T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Cara-cara membeli rumah : Langkah 2

on January 29, 2015

Bersambung dari entry http://www.gediks.com/2014/08/25/cara-cara-membeli-rumah-langkah-1/

Once dah submit segala borang, untuk kes beli rumah dengan Developer selalunya Developer akan submitkan borang loan kita dekat banyak-banyak bank so kita kena alert lah nanti ramai la yang call lepas dia orang review permohonan kita tu.

Dalam kes kami, kami letak nama bersama dalam nama pemilik tu just in case loan husband tak lepas. Banyak woo nak pinjam (hutang) nih.

Dalam few weeks macam tu akhirnya CIMB called dan bila dah review dia cakap tak payah buat joint loan guna nama husband pun dah cukup.

So kes sekarang, rumah nama bersama tapi loan dia sorang-sorang bayar.. hihihi (untung hakak)

Disebabkan kami cakap nak tunggu duit KWSP untuk buat bayaran deposit 10% rumah tu so kena settle step by step.

Untuk apply keluarkan duit KWSP dari simpanan kedua ni kena ada salinan SPA (surat perjanjian rumah) dan juga salinan perjanjian loan. Bila dah ada dedua ni baru kite boleh submit KWSP untuk pengeluaran duit.

First things first, settlekan loan dulu . Yang ini peminjam akan dihubungi oleh wakil dari bank. Setelah loan lulus, bank akan bagi kita surat perjanjian loan. Buat copy okay.

2nd steps, pergi jumpa Developer untuk bayar duit untuk tukar nama dekat pejabat tanah.

Then kami kena ke pejabat tanah tapi semua runner dari lawyer office yang uruskan. Kami tinggal sign je semua dokumen yang kena sign =)

Lepas dah settle urusan di pejabat tanah terus kami pergi office Lawyer dan sign perjanjian SPA dan perjanjian Loan.

Senang bila lawyer uruskan dedua sekali so sekali harung.

Bila dah ada dedua ni baru kita boleh pergi KWSP untuk urusan pengeluaran duit dari Simpanan 2.

Semua kami settle kan 1 hari kecuali hari pergi office Developer pergi time weekend.

So ambil 1 hari je untuk settle semua.

Bila KWSP dah settled, dia cakap 14 hari bekerja tapi tup tup lepas 2-3 hari duit dah masuk dalam akaun bank yang kita bagi tu.

So kami settlekan bayar baki duit pendahuluan yang tolak booking + duit lawyer awal-awal tu.

Lawyer explain, duit loan akan ditolak mengikut berapa peratus yang Developer pakai untuk bina rumah tu bukan tolak lump sump.

Then dia cakap lagi, nanti masa dapat kunci memang kena bayar sikit RM1500+ macam tu untuk settle duit masuk air, masuk elektrik, etc

Alhamdulillah.. Sekarang kami pantau jelah tengok rumah tu punye progress macam mana tiap kali balik rumah mak =)

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.