T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Pengalaman bersalin di KPMC Puchong (Part 2)

on June 24, 2015

Amboi dah berbulan-bulan tak update lagi yang Part 2..

Appara.. ok meh sambung

18/7
Pagi-pagi buta lagi nurse beramai-ramai dah datang tolong tukar pad and lap-lap badan sekali tukar baju. Kakak M tidur dengan daddy kat katil sebelah. Nasib ada katil extra. Sofa pun okay sebab dalam bilik ada 2 air cond so memang selesa sangat bilik VIP KPMC ni.

Nurse agak risau sebab air kencing kurang keluar. So dia cakap kena tunggu doctor datang kejap lagi. Baru terasa lapar dan dahaga compare semalam.

Berita sedih si baby M pulak memang hypoglemia. Normal actually untuk ibu yang GDM. Macam time kakak M dulu dia tak kena alhamdulillah. So Paed Dr. Norazuwan kena masukkan gula gune tiub lah dekat baby M. Kesian kecik-kecik dah kena cucuk drip. Hadoih..

So pagi-pagi mommy dah ajak daddy teman nak tengok baby M dekat nursery room. Nak bagi susu badan tapi sebab dia tengah berselirat dengan wayar so tak jadilah. Mommy request nak mintak pump lain sebab yang pump dorang bagi tu suction dia macam tak berfungsi sangat.

Dapat la keluarkan sikit colostrum sebab tak nak bagi breast bengkak. Baby M tak boleh minum kan..Pagi dalam pukul 10 doktor Siti Aishah datang tengok parut dan cucikan. Dia kata so far okay takde pendarahan ke apa. Dia suruh bangun jalan-jalan untuk cepat pulihkan kesan ubat bius tu. Mommy cakap pagi tadi dah pergi toilet sendiri dah. Doktor and nurse pun terkejut mommy boleh bangun dan jalan-jalan even baru semalam baru operate.

Tapi kalau nak compare dekat HUKM.. Nurse memang suruh bangun hari lepas operate tu. Jangan mengade sangat katenye.. Nanti lambat baik. Jangan baring je. Sebab tu rasa dekat KPMC ni berbaloi sangat bayar mahal-mahal dengan layanan yang kita dapat. So memang tak bolehlah nak condemn kenapa hospital kerajaan ni service teruk la apela.. sebab tu sebenarnye apa yang kita rasa je padahal memang betul pun apa nurse gomen tu kata.

Malam nya Paed datang cakap yang baby M menunjukkan result yang memberangsangkan so by tomorrow kite review lagi sekali. If mommmy nye boleh keluar, baby M pun boleh keluar sekali.. Yabedaaa beduuu~

19/4

Pagi-pagi memang dah bangun siap mandi semua. Since dah pernah ada pengalaman sebelum ni alhamdulillah recovery period lepas operate memang cepat sikit.

Doktor Aishah datang dan puas hati dengan keadaan mommy yang dah okay and doctor kata boleh discharge by today. Yeay! so now kena tunggu baby M pulak.

Tengah hari sikit Doktor Norazuwan datang and cakap so far baby M punya blood test okay menunjukkan peningkatan. Cuma mommy kena keep bf sebanyak mungkin untuk stabilkan kandungan gula dalam badan dia.

Another 1 week baru jumpa nak tengok macam mana. So both boleh discharge! yeay alhamdulillah lagi.

Petang lepas lunch orang dr Admin datang inform balance lepas tolak insurance cover by company husband. Alhamdulillah sangat dengan segala kesenangan.

Cuma kena bayar additional dengan baby M punye bill (sebab tak cover lagi)

Around pukul 2 nurse hantar sampai depan kereta.

Total bill entry akan dtg


2 Responses to “Pengalaman bersalin di KPMC Puchong (Part 2)”

  1. bokbon says:

    Sis cpt la hapdet bill nye.. Pengalaman sama ni. GDM, czer.. Igt bsalin kali ni nak try kpmc jgk. Blh angkut satu fmly. Mmg stress duk spital kalau ada anak lain kat rmh. Duk risaukan diorang je..

  2. Saya dah update ye tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.