T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Bercuti ke Colmar Tropicale French Theme Resort , Bukit Tinggi, Pahang 2

on January 26, 2016

Kami actually bertolak takdela pagi sangat sebab tengok review, boleh check in still pukul 12PM.. so pukul 10 pagi macam tu keluar rumah , singgah tapau donat nak bawak naik atas.. Orang kate kedai atas mahal.. so gigih tapau itu ini nak bawak naik atas tau..

Bila dah sampai macam blur sikit mana Lobby dia.. kena masuk terus parking bawah bangunan then cari lif ke Lobby..

Masa check in ade lah dalam 10 minit menunggu sebab masa tu tak ramai lagi.. Tunjuk je Agoda punya print out tu then dia terus bagi kad.

Kami dapat block yang sama bangunan dengan breakfast hall . Bilik memang besar dan luas. Peti sejuk sekali dengan TV siaran Astro.

Nak kata masa tu Bukit Tinggi sejuk.. takde la sejuk menggigil macam Genting..takde kabus sangat juga sebabnyeeeee masa pergi tu tengah jerebu teruk..

Bajet kalau pergi tempat tinggi macam tu takde la terasa sangat jerebu nya..

Memang lagi teruk sampai tak nampak ape.. tak boleh beza dah jerebu ke kabus.. hihihi… tempat lain pun dah tak pergi la sebab malas.. Adik macam tak selesa sikit sebab asyik menggaru muka je. Maybe sebab udara tengah kotor dengan asap jerebu so eczema terus flare teruk betul ๐Ÿ™

Malam tu kami pusing-pusing nak tengok kedai makan apa yang buka.. Alih tuju je BBQ buffet ala apentah.. Boleh la.. ย dalam RM50++ juga per person tapi memang sama bangunan ย bilik kitorang je..

Alhamdulillah malam tu okay je cuma adik yang teruk menggaru pipi sampai berdarah-darah cadar hotel.. wuuwuwuww ciannyaa..

Pagi-pagi mommy daddy bergilir pergi sarapan sebab taknak bawak adik turun.. dia tengah sedap tidur..

Dalam pukul 11 am macam tu kami dah siap-siap kemas balik sebab plan nak menyinggah semua tak jadi sebabkan jerebu yang teruk sangat.. Esoknya tu sekolah tutup 3-4 hari kot..

Memang peak betul pergi time tu..

Daddy kata nanti next time pergi lagi la sebab kali ni pergi macam tak dapat nak keluar – keluar sangat sebabkan jerebu tu..

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.