Bila kami tak balik kampung or pergi mana-mana on weekend, kami selalu bawak si kenit ni jalan-jalan area Putrajaya.
Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.
Lepas balik makan dari Alamanda, kami singgah di Dataran Putra hari Jumaat lepas-lepas. Saja nak tengok suasana Dataran Putra ni. Memang sentiasa penuh je .Malam menjelma je mulalah penuh Dataran Putra ni. Mostly dengan family yang ada anak-anak.
Kami saja je jalan-jalan sepanjang jambatan. Bila malam kurang panas lah Putrajaya ni. Sejuk aje..
Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak anak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.
Daddy dari hari tu teringin nak bawak Maryam naik kereta kuda dekat Dataran Putra ni.Rate dia RM15 sekepala untuk 1 pusingan dataran ni. Maryam free sebab kecik lagi.. Bolehlah.. bukan hari-hari naik. JOM
Once dah pusing 1 round, dia bagi kita ambik gambar dengan kuda ni. Oklah tu.. Maryam yang paksa naik tau masa Daddy tanya pasal rate. Hihi.. pandai demand dah now..
Sebagai penutup Daddy belikan kucing robot je RM10.. Jadilah..
Wahhhh ada kereta kuda? Boleh cuba ni