T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Tips] 5 benda berguna yang memudahkan pantang

on July 6, 2015

Since dah 2 kali berpantang ni.. pulak tu yang 2nd memang pantang sendiri dekat rumah sendiri so kenala pandai-pandai..

Disebabkan beranak kali ni pun dah dijangka dan doc bagi date.. so kitorang settle apa yang patut sebelum nak beranak hari Jumaat 17/4 tu.. Memang saja pilih hari Jumaat.. Hari berkat kan..

So checkup Selasa then doc dah bagi MC suruh duduk rumah relax dan settle apa patut.

Malam tu jugak berkemas pindahkan single bed dan bukak baby cot masuk bilik lagi 1.. Cadangnya mommy dan baby tidur dalam bilik yang takde air cond sebab fikir nanti baby sejuk dalam air cond (DUHHHH!!!)

So kakak M and daddy tidur bilik sebelah lah..Plus kakak M kena pergi sekolah kang kalau baby melalak mommy nak bfeed ke nak tukar pampers ke kena bukak lampu mula la dia bangun join sekali.

Disebabkan kali ni pantang semua sendiri so berdasarkan pantang last time.. ada few things/perkara yang memudahkan kita pantang sendiri dengan baby.

1) Sleepsuit
– Paling senang sangattt lagi-lagi yang berzip. Memudahkan kita nak tukar pampers baby setiap kali poo poo or shi shi.. Baby newborn masa awal-awal senang sangat berak dan kita kena tukar pampers sekali setiap 2-3 jam. Kadang-kadang dah tukar pun tercirit la apala. So yang paling senang bagi pakai sleepsuit aje malam-malam or siang cuma kena make sure dia jangan terlampau panas sangat. Sleepsuit yang siap sarung kaki terus pun laaaaagi laa sungguh senang so tak payah la risau nak pakaikan booties ke mittens ke.. and kesayangan sleepsuit yang ada sekarang ni yang siap ade ala-ala mittens so terus tutup je tangan dia.

19

  gambar contoh


2) Nursing pillow
– Memang paling membantu sangat-sangat dikala kita tengah berpantang. Memang kena invest sikit untuk dapatkan nursing pillow sedap. Macam dalam previous post bila aku order Maternity + Nursing pillow 2 in 1 tu:
www.gediks.com/2015/03/02/maternity-nursing-2-in-1-pillow/

3) Bakul diaper & accessories
Letak semua dalam 1 bakul so senang capai bebila masa. Bakul comel-comel boleh beli dekat Daiso. Ku pakai Daiso punya je senang. Tak payah lah nanti kita nak bangun banyak kali nak ambil diaper nak ambil bedak nak ambil wet tissue la apela. Masa pantang awal-awal meamng kena kurangkan pergerakan. Lagi-lagi kalau yang beranak normal. Czer pun sakit bahagian perut tapi so far nak duduk ke nak sila ke memang takde masalah sangat. Cuma bila kite berdiri and nak tukar position tu yang kena pegang sikit perut tu.

diaper-basket
contoh dari Google Image


4) Nursing bra
Kalau yang nak bfeed lama baby tu memang patut invest banyak nursing bra ni sebab memang sangat membantu. Kalau tak pakai bra nanti rase tak selesa sebab breast kita bila full nanti air susu tu menitik dan basahkan baju kita. Usually yang sedap dan nak pakai kat rumah masa awal pantang tak payah ada wire kot yang biasa je. Boleh beli dari FabulousMom, One Baby etc.

5) Nasal aspirator
Baby kadang-kadang awal kelahiran nafas dia macam berbunyi and macam ada kahak tau. Kami laki bini memang tak pandai sedut manual dan Pigeon Nasal Aspirator ni memang penyelamat sejak dari zaman kakak dia lagi. Memang bagus sangat untuk buang hingus dan kahak dari hidung baby.

 

pigeon-nasal-aspirator

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.