T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Pengalaman bersalin di KPMC Puchong (Part 1)

on April 30, 2015

Maternity-Package-Banner-We

Hari Jumaat 17/4

7pagi- Hubby, me and M dah sampai hospital sebab operation start pukul 8pagi so dari semalam dah siap-siap puasa.
Once dah register kami terus dibawa masuk ke bilik Meranti. Husband insist ambil pakej bilik Family Suite (VIP) so both of them boleh teman mommy lah kat hospital. Bilik memang superb gila besar dengan 2 katil , 2 sofa 3 seats, ada peti ais, ada tv, ada 2 aircond, closet, set kerusi dan meja dan private toilet dan ruang dia memang luas lah. Macam bilik hotel =)

Nurse in charge datang dan nak check itu ini sambil tanya dah shave ke.. Er aku cakap dah tapi takdelah betul-betul clear sebab dah tak berapa nak boleh tunduk.. Nurse cakap takpe saya buatkan… -_-

banner-vip-room8.00pagi – Once nurse dah readykan dengan semua persediaan, baru la aku ditolak ke OT dan sempat salam dan cium hubby and kakak M.

Dalam tu Doc Aishah dah ready dah dengan 2 midwife yang berpengalaman dan juga Doc Rauf, anaest @ tukang borak @ tukang mengaji dalam OT tu.. hihi

Memula Doc Rauf explain dia siapa and apa procedure yang dia akan buat which aku dah pernah hadap masa time Maryam dulu.

Once dah cucuk sikit-sikit rasa kaki makin kebas makin kebas.. Tapi kali ni memula tu rasa macam dah penghujung sangat nyawa ni and macam-macam boleh jadi. Nasib dah sempat cakap dengan mak.. dengan abah.. salam suami.. peluk cium anak.. mintak doa dari adik-beradik.. mane lah tau kan.. tu perbaringan terakhir buat aku ke kan..

Doc Rauf macam nampak aku tak berapa ready so dia borak-borak and pasangkan gas supaya aku dapat oksigen sikit.

This time memang tak nampak apa Doc and nurse godek-godek perut aku tapi this time merasa perut kena potong macam kena laser. Tau -tau je bau daging kena bakar..

Doc Rauf masa ni memang manjang dia borak sambil mengaji.. Gurau-gurau dengan nurse la .. borak-borak dengan Doc Aishah lah.. Macam bagi rasa tenang sikit kot hati haku yang macam dah nak meletup dah.

Memang lah dah ade pengalaman sebelum ni tapi perasaan berdebar tetap sama.

Doc Rauf explain kalau baby dah nak keluar nanti dia akan tolong tolak dari dada.

8.45pagi – Aku dah rasa perut dah terbukak tapi Doc Aishah macam susah sikit nak keluarkan baby.. so Doc Rauf datang and cakap dia kena tolong tolak baby dari dada so akan rasa sesak nafas sikit. So sambil Doc Aishah dengan nurse tarik baby Doc Rauf tolng tolak keluar dari ada..

Tepat 8.53pagi dengar suara baby M meraung..

syukur alhamdulillah.. terus hilang rasa debar dan macam-macam rasa lagi..

padahal perut belum jahit lagi ni..

Terus rasa mengantuk yang sangat-sangat tapi still rasa tak boleh tidur.

Rasa proses jahit perut memang lagi lama dari masa nak keluarkan baby.

Dalam sejam lepas tu baru siap semua then nurse bawak naik ke bilik and tukarkan baju pakaikan pad semualah.. Bak kata semua nurse yang buatkan.

Aku dah expect akan muntah-muntah macam last time tapi since kali ni tak terus pengsan sampai 1 malam tapi nurse keep datang check keadaan and tanya dah makan ke dah minum ke… ada rasa tak sedap mana-mana ke.. aku dengan mamai-mamai tu just jawab saya tak lapar saya tak haus tak sakit tapi saya mengantuk je nurse..

Aku macam sedar tak sedar yang mak abah and adik and anak buah datang melawat lepas masuk bilik. Husband tanya masa esoknya tu sedar tak cakap dengan mak abah.. Memang tak ingat apa langsung..

Air masak je yang aku rasa masuk tekak.. minum skit then terus tidur.. Baby M masuk bilik nak menyusu pun husband tak sampai hati nak kejut sebab tengok aku pengsan bukan main lagi.

Petang nak ke malam tu nurse datang lagi and tukarkan baju pad semua tapi baby M diorang letak nursery since aku pun mamai-mamai lagi tak boleh bukak mata.

bersambung…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.