T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Gold Coast Morib International Resort, Banting, Selangor

on April 13, 2015

Last weekend sempat buat short trip to Gold Coast Morib International Resort (GCMR).

Memang instant gila sebab decide hari Rabu terus book bilik kat Agoda. Ada pulak kosong lagi so terus plan. Maryam lama dah tak pergi jalan-jalan. (padahal mommy dia yang lebih-lebih nak pergi bercuti walau dah sarat ni.)

Daddy bagi greenlight so apa lagi.. hehehe

Baca review ada yang review elok ada yang review tak elok tapi sebab kita sendiri tak pernah pergi kan so malas nak percaya sangat review orang ni. Yelah tahap kepuasan orang tu berlainan. Macam kami ni jenis asalkan ada bilik and katil nak tido dah ok dah =)

So pagi Sabtu dah bangun kemas-kemas dulu apa yang patut.. Then plan nak pergi breakfast kat fav mamak kat Presint 11. Lepas tu isi minyak semua then around 11AM macam tu kami bertolak dari Putrajaya ke Morib ikut GPS. Ikut GPS dia suruh lalu Putrajaya > Dengkil > Banting > GCMR tapi kalau bukak gune Google Maps dia suruh lalu SKVE.

Since Putrajaya-Morib tak jauh daddy memang relax habis lah.. Traffic pun takde. Ikut pulak jalan kampung. Memang rasa seronok je. Maryam agaknya excited tapi dah kenyang breakfast roti bakar 2 set cicah telur separuh masak 1 set memang sedap dia tidur kat car seat.

Pukul 12 tepat macam tu akhirnya kami sampai dan mommy pun pergi check in. Actually check in pukul 3 kalau ikutkan tapi plan mommy nak masuk theme park dulu pukul 3PM barulah ambil kunci dari Lobby. Masa pukul 12PM tu memang semua tengah busy nak check out la bukan check in.

Dan dan mommy masuk Receptionist cakap ada dah bilik kosong nak check in sekarang ke tapi twin bed. Siap explain boleh rapatkan lagi so ok ke tak? Mommy memang cakap ok sangat-sangatlah tu tak kisah pun katil apa and view apa. Tak sampai 5 minit check in siap and dapat pass ke theme park X 2 and breakfast coupon X 2. (ni memang dah termasuk pakej bilik yang mommy book).

Terus pergi kereta and cakap kat Daddy dah boleh masuk bilik! Yeay! Daddy pulak dapat parking betul-betul depan pintu masuk. Maybe sebab yang datang dari semalam dah check out then yang nak check in hari ni belum datang so memang smooth aje. Alhamdulillah rezeki anak-beranak.

20150411_122157

20150411_122148

20150411_122140

20150411_122137

Masuk bilik check semua apa patut. Aircond and kipas berfungsi tapi daddy cakap aircond macam tak sejuk sangat tapi nasib ada kipas so still okay lagi lah. View pulak dapat yang belah hutan so sunyi je which lagi bagus tak dapat theme park view sebab takut esok ada yang taknak balik asyik nak mandi je.

20150411_122538

20150411_122417

20150411_122308

Ada orang dah tak sabar-sabar nak mandi so ke bawah la kami. Masa kat entrance mommy dah prepare nak bayar additional untuk Maryam tapi dorang cakap Maryam free. Alhamdulillah =)

Memang pukul 1 tu terik tapi nasib baik ada pokok banyak sekeliling theme park tu so takde la rasa panas membahang sangat. Orang pun tak ramai lagi. Memang mommy expected pun sebab orang lepas check in baru ramai dalam pukul 3-4 petang.

20150411_125332

20150411_131942

20150411_131917

20150411_131945

Kecut-kecut jugak lah tangan kaki main dalam air. SO far theme park dia pun okay. Tukang jaga pun ramai so macam terjaga jugaklah. Around 3PM+ daddy dah lapar ajak naik. Daddy ajak Maryam sambung pulak dalam jakuzi. Laju je naik hehehhee.

Masuk bilik mandi semua dah relax-relax makan lunch nasi goreng mommy buat sebelum datang. Biskut tidbits semua dah siap bawak dari rumah dah.

Sempat jugak lah kami nap sebelum ready nak makan malam pulak. Bajet nak pergi la pantai memang nan hado. Mommy pulak perut macam tak berapa selesa so memang malas bukan main. Rasa nak baring je bila perut dah membesar macam ni.

Sambung next entry untuk tempat makan malam =)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.