Archive for the ‘gedik’s life’ Category

Gambaran Kiamat

Dec 06

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).

Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.’Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.

Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.

Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.

Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.

Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.

Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.

Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.(Astaghfirullah Al-azim)Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
-Sedekah/amal jariahnya.
-Doa anaknya yang soleh.
-Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. sumber: Amar Sufi

Ujian BSP @ Klinik Kesihatan

Nov 30

Disebabkan result air gula aku agak tidak normal dan berada dalam julat tengah so nurse suruh buat ujian BSP pulak untuk monitor glukosa dalam darah.. so dia bagi appointment:

16/11 – Ceramah pemakanan oleh pakar dietatik

21/11- Ujian BSP

22/11- Review by doctor

 

16hb tu aku pergi macam biasa .. ceramah ramai-ramai dalam bilik seminar.. bukan aku sorang aje la yang kena.. ada nak dekat 10 preggers kot.. sesi kali ni memang untuk ibu hamil je.. ada akak tu dah 3 kali pregnant pun memang asyik kena aje.. so dia kata normal lah kalau badan besar ke kecik ke takde kaitan pun sebenarnya.. depends pada badan seseorang tu lah macam mana reaction dia..

sedap sikit hati aku.. yelah down la jugak maybe sebab aku ni gemuk so sebab tulah dapat penyakit-penyakit ni.. tapi bila akak tu explain aku macam sedap sikit hati.. at least dapat detect awal-awal dari aku ada problem masa saat-saat akhir nanti lagi tak ke haru biru jawabnye..

Dalam 1 setengah jam jugak ceramah then habis.. aku turun bawah jumpa nurse.. nurse bagi penerangan serba sedikit pasal ujian BSP pulak next weeknya..

21hb 11 tu laki check dengan sukarelanya ambik cuti so tak payah la aku susah payah nak drive sorang-sorang ke Shah Alam.. keh keh keh.. angkut sekali laki bini..

Pukul 8 terus sampai klinik.. ambik no semua then nurse suruh pergi makmal je terus.. bagi buku then terus nama kena panggil and dia tap! tangan aku dgn jarum and ambik sikit darah.. reading darah pun dia ambik untuk 1st time iaitu reading berpuasa … dalam 4.3 je bacaan aku.

Orang kat makmal tu suruh aku makan breakfast and datang balik pukul 10 terus ke kaunter makmal tak payah pergi jumpe nurse dah.

Aku terus ajak laki breakfast dulu tempat macam biase lah .. sebabkan aku memang gila suka dengan nasi lemak Ceria tu aku bantai makan nasi lemak sotong sama milo ais.. keh keh keh.. habis makan pukul 10 aku pergi balik klinik and tap! lagi sekali dia cucuk jari aku..reading terus naik 7.6 kau.. hahaha penangan nasi lemak sama milo ais tuhh.. padahal makan tak sampai 2 jam lagi.. aku makan dalam pukul 9 macam tu kot.. kire tak berapa betul la julat dia tuh.. tapi takpelah.. tak kuasa nak tunggu lama-lama sebab dedua ngantuk gila.

Then dia explain lagi pukul 12 makan then datang balik pukul 2..

Aku balik terus terbongkang 4 jam tak sedar.. tengok-tengok dah nak pukul 1.30 dah.. memang nasi lemak tadi tu buat aku kenyang sampai ke tengah hari.. so pukul 2 tu laki cheq ajak pergi klinik balik and tap! lagi sekali reading gula diambik oleh orang makmal tu..

reading untuk pukul 2 menunjukkan 4.9 iaitu dalam julat normal.. then lagi skali dia suruh datang pukul 9 malam tapi kena makan pukul 6 petang.

Pukul 9 pergi makmal so dapat reading 5.3 and masih dalam julat normal walaupun makan pukul 6 petang.. pheww!

22hb tu besoknya pukul 7.30 pagi aku dah gerak dah ke klinik.. macam biasa cik abang hantar and teman sekali sebab dia kerja petang.. lepas jumpa doktor baru balik rumah Cheras..

Doktor pun check result semalam and terangkan serba-sedikit pasal BSP semua kenapa kena buat etc.. baru lah aku paham walaupun sebelum tu dah baca kat dalam internet .

