T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Raya 2013 – Hari Raya kedua

on August 23, 2013

Petang raya pertama sambung beraya lagi rumah kawan lama daddy. Best pulak ihih dan yang pasti memang Maryam paling suka bile pergi rumah Uncle Tapa.. Mainan bukan main banyak.. Takde rezeki nak jumpa Uncle Baha and wifey pulak.Maybe next time 🙂

Balik dari rumah Uncle Tapa kita balik rumah Atok nak ambik baju untuk besoknya sebab nak tidur rumah Nenek pulak.

Besok pagi pukul 10 semua dah bersiap. Maryam boleh pulak tengah malam nak termuntahlah apalah..Penat sangat la tu..

Mommy siap-siapkan Maryam dulu.. Raya kedua no more baju kurung.. This time mommy bagi pakai black dress.. Kang bila lagi nak pakai.. Maryam kejap je nanti dah tak muat. Dari mommy kempunan baju tak muat sebelum pakai baik bagi pakai walau 5 minit hihihihi..

20130809_104424

 

 

Ni tengah tunggu makcik pakcik bersiap. Maryam dah lawa siap mommy ikat rambut ala ChunLi lagi.. Lepas 5 minit..

20130809_104659

 

Habis dia tarik getah tu.. Memang ini budak.. Auta banyak betul.. Hihii kadang-kadang mommy rasa nak picit picit kasik kecik masuk balik dalam perut mommy.. Duduk la diam-diam dalam tu hihihihi..

20130809_104743

Mommy pun duduk bawah kipas tunggu orang lain bersiap..

Raya kedua tu memang banyak jugak rumah kita pusing siap sambung lepas solat Jumaat lagi.

Yang paling best takde dah lemang. Kalau tak..naik muak orang asyik hidang lemang aje.. @_@

Belah Temerloh mostly memang banyak makan lemang..

asik asik lemang…

I miss nenek’s ketupatttttsss

 

tsk tsk tsk..

 

then dah lepas beraya habis tu kami balik rumah Atok balik =)

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.