T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Buffet Ramadhan 2013: Al Rayan, Cyberjaya

on August 1, 2013

Kalau sesiapa yang kerja area Cyber ni tau lah berapa banyak kedai arab area Cyber ni.. Yang paling femes tu Saba la tapi untuk anak tekak lidah ku ni kureng la Saba tu nasi madhut dia tu.. Kering sikit.. sedap tu memang sedaplah and portion pun banyak tapi so far masih tak dapat lawan Jalan Damai punya Nasi kambing 🙁

This time kita nak try Al-Rayan, daddy Maryam dah try dulu dengan officemate dia and dorang ada buffet Ramadhan RM25 nett per person. MURAHHH KANNN? tapi kalau korang jalan-jalan situ memang mostly kedai arab punya buffet memang RM25 la gitu.. Hadramawt yang famous kat KL pun RM35 je per person..

Ate dah duduk area sini tak kuasala nak pergi KL semata-mata nak makan nasi arab.. hehehehe..

Mision kami anak beranak ni nanti nak try semua kedai Arab yang area Cyberjaya nih.. Mana tau ada di antara tu kan yang kena dengan tekak lidah ku ini ke kan kan..

Tapi Al Rayan ni takde lah besar mana pun.. Kecik je tempat dia. Kitorang pergi tu pun hari Ahad, tu pun datang awai gak.. Pukul 6.30 dah tercongok. Seb baik ada tempat kosong lagi kat dalam.. Kalau lambat memang dapat makan la kat luar.. Dorang bukak meja tambahan..

Sekeliling tu tak ambik pulak gambar sebab 6.30 petang tu dah kira tenaga sipi sipi je lah tu. Dah la pulak lepas waktu sahur kemain laki bini aduii… Maryam jer bertenaga bukan main..

20130728_192215

 

Bukan main suka dapat makan buah faveret dia buat tembikai.. Maryam memang watermelon lover.. Tu yang selesema ngan batuk tak baik-baik tu..

Gambar sekeliling tak larat nak ambik.. haha boleh? sebab dah gigil gigil dah tunggu waktu berbuka..

20130728_192156

20130728_192149

20130728_192131

20130728_192105

 

Buffet spread dia memang almost semua dalam menu lah.. roti ada nasi ada 2 jenis .. pasta ada.. moussaka.. lamb..chicken.. lamb kebab..chicken kebab.. ada humus ada macam -macam lah ..

Memang berbaloi la RM25 sorang tu sebab kalo tengok menu pun.. 1 menu dah berbelas ringgit gak standard kedai Arab la kan..

20130728_190004

Cuma satu je yang slack ni nak solat tu takde tempat kot.. macam takdelah so kitorg gigih makan laju-laju pukul 8 dah chow chincau dah..

nasib baik rumah dekat.. 5 minit zaaasss sampai..

Next time kitorang nak try buffet murah lain lagi… =)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.