T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Admitted KPMC Puchong

on February 16, 2015

Hari ni baru bersiaran dari office.

6/2 konon-konon nak pergi kerja tapi bangun pun tak larat so plan nak pergi klinik nak check lah.

Sekali doctor buat blood test.. Bila review balik, doctor cakap ni kena pergi hospital buat further check up sebab WBC (White Blood Count) & platlet count adalah sangat tidak cantik.

Doctor request pergi Hospital Putrajaya so memang tak la nak pergi sana.

Telefon husband cakap nak pergi KPMC Puchong la since antenatal check up pun buat kat sana terus.

Datang terus bagi referral letter dengan Medical Card.

Jumpa MO (Medical Officer) dulu then dia mintak buat blood test lagi sekali. Masa ni memang longlai lemah habis.

Re-test pun memang WBC very high and platlet naik sikit je.

Admit doctor kata.. adoihhhhhh.. terus call husband then dia pun terpaksa la balik ambik half day and ambil baju etc sebelum datang KPMC Puchong.

Datang pukul 9++ macam tu and by 12PM dapat masuk 2 bedded room sebab yang single full and mintak nurse tukar kalau ada kosong.

Masa ni dah kena drip dah and nurse cakap Doctor in charge adalah visited doctor bukan resident doctor so dia akan datang bila ada patient sahaja. So petang baru dia dapat tengok. Okla nurse. Apa-apa je tapi so far memang nurse baik sangat-sangat memang tip top.

So petang husband balik ambik si kenit balik dari school then baru datang balik.

Bila confirm balik dengan nurse, nurse cakap ada 1 single room kalau nak. Of course makcik nak sebab cover beb..

Dah selamat pindah bilik akhirnya si kenit dan daddy balik sebab takkan nak tidur situ pulak kesian la walaupun dapat bilik single.

Doctor bagi antibiotic and drip je so far and bagi ubat selesema, batuk , sakit tekak.

Memang hari Jumaat tu agak lemah badan . Baby dalam perut pun slow je. πŸ™

Kena stay sampai Selasa tapi Isnin dah mintak doctor nak balik. Tak tahan duduk wad lama-lama =(

Rabu pergi check up lagi and so far batuk je yang tak baik lagi.

Kalau dah pregnant ni memang kena extra careful sikit kalau ade penyakit menyerang. Macam-macam penyakit boleh dapat.

 

SO far memang puas hati sangat dengan KPMC Puchong walaupun bilik kecik sikit compare to Columbia Asia Puchong . Bilik pun agak uzur sikit tapi makanan adalah sangat sedap compared Columbia Asia Puchong.

Terima kasih banyak-banyak kepada nurses siang dan malam yang jaga hari tu =)

Semua sangat baik..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.