T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Ostrich Farm, Port Dickson

on June 18, 2013

After check out PD tu on the way balik nampak Ostrich Farm..
Dulu kalau berdua memang tutup sebelah mata la nak pergi sebab macam huishhh tak kuasa lah nak tengok binatang bagai..
Tapi sejak menjak ada anak nih, memang dah natural sifat ibu bapa kot kalau boleh nak dedahkan anak dia dengan macam-macam binatang. (ek?)

So alang-alang (Memang berkuasa sungguh perkataan ni) dah sampai terus la suruh daddy lajak balik pusing nak pergi tengok Ostrich Farm & Aquarium katanya.. Mommy pantang kalau nampak Aquarium ni. mesti nak pergi.

image

Pintu masuk Ostrich Farm.

Depan pintu ada tulis berapa fee untuk masuk Ostrich Farm nih. Ada jual jugak makanan yang kita boleh bagi dekat binatang dalam ni. Untuk adult RM13 per entry and makanan dedak tu RM8 (Mahai kotttt) Untuk Maryam adalah free..

 

image

Ada anak kambing dia saja lepaskan. So kita bolehlah uji keberanian dengan hulur makanan kat dia. Mommy did it.. Tapi bau kambing melekat oi kat tapak tangan. hihi..

image

Maryam first time jumpa Ostrich. First time jugak mommy beranikan diri bagi ostrich makan lepas diyakinkan berkali-kali oleh tukang jaga yang mommy takkan kena patuk. hihiihi.. first and last kot! Saja nak tunjuk berani kat anak.

 

image

Tapi benda ni jugak yang dia carik. Hish…

Sebab kat Rumah Peranginan TNB ade sebijik macam ni. dari jauh dia dah berlari lari.. Ingatkan nak buat apa rupanya nak naik menda alah ni.. voley?

image

Maryam tengok daddy bagi makan kat rabbits. Habissssssss dia pergi renyu

image

Kucing ni kucing sesat kot takpun tokey farm ni yang punye tapi dalam banyak-banyak binatang dalam farm ni.. Ni aje yang Maryam minat siap kejar-kejar tarik ekor kucing lagi @_@ Memang genetik cat lover tu ada dalam genetik daddy lahh.. Mommy kurengg sikit dengan binatang nih hihihi..

image

Ada taman baru gantikan aquarium tu kot sebab tak nampak aquarium dah just ada taman dinasour ni je. Maryam memang layan tak layan je lah.. tengokla muke seposen dia tu..

image

Okaylah.. habis tawaf. adalah dalam 30 minit kot kitorang jalan-jalan sini.. Dalam tu ada cafe yang jual burger/sate daging unta ni.. boleh lah try tak pulak tengok berapa ringgit.. ramai jugak orang berenti rehat dalam cafe tu. Mungkin takde benda lain dah kecuali duduk situ la.. Macam rugi plak bayar RM13 sorang tapi masuk tak sampai 10 minit kan.. hihii

overall memang kena perbaiki lagi.. kesian tengok unta macam sakit je .. persekitaran pun kotor la.. mungkin lecak la tapi ntah lah.. tak berapa terjaga.. pastuh macam takde benda sangat je nak compare dengan Taman yang dekat ngan Kuala Gandah tu. Situ at least ada beruang and ular bagai.. Sini memang sikit sangat binatang dia..

Apa-apa pun.. pengalaman masuk ni disimpan rapi dalam memori..

πŸ™‚


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.