T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Kerepek House, Banting

on April 13, 2015

Balik GCMR sampai dalam pukul 10 macam tu. Ingatkan dah ngantuk la tapi si kenit tu boleh pulak sambung mandi dalam jakuzi. Adalah dalam 30 minit dia berendam then baru dia puas hati.

Hai anak.. Layankan aje.

Esoknya malas nak turun bawah breakfast so anak and bapak sambung lagi berendam dalam jakuzi.

Pukul 11 macam tu kami dah siap-siap nak check out dah sebab takut pukul 12 nanti ramai orang nak check out jugak.

So far last weekend macam tak ramai sangat maybe sebab baru lepas cuti sekolah kan. So takde lah rasa crowded sangat. Memang semua okay je percutian kali ni =)

Mommy ajak daddy singgah Kerepek House on the way balik and borong jugaklah kerepek buat kudap-kudapan.

Dari GCMR nak ke Kerepek House pun guna GPS tapi Kerepek House ni memang famous and ramai yang review cakap kerepek sini semua sedap-sedap.

Bila dah approaching pekan Banting tu sebelum berdepan dengan Hospital Banting tu ada simpang dan kena masuk kanan straight dalam 500m masuk kanan. Ada banyak signboard tunjuk tempat jual kerepek tapi kami tuju Kerepek House which is rumah kampung tapi sebelah ada kedai kerepek.

Compare dengan kedai kerepek yang mak abah selalu beli kat Kuala Selangor rasanya yang ni macam lagi banyak jenis and macam murah sikit.

Daddy ambik Opak kari, mommy ambik kerepek pisang abu, tempe rempah, dodol sikit, sambal kentang kering dengan keropok belinjau. Mostly semua 500gram or packaging 1kg.

20150412_162206

Si Maryam bila nampak mommy daddy dok shopping kerepek dia pun laju pilih apa dia nak. Dia ni memang fav dia kuih bangkit. Memang pegang kuat habis dah sepanjang dalam Kerepek House ni. Kuih bangkit cheese Maryam ni RM13 kot which is murah sangat-sangat! Dah lah sedap pulak tu.. Sepanjang perjalanan balik ke Putrajaya tu sempat dia makan 10 biji lepas tu terus tidur.

Total borong kerepek banyak-banyak dalam RM50 je!

MURAH!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.