T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Review: Bulgogi Brothers @ Midvalley KL

on April 26, 2013

Another halal korean restaurant in Malaysia! wohoooott!!

Terlebih excited sebab boleh makan yang bakar-bakar macam ni kat Malaysia.. Kat Korea dulu mana boleh kan.. hihih excpet seafood.. tapi ni saje nak bagi husband merasa makan ‘SSAM’ which means WRAP dalam korean.. Daging dibakar then balut dengan pelbagai jenis salad/sayur 🙂

If im not mistaked ada few branch jugak dah Bulgogi Brothers ni kat Malaysia. Sila masuk website sini:
www.bulgogibros.com.my/

Tapi disebabkan Midvalley yang dekat dengan rumah kitorang so marilah ke Midvalley saje ye. Kalo dalam Mid pun korang tak jumpa memang patut pun.. Sebab location dia kat atas sekali 1 floor dengan food court lama yang besar tu. Food court tu kan dah tutup kan and dia bukak macam new Asian style punye shoplot. Banyak kedai jepun korea etc.

20130124_173336

Ni semua dah termasuk dalam pakej dah. Kite masuk-masuk tu memang dia akan bagi menu suruh pilih nak mana. Kitorang ambik Love set ke apentah tapi dalam 400gm punye daging la.. Bulgogi ni  means beef yang diperap dengan soy sauce etc. Tak pedas dan sesuai untuk semua kategori. Tapi tak berapa sesuai untuk orang yang suka makan pedas-pedas hehehee..

Rasenye normal je kot ‘banchan’ (Side dish) dia.. tak tau lah kot dia tukar-tukar ikut hari ke. Tapi mostly kalau kat korea ada kedai yang tukar menu hari-hari..

20130124_174338

Ni pulak free menu. Masa tengok kat facebook ada bagi reward untuk free meal ni kalau ambik ape-ape jenis package daging.  So terus claim je. Ni namanya ‘ttak-koci’ means chicken skewed. ala-ala sate ayam la tapi versi pedas. Memang kalau orang tak biasa makan ‘gocujang’ (cili boh korea) memang akan rase pedas tapi so far husband aku boleh lak telan ni kan.. hahaha takpun perut dia dah biasa dengan kepedasan korean food ni :p Ni sepatutnye harga RM29.90 (something around that) tapi dapat free! Tunjuk je email claim dari FB tu terus mamat cashier tu kata ok 🙂

20130124_180149

Satu yang tak best sini waiter tolong masakkan semua sampai habis.. haihh habis feeling nak makan ala-ala korean style.. hahah maybe sebab dia ala-ala restaurant kot so org maybe malas nak masak sendiri la.. so dorg amik konsep waiter tolong masakkan and kau ngappp aje..

Kalo nak ikut tekak diri sendiri.. ttak-koci lagi sedapppp ekekekek ni plain la rasa dia.. oh yea any side dish tu macam boleh refill je.. sebab kitorg refill sayur-mayur untuk wrap tu je.. Air teh pun free.. tak payah order air pun takpe.. tapi kitorang gedik order air manis jugak ! :p

Rasenya lagi best kalau restoran ni ala santai macam kat Korea.. tapi tulah.. dia macam high class sikit.. harga pun standardla takde kedai halal lagi buat mcm ni so a bit pricey gak.. sekali-sekala boleh lah nak makan..

total dalam rm100++ jugak aritu untuk 2 orang..

till then!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.