T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Bercuti ke Colmar Tropicale French Theme Resort , Bukit Tinggi, Pahang 2

Kami actually bertolak takdela pagi sangat sebab tengok review, boleh check in still pukul 12PM.. so pukul 10 pagi macam tu keluar rumah , singgah tapau donat nak bawak naik atas.. Orang kate kedai atas mahal.. so gigih tapau itu ini nak bawak naik atas tau..

Bila dah sampai macam blur sikit mana Lobby dia.. kena masuk terus parking bawah bangunan then cari lif ke Lobby..

Masa check in ade lah dalam 10 minit menunggu sebab masa tu tak ramai lagi.. Tunjuk je Agoda punya print out tu then dia terus bagi kad.

Kami dapat block yang sama bangunan dengan breakfast hall . Bilik memang besar dan luas. Peti sejuk sekali dengan TV siaran Astro.

Nak kata masa tu Bukit Tinggi sejuk.. takde la sejuk menggigil macam Genting..takde kabus sangat juga sebabnyeeeee masa pergi tu tengah jerebu teruk..

Bajet kalau pergi tempat tinggi macam tu takde la terasa sangat jerebu nya..

Memang lagi teruk sampai tak nampak ape.. tak boleh beza dah jerebu ke kabus.. hihihi… tempat lain pun dah tak pergi la sebab malas.. Adik macam tak selesa sikit sebab asyik menggaru muka je. Maybe sebab udara tengah kotor dengan asap jerebu so eczema terus flare teruk betul 🙁

Malam tu kami pusing-pusing nak tengok kedai makan apa yang buka.. Alih tuju je BBQ buffet ala apentah.. Boleh la..  dalam RM50++ juga per person tapi memang sama bangunan  bilik kitorang je..

Alhamdulillah malam tu okay je cuma adik yang teruk menggaru pipi sampai berdarah-darah cadar hotel.. wuuwuwuww ciannyaa..

Pagi-pagi mommy daddy bergilir pergi sarapan sebab taknak bawak adik turun.. dia tengah sedap tidur..

Dalam pukul 11 am macam tu kami dah siap-siap kemas balik sebab plan nak menyinggah semua tak jadi sebabkan jerebu yang teruk sangat.. Esoknya tu sekolah tutup 3-4 hari kot..

Memang peak betul pergi time tu..

Daddy kata nanti next time pergi lagi la sebab kali ni pergi macam tak dapat nak keluar – keluar sangat sebabkan jerebu tu..

 

No Comments »

Bercuti ke Colmar Tropicale French Theme Resort , Bukit Tinggi, Pahang 1

Ya Ampun.. basi sangat dah cite ni bulan 9 tahun lepas baru nak cite kat sini.. takpela untuk tatapan di masa akan datang.

Sempena jerebu ingat nak pegi ler tempat tinggi tinggi sikit sambil-sambil berjalan.. Sudahnye nak yang dekat tapi tinggi.. Tak Genting.. Bukit Tinggi la rase-rasenye..

Lagipun tak pernah sampai sini so gigihlah mommy booking bilik dari Agoda. Rasa macam tak sampai RM200 la.. dapat murah je time tu sekali dengan discount Maybank.

Preparation untuk 4 orang:
Trip to Colmar Tropicale
26/9/2015 – 27/9/2015
Travel hours: +1 Hour
Check in time: 3PM but can check in early
Check out time:12PM

To bring:
Clothes
1- Swimsuit daddy & kakak (KIV)
2- Baju tidur lengan panjang X 1
3- Baju siang lengan panjang & seluar panjang X 3 pasang

Misc
1- Mosquito patch
2- Ubat nyamuk
3- Patapum
4- Plastik nak tapau breakfast
5- Plastik baju kotor
6- Toiletries – berus gigi & ubat gigi mommy, daddy & kakak , sabun mandi adik & kakak
Food
1- Roti & Tuna
2- Maggi cup
3- 3-in-1 coffee
4- Cutleries
5- Jajan & Biskut

Jangan main-main uols.. Nak pergi Bukit Tinggi sedepa dari rumah pun ade list.. kah kah kah..
Tapi memang aku style lagu tu la.. Nak pergi mana-mana kena ade list sebab nak mengemas untuk 4 orang..
Boleh jem otak kalau main ingat-ingat kat kepala je..

