T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Resepi biskut bebola cornflakes

on August 6, 2013

20130803_100507

20130803_102357

BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi:  ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/08/biskut-bebola-cornflakes.html

Bahan:- (anggaran 70 – 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit) // tukar pakai sunsweet + ceri merah 
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 – 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 – 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

P/S: Sebab saya ni mempunyai tahap kesabaran yang tak berapa tinggi so saya campurkan skali cornflakes ke dalam adunan dan baru saya sudukan ke dalam cawan kertas. Actually tak payah sudu pun takpe sebab adunan senang nak dibulat -bulatkan. 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.