T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Review diapers @ lampin pakai buang

on June 20, 2012

Few months sebelum deliver dah tanya-tanya my sis which diaper is the best memandangkan dia dah jadi ibu almost 5 years.. So dia pun bagi pendapat dan cadangan but all depends dengan sensitivity kulit anak sendiri so tak boleh nak jangka jugak..

Cloth diaper memang taklah for now since mommy adalah kemalasan and plus.. yang dah siap sedia kan ada.. maybe akan try later satu untuk Maryam but for now memang tak la.. but we see how..

So dari 7 months pregnant tu setiap kali pergi Aeon ke pergi Carrefour ke Mydin ke Tesco ke ..mesti nak pergi bahagian diapers and belek-telek tengok which one yang ade discount and all.. And dah 3 bulan ni.. Maryam dah dipakaikan few brands untuk tengok which one yang paling best for her..

Drypers
Yang ni paling murah antara semua brand masa tu sebab ada discount kot.. Dekat Mydin macam baru RM12++ and consider murah jugaklah sebab usually newborn ni memang pakai banyak sebab kencing + poopoo lagi and masa baru-baru tu lah memang kena jaga betul-betul.
Maryam pakai ni once PetPet free dari HUKM tu dah habis. Dari segi ketahanan memang okay je tapi ade one time tu Maryam poopoo tapi dia tidur.. bertuah lah mommy daddy dia nak perasan kan.. so bila bukak baru nampak dah ada rash dah πŸ™ kesian sangat masa tu.. mesti pedih. Plus NB punya size ni a bit small for Maryam. So beli dalam 2-3 packs lepas tu dah tak pernah beli dah.

Then pakai yang Drypers Wee Wee tu.. yang tu macam okay and borong 3 packs masa kat Tesco RM23 je untuk jumbo pack.. tapi tahan sebulan++ je kot now tengok macam tah takde pulak sale lagi..
Huggies
Yang ni beli 1 pack je and lepas tu memang tak repurchase dah.. Material dia macam tak berapa best.. tak macam kain and both husband n me macam a bit love-hate lah dengan this brand.. tak sure kenapa.. plus dia punya pelekat tu sometimes macam tak berapa lekat sangat..

Pureen Basic
Yang ni beli masa Pureen Warehouse sale just nak try je kan.. paling kecik saiz S.. sampai sekarang ada lagi tak habis-habis.. tu buat pakai masa in transition berak sebelum mandi or berak sebelum tidur or pakai sekejap-sekejap je lah.. memang macam tak berapa tahan. ni pun jenis bukan kain so macam dia berwap dalam tu..

Pureen Dry5 (Red)
Yang ni pun sama jugak beli saiz S masa warehouse and still ada. yang ni cutting besar sikit dari Basic walaupun dia saiz S.. pun material lebih kurang macam Basic and agak kurang yakin nak pakaikan lama-lama kat Maryam takut rash naik lagi.. So pakai sekejap-sekejap je lah ni.. kalau travel memang tak kan pakai yang ni or Basic tu.

PetPet
So far Maryam pakai PetPet je sebab ikutkan masa pakai Newborn punya tu memang sesuai sangat dengan Maryan.. harga pun affordable lah kalau mommy and daddy pandai carik time discount. Tapi hari tu masa MIL tolong jagakan Maryam dia cakap Maryam sekarang dah suka gerak-gerak kaki so celah peha dia tu macam merah sebab cutting dalam diapers tu kecik . Macam sakit je πŸ™ so now dah pesan kat hubby kalau nak pakaikan diapers Maryam jangan ketat sangat tang peha tu sebab peha dia ya ampun.. kemain besar.. sebab tak logik nak pakai saiz M. Dia baru 2 bulan++ kot plus ada banyak ruang lagi bahagian bawah tu so macam buruk benor kalau pakai M pulak nanti.. Dahlah aritu borong sampai 4 pack..
Takperlah.. tunggu habis PetPet ni nanti mommy survey diapers lain pulak yang cutting besar tang peha tuh.. cian dia.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.