T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Pengalaman My Dear Warehouse Sales Oct 2011

on November 21, 2011

Lama dah nak update pasal warehouse ni tapi sejak dua menjak ni macam perlu pulak share dengan mommies dan bakal mommies yang lain.. Lama dah aku survey warehouse untuk beli barang-barang baby maklumlah ni baby first so macam banyak barang je nak kena beli and disebabkan aku ni memang jenis yang suka survey-survey ni jadi banyaklah baca review dan komen orang-orang pasal warehouse berkaitan babies nih..

Memang My Dear ni dalam 3-4 bulan selalu buat warehouse sale kat Puchong tu. Diorang memang ada websitewww.mydear.com.my tapi barang dia boleh tahan mahal jugak.

Sale ni start 26 Oct sampai 7 Nov rasanya tapi kitorang serbu Deepavali hari tu sebab duit gaji dah masuk hehehee .. plus banyak jugak nak borong.. Dah alang-alang Deepavali tu cuti so mohler kite..

Memula ingat nak pergi pagi-pagi buta tapi disebabkan masing-masing agak malas nak bangun pagi-pagi dalam pukul 11 pagi baru bertolak.. nasib baik aku dah sedia semua alamat dengan koordinat gps bagai.. biasakk ahh kalau jalan dengan suami tersayang kat tempat-tempat dia tak selalu pergi memang kena prepare semua benda kang buat kacau mood je aku nak shopping bagai kan..

Dalam pukul 11 lebih nak dekat pukul 12 jugak kitorang sampai sana.. memang dah ramai orang dah..terus masuk and benda pertama kita nak carik memang stroller, baby car seat, play pen, nursing pillow dengan baby bath tub. Semalamnya tu memang dah survey harga dia and ramai yang kata memang lebih murah dari harga retail dia..

Pastuh aku dah sediakan dah list apa yang nak digrab masa warehouse kali ni.

1)Baby Stroller

Ciri-ciri yang aku carik:

  • 2-way pushing function
  • light weight
  • easy to fold

so pilih punya pilih husband cakap ambik yang nih:

www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=37&product_id=82

Tapi aku ambik kaler merah ah.. kasi otak anak terangsang dengan benda-benda yang terang :p eceh padahal tak tau lagi masa ni team pink ke team blue so untuk kaler selamat kita ambik la merah yek..

Retail price : RM329.00

Warehouse sale price: RM230.00

 

2) Baby Car Seat

 

Tak de lah jenis apa nak ambik sebab tak tau lagi kan tapi kalau boleh yang boleh guna dari new born sampai la umur besar-besar sikit so tak payah nak beli banyak-banyak kali.. Car seat ni harap-haraplah dia nak duduk dalam tu kang beli-beli taknak duduk dalam tu memang menangis den..

 

Tapi sebab car seat yang kitorang pilih tu dah stock clearance memang dah tak jumpa pulak dalam website mydear tu. Lepas tu tak berapa ingat pulak dia punya price.. Rasanya dia cakap retail RM300++ then kami beli dalam RM200++ je. Yang ni memang boleh pakai dari newborn sampai 16kg..

 

Tapi similar sangat dengan yang ni:

 

www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=48&product_id=271

 

cumenya aku pilih merah lah as base.. cambiasakkk.. hehehe

 

3) Play pen

 

Lepas dah kecoh-kecoh pilih stroller and car seat terus gigih survey baby cot ngan play pen.. Memang niat di hati nak ambik baby cot tapi bila baca review kata nanti baby dah besar sikit dia tak nak dah duduk dalam baby cot tu so macam rugi lah. at least play pen nih boleh la letak luar kot dia nak main-main  kan.

 

Masa tu ada 2 jenis je.. satu murah sikit dalam bawah 200 tapi husband cakap better ambik yang lagi satu yang 200++ tu sebab batang dia aluminium so insya Allah tahan lagi dari yang lagi satu tu.. so we decided ambik la yang mahal sikit :

 

www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=46&product_id=212

Macam biasa jugak ada blue and red.. Semestinya red menjadi idaman hati ku ini… miahahaha..so dapat beli dalam RM230 jugak rasanya.. retail price dalam RM300++

 

4) Nursing pillow

 

Ex-officemate ada advised suruh beli satu nursing pillow ni dia kata membantu sangat masa nak susukan baby nanti so survey punya survey ade pulak jual kat mydear ni..

 

www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=35&product_id=363

Retail price : RM99.99 Warehouse sale price: RM50.00

 

5) Bath tub

 

Ni pun memang dah survey dalam website and memang nak ambik yang anti-slip tu so ambik yang ni :

 

www.mydear.com.my/index.php?route=product/product&path=50&product_id=388

 

Retail price : RM89.90 Warehouse sale price: RM54.00

 

6) Playmat

 

Yang ni sambil menunggu husband beratur nak bayar tu sempat lagi bini dia ni capai satu sebab comel sangat hihi retail dia dalam RM100++ tapi diskaun jadi RM64.00 je.. harusss la cheq sambar satu kan.. walaupun takdak dalam list kan hihihi..

 

7) Nursing bag

 

Yang ni pun 50% discount dia dari RM70++ jadi RM30 je.. so harus lah pilih satu kang.. nak selamat ambik kaler unisex so takde la kang tak boleh pakai ke apa kan.. and ambik yang berzip semua so takdela terbukak sini sana..

Total dalam RM800+ jugak semualah..

 

Tapi senang hati siki sebab barang-barang yang mostly memang mahal dah beli dah and dapat harga warehouse sale lagi kan..

 

Cumanya kalau nak pergi tu lain kali tak payah lah bawak baby or anak kecik sebab memang ramai betul orang.. and cara dia nak beli tu kena masuk display room and pilih then kalau dah pilih mintak resit kat pekerja yang tunggu kat area display tu. then bayar lepas dah dapatkan semua resit. Kat sini pun terima kad untuk lebih RM150 rasanya so tak payah bawak cash la kot kalau sesiapa yang ada credit card mahupun debit card tu. Then lepas tu baru pergi pintu sebelah and beratur nak dapatkan barang-barang dah beli tu dari kaunter..

 

Humangai .. sistem dia tu bagus tapi yang tak bagusnya kena beratur lama kot.. berbaris sampai 2 jam.. kesian suami saya ittew kena beratur 2 jam nak dapatkan barang..

 

Kalau mommies yang ada anak kecik and yang pregnant kalau pergi sendiri tu mesti dah tak larat nak beratur tu.. Dahlah tengah beratur tu tiba-tiba hujan lebat pulak!!!.. haruuu..

Kitorang blah dari situ dalam pukul 2++ nak dekat pukul 3 jugak.. pheww!!

 

Nasib baik tukang bawak tak complaint ye dok.. hahaha tapi awal-awal memang dah kabor ke dia yang kite nak pergi ni warehouse sale ni memang akan ramai orang..

Kompem pasnih kalau ada lagi warehouse ni dia ajak awal-awal pagi sebab tak nak bersesak dengan ramai orang kan..

 

We totally saved a lot of money.. sambil membeli sambil bijak berbelanja orang kate.. hehe

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.