Archive for the ‘gedik’s life’ Category

Check up ibu mengandung di HUKM Cheras

Jan 19

Semalam pergi check up first di HUKM Cheras. Diingatkan kalau macam kes saya ni sebab direfer oleh klinik kesihatan so memang bagi appointment tapi kalau macam ibu mengandung lain maybe kalau nak buat check up kena dapatkan referral letter dari klinik kesihatan ataupun klinik biasa baru boleh buat temujanji untuk check up kat HUKM nih.
Tapi rasenye kalau nak bersalin terus tak sure pulak boleh walk in je ke ape..

Saya dah dapat date ni dari bulan 12 lagi.. sebulan jugaklah jarak dengan first booking appointment.. Untuk new register kena bayar RM30 dan scan RM20.. tu je..
and nanti kena datang ikut time yang dia dah beri. Dari pukul 8 sampai pukul 12 rasanya.. Petang memang takde check up dah.
Semalam dapat pukul 11 and kirenye dah lambat gak tu dah hujung-hujung..
Memula sekali datang bawak referral letter and borang yang dia dah kasik masa awal-awal booking and dia akan register kan..
Lepas tu pergi kaunter pembayaran iaitu sebelah dia je and bayar RM50 tu dulu.. then dia akan bagi kertas putih and kertas kuning..
Kertas kuning tu dia akan tick kan apa yang kite kena buat ikut turutan.
Kertas putih pulak result paper yang setiap test yang kite dah buat ikut kertas kuning tu.
No semalam 5034 means 5 adalah bilik doktor and 34 adalah no saya. Tapi sebab semalam adalah first check up so kena buat scan sekali..
Lepas register boleh terus pergi kaunter timbang untuk check berat then nurse akan check blood pressure pastuh nurse tanye tinggi kite berapa then nurse suruh kita masuk ikut pintu and ambik botol urine untuk isikan urine kita. Bila dah isi tu bawak pergi kaunter makmal sebelah je dari toilet tu and pekerja makmal akan test so bagi kertas putih tu dia nak tulis result. Then ambik balik bekas urin tu and buang urin .. kalau boleh buangla dalam toilet bukan dekat sinki sebab macam kotor je nak buang urine kita kat sinki tempat orang basuh tangan semua tu kan.. So better masuk toilet and buang dalam toilet lepas tu basuh terus botol urine tu and buang dalam bekas kuning bawah sinki tu.. Ada je arahan semua dia dah lekat kat kertas tu.. =)
then terus pergi ke bilik 11 and tunggu sampai no kita naik..
Adalah dalam 2 jam kot tunggu untuk masuk bilik 11 sahaje.. giler kan?
pastuh tukang scan tu kemain ganas .. hampir-hampir nak terkucil sebab dia tekan kuat sangat.. memang dia cakap dia tekan kuat sikit tapi ni memang kuat sangat..
pastuh dia suruh keluar and tunggu untuk jumpe doktor pulak..
tunggu doktor ni aje pun dah 2 jam jugak lah..
sebab kitorang antara couple yang last-last jugak..
by pukul 2 tu baru dapat masuk jumpa doktor and dia salin balik je apa dalam buku merah klinik kesihatan tu.. takdela ape sangat pun then dia suruh buat test itu ini sekali lagi.. tapi yelah kan untuk rujukan dia pulak so terpaksa lah datang lagi next week lepas cny and dia bagi next visit lagi sebulan..
Lepas tu nurse kasik borang itu ini and terus ke kaunter luar balik untuk dapatkan next appointment

Kalau dah checkup kat fully government or half government memang lah macam ni.. orang nya pun ramai.. bukan sebab dorang buat kerja sambil lewa ke apa so kalau sesiapa yang rasa tak boleh tahan nak kena tunggu sampai 3-4 jam baik check up and bersalin kat hospital private aje lah nasihat terbaik dari saye..

Tahun baru dah diserang demam ..

