T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Melaka trip dan cerita-ceriti

on December 29, 2011

Last week kan bercuti-cutian sambil pergi kenduri my officemate kat Melaka..
Dah book Hotel kat Melaka Raya.. City Park Hotel..
okaylah.. hotel ni penuh melayu je.. breakfast included.. tapi cheq ni pandai sangat pergi book superior twin.. merasalah tido berjauhan laki bini..
miahahaha..

Bertolak dari Cheras pagi Jumaat tu.. sambil bawak slow-slow..sambil pusing-pusing sukat jalan bandaraya Melaka sikit..
This time punya trip memang aku takdak plan apa-apa langsung..
sebab cuaca pun ala-ala mendung gitu sambil hujan lebats ya hamat..
duduk hotel time Krismas kan. merasalah bayar super peak punya rate tu yang tak kisah sangat kalau takde pergi mana-mana tuh..
Dah sah-sah bayar mahal-mahal sebab nak duduk hotel kan..
hahaha..

Sunyi hotel tu walaupun tengah bandaraya Melaka..
Dekat betul dengan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan Mall..
Malam jumaat tu kitorang keluar cari makanan kat Dataran Pahlawan Mall tu.. humang ai penat gila jalan pusing-pusing tak jumpa kedai makan best..
Sekali makan prosperity burger je kat McD.. hehehehe hampeh.. jauh2 datang makan burger je kitorang..
tapi standardlah dah terikut perangai husband aku yang jenis tak suka makan kat warung-warung or kedai makan yang tak berapa femes selain fast food or restoran macam Nandos ke Kenny Rogers ke.. ha camtu dia layan..
itulah husband saye πŸ™‚

then Sabtu tu memang dari pagi lepas turun brekafast asyik hujan je.. kitorang sambung tido jee sampai tengah hari..
then baru keluar sebab masing-masing dah lapar.. Sebabkan hujan so nak carik tempat yang bertutup lah kan karang basah pulak.. sambil tiba-tiba aku terasa nak shopping so aku ajak pergi AEON Bandaraya Melaka.. besar kot.. pastuh banyak gila kot kereta.. 30 minit jugak kitorang carik parking..

Memang gegila lah orang keluar sebab musim cuti kan.. cuti panjang pulak tu..

Nampak Burger King so kitorang decide makan Burger King ajelah.. see fast food lagi.. hehehehe

Lepas tu jalan-jalan kemain carik seluar husband lah.. carik hadiah wedding lah.. carik itu ini lah.. sedar-sedar dah nak ke malam..

Masa singgah Daiso tuh.. tengah jalan-jalan cuci mata tengok barang-barang sekali ada orang ni tegur.. tanya ni yang buat blog tu kan.. auwww tersipu sipu di situ hehehehehe.. Nana (harap-harap tak salah nama sebab terlalu terkejut bila ada orang tegur sebab tulis blog ni) saja balik kampung and terserempak dalam Daiso and decide nak tegur saya yang tengah melilau kat Melaka nih.. hehehe thankssss sebab sudi tegur! Marilah add di facebook! πŸ™‚ )

Aircond AEON tu kemain sejuk gila tau.. sampai la husband aku terselesema.. Malam tu dah start tak sihat dah..

Esok nya Ahad tu check out terus gerak pergi rumah officemate kat Bukit Katil.. jumpa borak2 30 minit macam tu and then mintak diri nak pergi menjamu selera.. makanan adalah marveles.. dan paling tak boleh tahan.. goreng pisang panas yang dicicah sambal kicap.. woww setapppp…. tapi tak cicah la kicap tu kang sememeh je aku makan.. tapi goreng pisang makcik tu memang sedap gila lah.. no wonder dorang serve kasik masuk dalam menu kenduri kahwin.. sedappp sangat! rangup! πŸ™‚

Then terus kita gerak balik KL.. masa nak keluar dari tol Ayer Keroh tu singgah kejap beli dodol Melaka then yang sebelah sana tu jam menggila dari depan Zoo Melaka sampailah ke exit tol Ayer Keroh tu.. kesian lah nak bercuti tapi kena tempuh jem dulu semorang tuh.. Memang dah boleh agak pun sebab orang cuti lama kan.. memang agaknya time ni aje free nak bawak anak dan keluarge berjalan-jalan..

Balik tu terus kemas-kemas baju and then kami ke Kapar pulak sebab mak and abah buat makan-makan masuk rumah baru.. Dekat situ je husband dah badan panas.. =( keshiannn sangatt…


2 Responses to “Melaka trip dan cerita-ceriti”

  1. Nana says:

    Salam perkenalan πŸ™‚ Fb u aper? akak add yer πŸ™‚

  2. Kat tepi tu ada akak add la πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.