sebab kadang2 tengok cerita korea memang tak faham pasal duit dia..2, nak tanya pasal muslim food senang tak dapat kat sana..senang tak dapat n banyak tak restaurants for muslim n last skali, saya nak pergi exchange ke pukyung national university. lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea? thanx! hope to get your respond ASAP! –ย izuanmusa@gmail.com

 

Maaflah encik.. saya ni bukan 24 jam blogger tegar so tak boleh nak jawab cepat-cepat. Blog ni blog personal yang bila saya rajin saya tulis.. tapi tergerak hati nak share info pengalaman saya di sana. BTW untuk pengetahuan semua yang berminat nak sambung belajar/ duduk Korea ni.. Saya dah lama balik dari Korea.. saya dah grad tahun 2009 dan balik sini 2010 .. eh? baru tahun lepas :p tapi rasa macam dah lama sangat lah.. maybe hidup kat Malaysia ni yang pergi balik kerja ni buat rasa macam dah bertahun -tahun balik Malaysia kot..

Ok mari cerite satu-satu:

mahal tak cost di sana?

Mestilah mahal kalau nak compare dengan duit kita.. duit sana 1000 won sekarang maybe dah RM3 macam tu kot.. tapi ikut pasang surut.. time saya datang dulu baru RM2++ je tapi makin lama makin naik lah.. standard.. 1000 won tu macam RM1 dekat Malaysia.. 1000 won boleh dapat air mineral tapi kadang-kadang ikut kedai ada air mineral 500 won.. so kire sendiri lah mahal ke tak :p

biasanya untuk makan sehari berapa RM ye?

Nak makan pun satu cerite jugak.. untuk diingatkan lagi sekali, Korea tu negara bukan Islam.. makanan halal susah nak carik.. memang lah lagi susah kalau kite duduk jauh dari Seoul..kebanyakan restoran yang halal ada di area Itaewon aje.. jadi makanan lain adalah dengan makan makanan yang ada seafood.. itu pun kalau korang lalu lah.. selalunya kalau makanan restoran halal dia ikut buffet.. seorang 10 000 won paling murah dan paling mahal dalam 30 000 won ikut restoran.. dan ini mostly di Itaewon, Seoul ye.. Macam saya pernah duduk di Incheon ada kedai halal di Dong-Incheon.. Makanannya dalam 5000 won ++ untuk paling murah dan seterusnya.

Untuk yang gamble dan boleh terima makanan korea.. ย bolehlah makan kat shiktang/warung/kedai makan yang bersepah-sepah tapi diingatkan kena pandai mintak makanan sebab kalau tak pandai nanti susah pulak sebab mostly kedai ni pun ada yang jual pork sekali..

Usually untuk budak Malaysia yang duduk di Korea ni duduk setempat dan mostly memang dari zaman senior-senior makcik pakcik korea ni dah kenal and tahu yang budak Melayu Malaysia memang tak makan pork dan ayam dan daging yang tak disembelih so dorang memang takkan bagi kita makanan yang mengandungi unsur-unsur tidak halal.. untuk 1 hidangan dalam 4000 won-5000 won (area Seoul) dan 3000 won – 4000 won (area Incheon).. so bajet lagi skali ๐Ÿ™‚

lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea

Saya tak sure pulak sebab saya tak pergi universiti yang encik nak belajar tu ye.. so ape kate boleh call or email je department encik tu untuk dapatkan kepastian.. selalunya kalau diploma/ degree memang fully korean unless kelas BI.. tapi depends lah.. ramai je professor Korea memang tak suka cakap BI sebab tu bukan bahasa rasmi dia..

 

Jadi.. untuk sesiapa yang nak jadi exchange student mahupun belajar di Korea.. ย memang tough sikit sebab bahasa Inggeris tu memang tak banyak dipraktikkan.. cubelah amik kelas bahasa Korea or belajar sikit-sikit dari Internet.. pasal pengiraan duit pulak cube belajar dan hafal dari sekarang.. mana ada benda senang dalam dunia ni kan ๐Ÿ˜‰

 

Hope dapat bantu serba sedikit..


4 Responses to “Tips untuk sesiapa yang belajar/melancong di Korea”

  1. ika89 says:

    hai awak..sy nk tye,…klo gajet2 samsung n LG lagi murah dr malaysia ke?thanx!! ^^

  2. Moon_hani says:

    Saya nak blajar kat Korea gak!

    tapikan…
    saya x tau nak apply camna… TT^TT
    toloooonggggg~!!!!
    SPM result bulan 2 ni.. OMG~

  3. cuba carik borang JPA ๐Ÿ™‚

  4. Ainor says:

    saya nak sgt study sana!tp ade course utk kedotoran x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.