Jan 06

Syukur Alhamdulillah.. ade sedikit kesempatan ni boleh lah nak update blog sekejap.. balik je dari Melaka tu suami terus demam teruk cuti sampai 2 minggu sambung ke new year..
Bini dia terpakse kerja sebab takde orang nak ganti..
terpaksalah yang..
Sakit sampai tahap kena bawak pergi ER HUKM lagi hari Khamis 2 minggu lepas.. Tak boleh tahan dah katanya..
Memang dia kalau demam teruk betul sampai boleh buat bini dia pun gelabah panic.. selama ni kalau yang sakit tu mesti bini dia je.. bukan laki dia..
ni bila laki sendiri dah sakit.. wuii panic teruss..

Harus lah hari tu mintak EL dengan boss sebab nak jaga buah hati kesayangan tu kan..
Nasib baik dah makin okay.. Syukur Alhamdulillah..

Ni masuk je kerja balik.. bini dia pulak yang start sakit tekak bagai..
nak cuti pun tak boleh so tahan je lah makan belen-belen ubat dari jumpe doktor aritu..
Ingat hari ni baru nak pergi mintak ubat lagi..
Bila batuk-batuk pun dah berdarah kahak tu yang tak tahan tu..
Dah 2-3 malam kami usung tilam tidor luar..
tak tahan tidur dalam bilik sebab sejuk air cond..
Bangun pagi je terasa kering betul tekak sampai nak telan air liur pun macam nak menangis..
Memang virus tu pandai betul timing kan.. nasib baik husband pun dah sihat sikit so dia la yang kena melayan bini dia pulak..
Aiyo memang tak boleh tahan kalau batuk-batuk ni..
Sakit perut sendi semua ..
:(

Harap-harap baby pun takde apelah dalam perut ni..
masih bergerak aktif..
tapi bahaya jugak sebab dah 3-4 hari demam tak baik-baik..
panas takde cume sakit tekak, selesema dan batuk je..
haihh..
nasiblah..

appointment minggu ni pun kena tunda pergi next week sebab takde orang kat office..
haihh

Melaka trip dan cerita-ceriti

Dec 29

Last week kan bercuti-cutian sambil pergi kenduri my officemate kat Melaka..
Dah book Hotel kat Melaka Raya.. City Park Hotel..
okaylah.. hotel ni penuh melayu je.. breakfast included.. tapi cheq ni pandai sangat pergi book superior twin.. merasalah tido berjauhan laki bini..
miahahaha..

Bertolak dari Cheras pagi Jumaat tu.. sambil bawak slow-slow..sambil pusing-pusing sukat jalan bandaraya Melaka sikit..
This time punya trip memang aku takdak plan apa-apa langsung..
sebab cuaca pun ala-ala mendung gitu sambil hujan lebats ya hamat..
duduk hotel time Krismas kan. merasalah bayar super peak punya rate tu yang tak kisah sangat kalau takde pergi mana-mana tuh..
Dah sah-sah bayar mahal-mahal sebab nak duduk hotel kan..
hahaha..

Sunyi hotel tu walaupun tengah bandaraya Melaka..
Dekat betul dengan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan Mall..
Malam jumaat tu kitorang keluar cari makanan kat Dataran Pahlawan Mall tu.. humang ai penat gila jalan pusing-pusing tak jumpa kedai makan best..
Sekali makan prosperity burger je kat McD.. hehehehe hampeh.. jauh2 datang makan burger je kitorang..
tapi standardlah dah terikut perangai husband aku yang jenis tak suka makan kat warung-warung or kedai makan yang tak berapa femes selain fast food or restoran macam Nandos ke Kenny Rogers ke.. ha camtu dia layan..
itulah husband saye :)

then Sabtu tu memang dari pagi lepas turun brekafast asyik hujan je.. kitorang sambung tido jee sampai tengah hari..
then baru keluar sebab masing-masing dah lapar.. Sebabkan hujan so nak carik tempat yang bertutup lah kan karang basah pulak.. sambil tiba-tiba aku terasa nak shopping so aku ajak pergi AEON Bandaraya Melaka.. besar kot.. pastuh banyak gila kot kereta.. 30 minit jugak kitorang carik parking..

