T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Raya Aidilfitri 2013 – Raya hari pertama

on August 15, 2013

Lepas mommy balik kerja hari Rabu sebelum raya tu terus gerak laju-laju balik Temerloh. This time turn daddy beraya di kampung halaman. Mommy dengan Maryam tak kisah asal kami beraya hehehee.. Plus sebelum tu dah kumpul ramai-ramai satu family sebelum masing-masing balik beraya.

Sebabkan jem dekat depan Zoo Negara orang sibuk shopping lemang ketupat bagai so kami lambat sikit terpakselah buka dalam kereta. Sempat tapau hotdog masa singgah isi minyak kat Gombak.

Jalan alhamdulillah tak berapa nak jem la.. Masih laju dan takde tersekat-sekat. Maybe orang ramai dah balik before tu lagi.

Malam tu kami tidur rumah Atuk Maryam dulu.

20130808_085702

 

Pagi raya. Malamnya tidur lambat. Merasalah daddy dengan Atok dah balik dari solat raya pun Maryam tak bangun lagi. Mommy paksa bangun jugak sebab nak pergi beraya rumah Wan belah nenek pulak ni :p

20130808_095054

Mood tak baik lepas mandi hihi mandi paksa memang gini la gaya. Mommy dengan daddy pun dah siap pakai baju raya semua πŸ™‚

20130808_095147

 

Maryam dah tak sabar suruh daddy dukung nak jalan-jalan.

20130808_103404

 

 

Dalam kereta menuju rumah Moyang pulak. Tadi dah beraya dengan Atok. Now beraya belah Nenek pulak =) Yes Maryam ramai Atok , Nenek, Wan and opah hihiihi.. Untunglah..

20130808_131955

 

Daddy tahun ni takde beli baju melayu baru. Pakai baju , seluar , samping, kasut , songkok suma masa kahwin dulu.

Mommy pulak last minute dapat present dari butik ecewah katanya.. lawaaa kann? tantekkk kan?? Kalau tantek dan lawaaa sila visit link niΒ raynaa.my/

Raynaa adalah plus size expert fashion expert online/offline boutique okeh..Offline boutique kat Damansara sana. Klik kat link memang keluar alamat penuh tak susah nak carik. Eden yo tak berkesempatan lagi nak melawat kawasan.. inshaa allah soon!

Bukan jual baju kurung je baju macam-macam baju Raynaa ada jual. Ku dah berkesempatan visit HQ kat SG Long masa dia open office arituh.. rambang mata tapi have to refrain myself.. T_T

 

 

 

20130808_113310

20130808_132142

 

Raya first tu kami sempat beraya few rumah je after bersalam-salam dekat rumah Moyang Maryam. Ikut nenek maryam beraya rumah sedara.

Bila dah ada anak ni, memang betullah orang cakap, semua persediaan anak kita nak sediakan. Semua nak baru la konon nya. Kite sendiri pun takde sangat. Tapi takpelah.. memang dia yang paling gembira sakan dapat jumpa sedara mara cousins dia semua kan =) As long as u happy baby..

Balik beraya terus ambik baju tidur dan baju raya tidur rumah nenek pulak =)

Esoknya nak sambung raya lagi..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.