T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Cara-cara membeli rumah : Langkah 1

on August 25, 2014

Untuk membeli rumah, kita perlu ada keputusan sebulat suara (suami + isteri) dan paling penting, lokasi dan bayaran bulanan rumah tersebut.
Adakah kurang dari kadar sewa sekarang atau lebih mahal ?
Adakah lagi dekat dari tempat kerja anda berdua atau lagi jauh?

So kesimpulannya, banyak faktor dan aspek yang kita kena kaji bersama sebelum kita decide nak beli rumah ni.

Sebelum ni kami dah terkena bila nak beli rumah dari owner. Macam-macam hal dan akhirnya lepas 3 tahun baru settle dan alhamdulillah dapat balik 10% deposit kami cuma burn sikit duit lawyer tu.

Kali ini, kami decide nak tengok perumahan baru yang sedang dibina atau akan dibina so lagi senang deal direct dengan developer je.

Perkara pertama. Carilah di website, tanya-tanya kawan ke, join property forum ke dan macam-macam cara lagi la.

Kami jumpa pulak di facebook developer tu sendiri dan ade few property baru yang akan mulakan / masih dalam pembinaan lagi.

Cuma 1 faktor yang acapkali berlaku bila developer tak dapat siapkan rumah dan rumah terbengkalai (Nauzubillah jauhkanlah kami dari masalah macam ni )

Bila anda dah decide property mana yang anda nak, sila telefon Developer dan tanya duit booking ada ke tak dan usually in charge person akan cakap supaya anda sediakan dokumen-dokumen penting untuk proses pinjaman bank. Dokumen yang penting:
1) Salinan IC
2) Salinan slip gaji untuk 3 bulan latest
3) Salinan EA form
4) Salinan KWSP

Bila dah ada ni berserta duit booking, boleh lah kita pergi pejabat Developer untuk confirmkan lot rumah yang kita nak tu.

Dan developer juga akan tolong kita submitkan borang pinjaman perumahan (tapi yang ni tak surela kalau ada developer yang tak tolong buat kalau kes macam tu means kita kena la submit sendiri dekat bank untuk dapatkan pinjaman perumahan)


One Response to “Cara-cara membeli rumah : Langkah 1”

  1. […] Bersambung dari entry¬†http://www.gediks.com/2014/08/25/cara-cara-membeli-rumah-langkah-1/ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.