Disebabkan aku kena jumpe doktor 2 minggu sekali so aku mintak doktor sini transferkan aku dekat Klinik Kesihatan dekat dengan rumah Cheras.. Dulu ingatkan takde ape-ape so boleh refer Shah Alam punye klinik kesihatan je tapi sebab ni dah kena 2 minggu sekali so memang terpaksa transfer dekat dengan rumah Cheras lah nampaknya.

Doktor pun suggest yang paling senang nak pergi sebab memang aku kena datang klinik selalu pun..tapi sebelum tu doktor suruh aku ambik suntikan kancing gigi dulu.. berderau darah masa dia suruh buat hari tu jugak.. mak tak ready weiiiii :(

So nurse tuliskan dalam buku apa yang patut and suruh aku masuk bilik suntikan untuk suntikan kancing gigi tu pulak.. tak sakit melampau la tapi tetap sakit.. perghh berape kali la kena cucuk dah nih.. demi mu anak.. mummy rela dalam terpaksa :(

Next monthly appointment patut nya 26hb 11 tapi sebabkan nak transfer ke Cheras so nurse suruh buat kat KK area Cheras terus jelah..

settle semua terus balik..

malam tu tangan aku start lenguh-lenguh..

bila baca dalam internet rupanya memang kesan-kesan dia akan lenguh-lenguh dalam 2-3 hari..

ampeh nurse tadi tak bagitau apa-apa pun. seb baik aku cuti seminggu.. hmmmmmm

Belajar bahasa Korea! RM72 untuk sebulan @ RM150 untuk 1 semester!

Nov 08

 

Sila click http://www.groupon.my/in/.dKH4Xm/,715897100

Memang jimat sangat-sangat!

Dapatkan keterangan lanjut! Peluang untuk anda belajar bahasa Korea dengan sangat murah! :)

Tips untuk sesiapa yang belajar/melancong di Korea

Nov 02

hei! i nak pergi for exchange student to korea..but risau sikit pasal expenses.. so nak tanya kat korea foods, pakaian, accomodation mahal tak? sebab for that program, elaun only will be given for flight ticket and preparations. lain2 expenses di sana adalah tanggungan sendiri tapi mereka boleh carikan biasiswa untuk kami tapi tak confirm lagi lah pasal scholar tu.. so nak tanya pasal 3 soalan yang penting jugak..1, mahal tak cost di sana? biasanya untuk makan sehari berapa RM ye? if you can, convert lah ke RM from korea won..lagipun tak faham sangat dengan sistem duit korea sebab kadang2 tengok cerita korea memang tak faham pasal duit dia..2, nak tanya pasal muslim food senang tak dapat kat sana..senang tak dapat n banyak tak restaurants for muslim n last skali, saya nak pergi exchange ke pukyung national university. lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea? thanx! hope to get your respond ASAP! - izuanmusa@gmail.com

 

Maaflah encik.. saya ni bukan 24 jam blogger tegar so tak boleh nak jawab cepat-cepat. Blog ni blog personal yang bila saya rajin saya tulis.. tapi tergerak hati nak share info pengalaman saya di sana. BTW untuk pengetahuan semua yang berminat nak sambung belajar/ duduk Korea ni.. Saya dah lama balik dari Korea.. saya dah grad tahun 2009 dan balik sini 2010 .. eh? baru tahun lepas :p tapi rasa macam dah lama sangat lah.. maybe hidup kat Malaysia ni yang pergi balik kerja ni buat rasa macam dah bertahun -tahun balik Malaysia kot..

Ok mari cerite satu-satu:

mahal tak cost di sana?

Mestilah mahal kalau nak compare dengan duit kita.. duit sana 1000 won sekarang maybe dah RM3 macam tu kot.. tapi ikut pasang surut.. time saya datang dulu baru RM2++ je tapi makin lama makin naik lah.. standard.. 1000 won tu macam RM1 dekat Malaysia.. 1000 won boleh dapat air mineral tapi kadang-kadang ikut kedai ada air mineral 500 won.. so kire sendiri lah mahal ke tak :p

biasanya untuk makan sehari berapa RM ye?

