T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Pasar Malam Putrajaya Presint 2

on May 20, 2013

Sejak dah pindah ni.. dpt info dari member yang Putrajaya ada pasar malam. Pasar malam Putrajaya ni terletak kat tengah – tengah Presint 2. Untuk yang tak biasa dengan Putrajaya punya presint ni.. kalau Presint 2 tu tempat selalu ada event besar-besar Belon panas ke, konsert ke semua kat sini lah. Depan pejabat kerajaan tu..

Dah berapa kali pergi dah kalau ikutkan tapi selalu macam nak cepat sebab nak ambik Maryam dari nursery. Susunan dia pun ikut memula macam groceries ikan bilis , bawang, sayur etc  pastuh barang basah macam ikan ayam daging semua tu.. then buah-buah pun 1 tempat.. pastuh baru la makanan and paling hujung untuk barang kering macam baju and lelain lah.

Usually datang memang nak carik benda makan untuk dinner je..

Dah pergi berapa kali ni baru kite nampak la apa yang sedap apa yang tak sedap. Mana yang orang beratur ramai tu memang sedap. Tak susah pun nak tau apa yang sedap. hihi..

Antara makanan famous kat Pasar Malam Putrajaya ni:
1) Roti John Unan dari Taman Warisan Putrajaya – ni maybe cawangan dia kot tapi memang yang kat Taman Warisan tu famous jugak roti john ni. Plus .. roti dia adalah murah dan bagi kitorang yang dah rasa ni.. Ok la.. sedap tu sedap plus MURAH.. baru RM3.80 sebatang nih.. and kalau beli 3 RM10 je.. lagi jimat.. memang beratur gak la tapi takde la panjang sebab dia buat cepat..
image

2) Ayam crispy RM1 – Yeaaa memang betul harga dia RM1 jee seketul.. Dah berapa kali pergi memang tak jumpa and plus malas nak carik-carik. This time location dia elok pulak on the way balik ke kereta. Masa sampai tu ayam tengah goreng lagi.. Makin lama makin ramai pulak yang beratur. Bila dia letak je kat rack tu semua pun berebut. So ku nak try dulu je amik la 5 ketul. .. Takdelah kecik.. size dia pun sederhana la. Kalau kat kedai orang lain maybe dalam RM2++ jugak harga dia ni tau. Tapi ni dahlah rangup sedap baru RM1 je.. No wonder orang sangup beratur panjang nak beli ayam ni.

image

 

image

Daddy kata next time kena beli banyak sebab sedap. Hehehehe

3) Ayam Uncle Bob – Yang ni pun mana-mana pasar malam pun memang famous. Tapi yang lain sikit versi Putrajaya ni ada original , spicy and very spicy. Selalunye ada original and spicy. Harga RM5.80 so consider murah lagi dari Desa Tasik punya RM6.50. Tapi daddy kata even spicy dia pun macam agak pedas dari spicy yang biasa dia makan. Beratur sampai 2 line. fuhh.. dah la panas kan.. kena beratur panjang plakss…

4) Putu mayam – Yang ni pun ramai orang beratur tapi tak pernah berkesempatan nak beli.

5) Apam balik warisan – Yang ni pernah beli RM2.50 untuk yang biasa tapi dia ada banyak lagi special etc2 apa bagai. Lembut memang lembut apam balik dia. Cuma daddy ni bukan peminat apam balik sangat so xde la dia kecoh-kecoh. Ku makan sedap aje. hehehe Murah plak tuh..

6) Air blended dari lori kuning – Last time try chocolate blended dia.. Wow sedapp. harga RM6.50 hehehee tapi berbaloi lah.. sedappp sangat.. penuh krim semua.. Sila try.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.