T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[REVIEW] Indoor playground: Kidszoona, AEON Equine Park

on October 21, 2013

Semalam kami takde plan nak pergi mana-mana pun tapi mommy menjemputkan diri sendiri ikut daddy nak pergi survey barang dekat Puchong Gateway alihnya tutup pulak kedai tu.

Dah daddy offer nak pergi mana, mommy cakap jalan-jalan lah bawak Maryam nanti balik cepat Maryam nangis. Hihi alasan tak munsabah langsung kan.

So ke AEON Equine Park lah kami.
Jalan-jalan jumpa game zone tu so belikanlah Maryam token RM5 then dapat voucher apantah.. Mommy tak kisah sangat.
Dah habis main tu jalan-jalan sikit sekali nampak Kidszoona ni. Sebelum tu mommy dah fikir dalam hati dah kan best kalau ada indoor playground macam kat Ikano tu yang Maryam boleh main..
Sekaliiii nampak pulak ni.. Maryam terus geliat-geliat meronta-ronta nak masuk..
Daddy cakap ada voucher discount boleh pakai. Rupanya kalau pergi main dekat tempat game tu beli RM5 dapat voucher masuk Kidszoona RM12 instead RM15.

Boleh lah ni.. RM15 je untuk 2 jam (tapi macam tak kira waktu pun semalam) and takpayah pakai stoking pun just masuk je.

Memang paling gembira sekali Maryam lah..

Besar jugak Kidszoona ni sejuk pun sejuk.. barang mainan banyak. Walaupun ramai budak-budak and parents tapi sebabkan dia luas.. memang tak rasa sempit langsung..

Memang sesuai nak bawak anak-anak tempat macam ni.

20131020_145132

 

20131020_144559
20131020_144548

20131020_141013  20131020_144057 20131020_141121  20131020_141116 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.