Nak makan pun satu cerite jugak.. untuk diingatkan lagi sekali, Korea tu negara bukan Islam.. makanan halal susah nak carik.. memang lah lagi susah kalau kite duduk jauh dari Seoul..kebanyakan restoran yang halal ada di area Itaewon aje.. jadi makanan lain adalah dengan makan makanan yang ada seafood.. itu pun kalau korang lalu lah.. selalunya kalau makanan restoran halal dia ikut buffet.. seorang 10 000 won paling murah dan paling mahal dalam 30 000 won ikut restoran.. dan ini mostly di Itaewon, Seoul ye.. Macam saya pernah duduk di Incheon ada kedai halal di Dong-Incheon.. Makanannya dalam 5000 won ++ untuk paling murah dan seterusnya.

Untuk yang gamble dan boleh terima makanan korea..  bolehlah makan kat shiktang/warung/kedai makan yang bersepah-sepah tapi diingatkan kena pandai mintak makanan sebab kalau tak pandai nanti susah pulak sebab mostly kedai ni pun ada yang jual pork sekali..

Usually untuk budak Malaysia yang duduk di Korea ni duduk setempat dan mostly memang dari zaman senior-senior makcik pakcik korea ni dah kenal and tahu yang budak Melayu Malaysia memang tak makan pork dan ayam dan daging yang tak disembelih so dorang memang takkan bagi kita makanan yang mengandungi unsur-unsur tidak halal.. untuk 1 hidangan dalam 4000 won-5000 won (area Seoul) dan 3000 won – 4000 won (area Incheon).. so bajet lagi skali :)

lecturer ajar dalam bahasa inggeris wholly or ada yang ajar bahasa korea

Saya tak sure pulak sebab saya tak pergi universiti yang encik nak belajar tu ye.. so ape kate boleh call or email je department encik tu untuk dapatkan kepastian.. selalunya kalau diploma/ degree memang fully korean unless kelas BI.. tapi depends lah.. ramai je professor Korea memang tak suka cakap BI sebab tu bukan bahasa rasmi dia..

 

Jadi.. untuk sesiapa yang nak jadi exchange student mahupun belajar di Korea..  memang tough sikit sebab bahasa Inggeris tu memang tak banyak dipraktikkan.. cubelah amik kelas bahasa Korea or belajar sikit-sikit dari Internet.. pasal pengiraan duit pulak cube belajar dan hafal dari sekarang.. mana ada benda senang dalam dunia ni kan ;)

 

Hope dapat bantu serba sedikit..

Little baby update: Week 16

Oct 12

Semalam pergi check up.. lepas sebulan..
Memula nurse check urine dulu and doktor cakap agak pekat.. Sebab pagi lah agaknya kot kan.. tak tau lah..

Then check blood pressure pulak.. lepas tu doktor cakap tinggi nih..
Penat ke apasal macam tinggi?
Explain lah kat doktor yang this whole week kerja shift petang sampai tengah malam so macam agak kurang tidur dan penat.
And she was like ha kerja shift? Tak boleh tukar ke.. Nanti risau ni blood pressure tinggi ni..
Kalau boleh tak payah lah buat..
So far memang takdelah rasa pening ke apa tapi just penat je..

Harap-harap lepas ni dah takde lah shift..Amin..
larat tu larat tapi kalau straight 2 weeks memang tak boleh kot.

Then scan baby pulak..
Doktor cakap baby saya sangat aktif! Macam boy.. haha tapi takdelah nak suruh doktor check gender.. Biar dulu lah..
Next month ke boleh lagi kot..
Then doktor nak check tangan and kaki..
Bergerak-gerak tangan and kaki dia..
susah nak tengok betul-betul..

Mami tak kisah pun boy or girl..
Yang penting.. membesar sihat dalam perut mami nih yeh..

=)

Hati terusik betul bila tengah scan. Dulu yang segumpal darah dah berbentuk almost sempurna.. Memang menakjubkan sangat-sangat kuasa Allah SWT kan?

Patut lah perempuan bila pregnant and dah ada anak ni makin sensitif dan makin loving =)