 

20150926_124721

Sinki

20150926_124658

Bath tub + shower skali ..toilet belah kanan takde gambar pulak.. luas jugak la bilik air dia ni..

20150926_124541

View dari tingkap bilik.. memang betul-betul belakang pentas.. time muzik tu memang dengar tapi takdela bising melampau-lampau sampai tak boleh tido sebab bilik tu macam ala kalis bunyi jugak la..

20150926_124455

Jadi katil King bila twin dirapatkan..hehehehe…eh eh oren nye seluar dikkk

20150926_124448

View dari depan bilik air

20150926_124441

 Ni pulak opposite sebelah katil

20150926_170727

Kakak kalau tido hotel memang benda ni je dia carik nak buat main.. macam takde benda lain nak main.. hahaha

Dalam phone memang ade gambar dalam hotel je.. sambung ….

No Comments »

Home Sweet Home in progress

IMG-20150801-WA0011 IMG-20150801-WA0013 IMG-20150801-WA0014 IMG-20150801-WA0010 IMG-20150801-WA0008 IMG-20150801-WA0009 IMG-20150801-WA0007 IMG-20150801-WA0006

Alhamdulillah .. to buy list paling utama dah tercapai iaitu nak memiliki rumah sendiri..
Tahniah buat husband sebab berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak..
Bini dia campak mane-mane pun hidup tapi mungkin fikir berapa lama lagi kita nak duduk menyewa..
Rumah makin lama makin mahal bukan makin murah..
Commitment pun makin lama makin banyak..
Rumah masih dalam process dan dijangka sepatutnya bulan Dec lepas tapi biaselah..delay lagi..
Kami pun dah budget untuk prepare nak kena bayar 2 rumah sampai June tahun ni just in case..
Harap-harap Allah permudahkanlah segala urusan kami..
Niat kami memang hanya satu.. nak bagi tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak dengan persekitaran yang baik sikit.

No Comments »

[Part 3] Pengalaman bersalin di KPMC Puchong

Ternampak komen pasal total bill masa bersalin dekat KPMC Puchong tu..

Matilaaa dah nak raya baru update.. hehehe

ni gigih korek gambar 3 bulan lepas semata-mata nak share sebab orang yang tak tau mesti rasa mahal je nak pergi KPMC Puchong ni.

Bila nak discharge tu , ada admin yang datang bilik cakap bil sekian-sekian.

Untuk mommy, since company daddy cover RM5k so lebihnya baru kena bayar.

20150419_121922

 

Total bil RM6,444 untuk mommy dan upgrade bilik sekali untuk 3 hari 2 malam

20150419_121933

 

Dan additional RM400 untuk baby M sebab dia kena tahan dekat nursery 2 malam sebab kan hypoglycemia iaitu low blood sugar level masa lahir. Ni common kes untuk mommy yang ade GDM.

Masa kakak M tak kena pulak maybe sebab GDM mommy tak berapa tinggi sangat. Yang time baby M ni memang tinggi sebab tu doc suggest emergency c-sect je sebab at 36weeks estimate weight dah almost 3.8kg .. PENGSAN.. -_-

mommy lupekan jelah hasrat nak beranak normal sebab dah tentu-tentu sangkut plus baby M bahaya pulak dalam perut ape-ape hal kan.

Dengan servis dan segala layanan, memang alhamdulillah puas hati sangat-sangat dengan KPMC Puchong.

Mungkin aku ni tak banyak songeh sebab pernah beranak dekat HUKM yang semi-gomen sebelum ni and bila dapat dipamper dengan layanan biase2 pun dah rasa cukup terharu sangat-sangat.