Memang gegila lah orang keluar sebab musim cuti kan.. cuti panjang pulak tu..

Nampak Burger King so kitorang decide makan Burger King ajelah.. see fast food lagi.. hehehehe

Lepas tu jalan-jalan kemain carik seluar husband lah.. carik hadiah wedding lah.. carik itu ini lah.. sedar-sedar dah nak ke malam..

Masa singgah Daiso tuh.. tengah jalan-jalan cuci mata tengok barang-barang sekali ada orang ni tegur.. tanya ni yang buat blog tu kan.. auwww tersipu sipu di situ hehehehehe.. Nana (harap-harap tak salah nama sebab terlalu terkejut bila ada orang tegur sebab tulis blog ni) saja balik kampung and terserempak dalam Daiso and decide nak tegur saya yang tengah melilau kat Melaka nih.. hehehe thankssss sebab sudi tegur! Marilah add di facebook! :) )

Aircond AEON tu kemain sejuk gila tau.. sampai la husband aku terselesema.. Malam tu dah start tak sihat dah..

Esok nya Ahad tu check out terus gerak pergi rumah officemate kat Bukit Katil.. jumpa borak2 30 minit macam tu and then mintak diri nak pergi menjamu selera.. makanan adalah marveles.. dan paling tak boleh tahan.. goreng pisang panas yang dicicah sambal kicap.. woww setapppp…. tapi tak cicah la kicap tu kang sememeh je aku makan.. tapi goreng pisang makcik tu memang sedap gila lah.. no wonder dorang serve kasik masuk dalam menu kenduri kahwin.. sedappp sangat! rangup! :)

Then terus kita gerak balik KL.. masa nak keluar dari tol Ayer Keroh tu singgah kejap beli dodol Melaka then yang sebelah sana tu jam menggila dari depan Zoo Melaka sampailah ke exit tol Ayer Keroh tu.. kesian lah nak bercuti tapi kena tempuh jem dulu semorang tuh.. Memang dah boleh agak pun sebab orang cuti lama kan.. memang agaknya time ni aje free nak bawak anak dan keluarge berjalan-jalan..

Balik tu terus kemas-kemas baju and then kami ke Kapar pulak sebab mak and abah buat makan-makan masuk rumah baru.. Dekat situ je husband dah badan panas.. =( keshiannn sangatt…

Makanan dan hikmahnya..

Dec 27

Terjumpa artikel yang sangat menarik… Credit to owner dan mintak izin copy paste share dengan rakan-rakan yang lain ye =)

www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Makanan%20Dan%20Hikmahnya%20dalam%20Islam.htm

Makanan Dan Hikmahnya dalam Islam

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak Kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama Dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. Pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu Dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk Dan disapu disekeliling Mata bagi menguatkan pandangan Mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang Dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan Dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. Pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas Dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma Dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam Dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid Dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid Dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga Dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. Pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser Dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “IA” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus Dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ Dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. Membetulkan imbangan badan, baik untuk otak

Dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi Dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid

(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. Pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa Dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan Dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan Dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)

Yang masak menghilangkan panas Dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air Dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. Pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. Sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh Kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila Kita melecur atau kulit terbakar Dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik Dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba Dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak Ada satu Hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. Pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang Ada pada hulbah, mereka pasti membeli Dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid Dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan Dan rasanya enak. Nabi s.a.w. Pernah bersabda, “Jika anda kata Ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir Dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan Lumpur Dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam Dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Saya bin Ibu Saya

Dec 16

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup

untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai

Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum

Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah

Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah

Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah

Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu

Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut

Janganlah kamu berdukacita dan risau

Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA

Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,

Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,

Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka

Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak

Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

Malahan solah lima waktu,

Puasa di bulan Ramadhan,

Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

Bahkan dari masa hidup hingga aku mati

Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh

Sehingga sampai satu masa kelak,

Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Bahawasanya mati ini adalah benar

Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar

Minum di kolam air nabi adalah benar

Ada syurga dan neraka adalah benar

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya

Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa

Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah

Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar

Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati

kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”