T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Kerepek House, Banting

Balik GCMR sampai dalam pukul 10 macam tu. Ingatkan dah ngantuk la tapi si kenit tu boleh pulak sambung mandi dalam jakuzi. Adalah dalam 30 minit dia berendam then baru dia puas hati.

Hai anak.. Layankan aje.

Esoknya malas nak turun bawah breakfast so anak and bapak sambung lagi berendam dalam jakuzi.

Pukul 11 macam tu kami dah siap-siap nak check out dah sebab takut pukul 12 nanti ramai orang nak check out jugak.

So far last weekend macam tak ramai sangat maybe sebab baru lepas cuti sekolah kan. So takde lah rasa crowded sangat. Memang semua okay je percutian kali ni =)

Mommy ajak daddy singgah Kerepek House on the way balik and borong jugaklah kerepek buat kudap-kudapan.

Dari GCMR nak ke Kerepek House pun guna GPS tapi Kerepek House ni memang famous and ramai yang review cakap kerepek sini semua sedap-sedap.

Bila dah approaching pekan Banting tu sebelum berdepan dengan Hospital Banting tu ada simpang dan kena masuk kanan straight dalam 500m masuk kanan. Ada banyak signboard tunjuk tempat jual kerepek tapi kami tuju Kerepek House which is rumah kampung tapi sebelah ada kedai kerepek.

Compare dengan kedai kerepek yang mak abah selalu beli kat Kuala Selangor rasanya yang ni macam lagi banyak jenis and macam murah sikit.

Daddy ambik Opak kari, mommy ambik kerepek pisang abu, tempe rempah, dodol sikit, sambal kentang kering dengan keropok belinjau. Mostly semua 500gram or packaging 1kg.

20150412_162206

Si Maryam bila nampak mommy daddy dok shopping kerepek dia pun laju pilih apa dia nak. Dia ni memang fav dia kuih bangkit. Memang pegang kuat habis dah sepanjang dalam Kerepek House ni. Kuih bangkit cheese Maryam ni RM13 kot which is murah sangat-sangat! Dah lah sedap pulak tu.. Sepanjang perjalanan balik ke Putrajaya tu sempat dia makan 10 biji lepas tu terus tidur.

Total borong kerepek banyak-banyak dalam RM50 je!

MURAH!

No Comments »

[Review] Seafood galore @ Pantai Bagan Lalang

Sambung pulak tempat makan malam..

Malam lepas Maghrib Daddy rajin pulak ajar makan kat luar mommy on saje.. Hehehe bajet nak makan maggi je tapi Daddy teringin sotong celup tepung pulak. So ke Pantai Bagan Lalang lah kami. Perjalanan dalam setengah jam dari GCMR straight je takde konar-konar pusing-pusing pun.

On the way tu hujan sikit so takde la rasa panas sangat.

This time mommy bagi daddy chance la nak makan apa pergi pilih sendiri.
Sekali bukan main banyak daddy order. Betul-betul bercuti daddy kali ni.

20150411_211104

Daddy mintak:
Nasi putih x 2
Tomyam campur 2 orang makan
Siakap 1kg masak sweet sour
Ikan pari bakar 2 ketul
Sotong celup tepung 500 gram
Kailan ikan masin 2 orang makan
Nescafe o ais
Kopi o ais
Teh o ais
Tembikai Laici (mommy mintak tapi Maryam yang bedal)

Total = RM97+

Which was MURAH! sebab memula mommy dah bajet macam RM150++ sebab ikan siakap tu OMG besar gila kot cukup 5 orang makan. Memang mommy makan lauk je lah Maryam tukang habiskan nasi mommy.

Alhamdulillah rezeki.

Kedai ni mommy and Maryam pernah ikut atok and opah masa cuti-cuti Bagan Lalang few years back tapi masa tu daddy tak dapat ikut. SO merasa jugak daddy makan kedai ni. Masa kami sampai memang tak ramai orang sangat so memang cepat je la makanan tu dapat. Dalam 10 minit macam tu je. Ikan-ikan sotong so far memang fresh. Macam kami kata.. kami jenis semua pun boleh asal boleh di makan so nak komen tak sedap tu tak pandai tapi kita boleh menilai la mana yang sedap mana yang tak boleh makan langsung.

Sambung next entri

No Comments »

Hello Kitty cake by #lilredbakes

fotos_20150323031946

Mommy plan celebrate birthday dekat school dengan classmates kakak-to-be so tempah kek Hello Kitty siap-siap dengan Aunty Farihah

Boleh contact Farihah @Β www.facebook.com/pages/Farihah-Ismail

plus she can bake ANYTHING I TELL YOU!!!

Memang our fav baker .. semua nak order je dari dia .. senang! πŸ™‚

 

No Comments »

JUAL : Sambal goreng kentang garing

123 1234 12345

 

1 bekas X 300gm = RM10
1 bekas X 150gm = RM6
*not include postage*

Sesuai dimakan dengan nasi panas, bubur atau begitu saja!

Sambal Kentang Goreng ni tak pedas-pedas manis yea.. budak-budak pun boleh makan

COD Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Puteri Puchong

Contact / SMS/ WA : +60102400860

ATAU

Like page yang menjual pelbagai barangan dan produk!

www.facebook.com/omoomoshop

No Comments »

[Review] Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga, Gelang Patah

1 May kami sekeluarga buat trip ke JB bawak anak-anak ke Hello Kitty Town dan Little Big Club keesokan harinya.

Kami bertolak pagi Khamis dari Putrajaya dan sampai JB petang gitu. Terus check in homestay di Taman Nusantara, Nusajaya. Tak jauh dari bandar kalau guna highway and ke Legoland pun.

Malam tu memang dah riki-riki nak makan ke mana. Suami saya yang sangat bijak lagi genius rekomen makan kat Restoran tepi laut katanya. Macam tau-tau aje.

So dengan GPS, kami selamat sampai kat area restoran terapung tu.
Memang masuk kawasan kampung ke dalam jugak dalam 1-2KM.
Tapi masa kami pergi tu ada banyak kereta jugak yang menuju tempat sama. SO tak berapa seramlah.

Alamat:

Jalan Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, Malaysia

Actually ada 2 restoran yang anda boleh pilih. Restoran Saujana atau Restoran Yeo.
Kami pilih Restoran Yeo sebab abah cakap dulu kecik-kecik kita macam pernah makan Restoran Saujana.. mana-mana pun rasanya sama kecuali Restoran Yeo pemilik dia Cina Muslim so mostly masakannya berasaskan makanan style cina lah.

Kami order:
Nasi putih 3 set
Siakap masam manis 1
Siakap stim 1
Butter prawn 2 set
Sotong celup tepung 2 set
Sayur campur 2 set
Kailan 2 set
Tom Yam 2 set
Air Tembikai 1
Air laici 2
Otak-otak
(untuk 15 orang makan termasuk budak-budak)

Total bil?
RM300

Alhamdulillah.. Kuantiti lebih dari kebiasaan tapi nilai sama macam selalu kami makan di KL/Selangor.

Ikan udang semua segar-segar memang fresh habis.

Next time boleh pergi lagi =)
20140501_194441

20140501_194445

No Comments »