SO far sampai sekarang pun baby M akan check up dengan doc Norazuwan..  Yang paling suka pergi KPMC ni sebab semua cepat compare buat follow up dekat Columbia Asia Puchong.

 

No Comments »

[Tips] 5 benda berguna yang memudahkan pantang

Since dah 2 kali berpantang ni.. pulak tu yang 2nd memang pantang sendiri dekat rumah sendiri so kenala pandai-pandai..

Disebabkan beranak kali ni pun dah dijangka dan doc bagi date.. so kitorang settle apa yang patut sebelum nak beranak hari Jumaat 17/4 tu.. Memang saja pilih hari Jumaat.. Hari berkat kan..

So checkup Selasa then doc dah bagi MC suruh duduk rumah relax dan settle apa patut.

Malam tu jugak berkemas pindahkan single bed dan bukak baby cot masuk bilik lagi 1.. Cadangnya mommy dan baby tidur dalam bilik yang takde air cond sebab fikir nanti baby sejuk dalam air cond (DUHHHH!!!)

So kakak M and daddy tidur bilik sebelah lah..Plus kakak M kena pergi sekolah kang kalau baby melalak mommy nak bfeed ke nak tukar pampers ke kena bukak lampu mula la dia bangun join sekali.

Disebabkan kali ni pantang semua sendiri so berdasarkan pantang last time.. ada few things/perkara yang memudahkan kita pantang sendiri dengan baby.

1) Sleepsuit
– Paling senang sangattt lagi-lagi yang berzip. Memudahkan kita nak tukar pampers baby setiap kali poo poo or shi shi.. Baby newborn masa awal-awal senang sangat berak dan kita kena tukar pampers sekali setiap 2-3 jam. Kadang-kadang dah tukar pun tercirit la apala. So yang paling senang bagi pakai sleepsuit aje malam-malam or siang cuma kena make sure dia jangan terlampau panas sangat. Sleepsuit yang siap sarung kaki terus pun laaaaagi laa sungguh senang so tak payah la risau nak pakaikan booties ke mittens ke.. and kesayangan sleepsuit yang ada sekarang ni yang siap ade ala-ala mittens so terus tutup je tangan dia.

19

  gambar contoh


2) Nursing pillow
– Memang paling membantu sangat-sangat dikala kita tengah berpantang. Memang kena invest sikit untuk dapatkan nursing pillow sedap. Macam dalam previous post bila aku order Maternity + Nursing pillow 2 in 1 tu:
www.gediks.com/2015/03/02/maternity-nursing-2-in-1-pillow/

3) Bakul diaper & accessories
Letak semua dalam 1 bakul so senang capai bebila masa. Bakul comel-comel boleh beli dekat Daiso. Ku pakai Daiso punya je senang. Tak payah lah nanti kita nak bangun banyak kali nak ambil diaper nak ambil bedak nak ambil wet tissue la apela. Masa pantang awal-awal meamng kena kurangkan pergerakan. Lagi-lagi kalau yang beranak normal. Czer pun sakit bahagian perut tapi so far nak duduk ke nak sila ke memang takde masalah sangat. Cuma bila kite berdiri and nak tukar position tu yang kena pegang sikit perut tu.

diaper-basket
contoh dari Google Image


4) Nursing bra
Kalau yang nak bfeed lama baby tu memang patut invest banyak nursing bra ni sebab memang sangat membantu. Kalau tak pakai bra nanti rase tak selesa sebab breast kita bila full nanti air susu tu menitik dan basahkan baju kita. Usually yang sedap dan nak pakai kat rumah masa awal pantang tak payah ada wire kot yang biasa je. Boleh beli dari FabulousMom, One Baby etc.

5) Nasal aspirator
Baby kadang-kadang awal kelahiran nafas dia macam berbunyi and macam ada kahak tau. Kami laki bini memang tak pandai sedut manual dan Pigeon Nasal Aspirator ni memang penyelamat sejak dari zaman kakak dia lagi. Memang bagus sangat untuk buang hingus dan kahak dari hidung baby.

 

pigeon-nasal-aspirator

 

No Comments »