T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Buffet Ramadhan 2013: INTEKMA Resort, Shah Alam

on August 6, 2013

Last weekend berbuka puasa satu family besar kami sebelum sambut raya. This time memang semua pergi so Alhamdulillah dapat berkumpul sebelum minggu ni raya lain lain dah..

Adik dah booked sebelum puasa lagi katenye. Per person RM55 tak sure nett ke idak..

Kami dapat 2 meja bulat dekat dengan pool dengan tempat orang menyanyi.

Kalo pk pk balik baik ambik tempat dalam aircond takdela panas sangat..

Parking jauh tapi Alhamdulillah ada disediakan buggy so boleh naik buggy je nak ke tempat makan.

20130804_192301

 

Dia buat khemah sepanjang tepi kolam tu so macam agak panas sikit tapi tulah kang kalau tak tutup bila hujan habis basah pulakkkkk..

Dari segi food spread memang lauk melayu lah takde yang special sangat. Agak menghampakan.. Nasi beriyani/minyak lepastu nasi putih dengan lauk-lauk biasa yang kita boleh dapat kat kedai or warung-warung..

Ada stall stall lain jugak macam kambing golek (tapi kena catu dan daging kambing liat keras), ikan bakar ( pilihan tak banyak dan dah siap siap bakar so tak berapa sedap sangat), mee goreng char kuey teow goreng etc, sotong kangkung (tp stall ni jauh nak ke atas)

Lepas makan 1 round kitorang dah takde rase nak ambik 2nd round ke 3rd round ke sebab semua macam tak best sangat..

Untuk Rm55 per person tu memang macam tak berbaloi lah kata abah. Abah compare dengan buffet Ramadhan dekat Kiara last year abah cakap lagi sedap dan lagi banyak lauk dan makanan yang menarik .

20130804_192306

 

20130804_192541

IMG_20130804_192142

Opah cam biasa tukang jaga cucu .. hehehee makanan atas meja tu Alhamdulillah kami habiskan takde yang membazir..

Yang penting kami dapat kumpul sekeluarga.. Memang dah jadi tradisi selalu berbuka puasa sama-sama sebelum menyambut Syawal.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.