T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Ujian BSP @ Klinik Kesihatan

on November 30, 2011

Disebabkan result air gula aku agak tidak normal dan berada dalam julat tengah so nurse suruh buat ujian BSP pulak untuk monitor glukosa dalam darah.. so dia bagi appointment:

16/11 – Ceramah pemakanan oleh pakar dietatik

21/11- Ujian BSP

22/11- Review by doctor

 

16hb tu aku pergi macam biasa .. ceramah ramai-ramai dalam bilik seminar.. bukan aku sorang aje la yang kena.. ada nak dekat 10 preggers kot.. sesi kali ni memang untuk ibu hamil je.. ada akak tu dah 3 kali pregnant pun memang asyik kena aje.. so dia kata normal lah kalau badan besar ke kecik ke takde kaitan pun sebenarnya.. depends pada badan seseorang tu lah macam mana reaction dia..

sedap sikit hati aku.. yelah down la jugak maybe sebab aku ni gemuk so sebab tulah dapat penyakit-penyakit ni.. tapi bila akak tu explain aku macam sedap sikit hati.. at least dapat detect awal-awal dari aku ada problem masa saat-saat akhir nanti lagi tak ke haru biru jawabnye..

Dalam 1 setengah jam jugak ceramah then habis.. aku turun bawah jumpa nurse.. nurse bagi penerangan serba sedikit pasal ujian BSP pulak next weeknya..

21hb 11 tu laki check dengan sukarelanya ambik cuti so tak payah la aku susah payah nak drive sorang-sorang ke Shah Alam.. keh keh keh.. angkut sekali laki bini..

Pukul 8 terus sampai klinik.. ambik no semua then nurse suruh pergi makmal je terus.. bagi buku then terus nama kena panggil and dia tap! tangan aku dgn jarum and ambik sikit darah.. reading darah pun dia ambik untuk 1st time iaitu reading berpuasa … dalam 4.3 je bacaan aku.

Orang kat makmal tu suruh aku makan breakfast and datang balik pukul 10 terus ke kaunter makmal tak payah pergi jumpe nurse dah.

Aku terus ajak laki breakfast dulu tempat macam biase lah .. sebabkan aku memang gila suka dengan nasi lemak Ceria tu aku bantai makan nasi lemak sotong sama milo ais.. keh keh keh.. habis makan pukul 10 aku pergi balik klinik and tap! lagi sekali dia cucuk jari aku..reading terus naik 7.6 kau.. hahaha penangan nasi lemak sama milo ais tuhh.. padahal makan tak sampai 2 jam lagi.. aku makan dalam pukul 9 macam tu kot.. kire tak berapa betul la julat dia tuh.. tapi takpelah.. tak kuasa nak tunggu lama-lama sebab dedua ngantuk gila.

Then dia explain lagi pukul 12 makan then datang balik pukul 2..

Aku balik terus terbongkang 4 jam tak sedar.. tengok-tengok dah nak pukul 1.30 dah.. memang nasi lemak tadi tu buat aku kenyang sampai ke tengah hari.. so pukul 2 tu laki cheq ajak pergi klinik balik and tap! lagi sekali reading gula diambik oleh orang makmal tu..

reading untuk pukul 2 menunjukkan 4.9 iaitu dalam julat normal.. then lagi skali dia suruh datang pukul 9 malam tapi kena makan pukul 6 petang.

Pukul 9 pergi makmal so dapat reading 5.3 and masih dalam julat normal walaupun makan pukul 6 petang.. pheww!

22hb tu besoknya pukul 7.30 pagi aku dah gerak dah ke klinik.. macam biasa cik abang hantar and teman sekali sebab dia kerja petang.. lepas jumpa doktor baru balik rumah Cheras..

Doktor pun check result semalam and terangkan serba-sedikit pasal BSP semua kenapa kena buat etc.. baru lah aku paham walaupun sebelum tu dah baca kat dalam internet .

Disebabkan aku kena jumpe doktor 2 minggu sekali so aku mintak doktor sini transferkan aku dekat Klinik Kesihatan dekat dengan rumah Cheras.. Dulu ingatkan takde ape-ape so boleh refer Shah Alam punye klinik kesihatan je tapi sebab ni dah kena 2 minggu sekali so memang terpaksa transfer dekat dengan rumah Cheras lah nampaknya.

Doktor pun suggest yang paling senang nak pergi sebab memang aku kena datang klinik selalu pun..tapi sebelum tu doktor suruh aku ambik suntikan kancing gigi dulu.. berderau darah masa dia suruh buat hari tu jugak.. mak tak ready weiiiii 🙁

So nurse tuliskan dalam buku apa yang patut and suruh aku masuk bilik suntikan untuk suntikan kancing gigi tu pulak.. tak sakit melampau la tapi tetap sakit.. perghh berape kali la kena cucuk dah nih.. demi mu anak.. mummy rela dalam terpaksa 🙁

Next monthly appointment patut nya 26hb 11 tapi sebabkan nak transfer ke Cheras so nurse suruh buat kat KK area Cheras terus jelah..

settle semua terus balik..

malam tu tangan aku start lenguh-lenguh..

bila baca dalam internet rupanya memang kesan-kesan dia akan lenguh-lenguh dalam 2-3 hari..

ampeh nurse tadi tak bagitau apa-apa pun. seb baik aku cuti seminggu.. hmmmmmm


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.