Rasa yang same jek…
Yesterday bangun-bangun je macam nak pitam tak boleh bernafas..
Sakit tekak melampau..
so terus ajak husband teman pergi klinik..
seb baik dia pergi kerja tengah hari.. klinik panel pulak memang dekat office dia..
Dah confirm-confirm demam kan.. doktor tanya nak MC berapa hari..
ikotkan diri chek ni mestilah nak beribu-ribu hari.. miahahaha..
takpelah Doc.. bagi untuk hari ni je pun takpe sebab I masuk evening shift pun..
Balik memang tido je seharian.. husband balik .. masak megi makan lepas tu makan ubat balik..
then haruss pengsan lagi sampai la tengah hari ni..
terbangun-bangun jugaklah.. husband pandang aku..aku pandang husband.. pastu aku tido balik..
hahaha
Hari ni bangun-bangun je..
ade rasa tak berapa best..
pergi toilet..
dengar orang masaklah..
dengar suara budaklah..
dengar sayup-sayup je semua..
tengah hari weekdays kan? mana la ade orang sangat..
and me dont likey..
aku terasa macam dekat Korea..
dalam rumah aku dulu yang kat Inha tu..
Sekarang Korea kan tengah cuti summer..
memang time-time cenggini..
memang bangun lambat lah..
lagi-lagi kalau demam..
lepas tu..
TV pulak on cenel 391..
lagi laa asyik dengar perkataan-perkataan korea je..
memang sebijik!!
sebabnya kat rumah sana dulu memang TV cable tu on 24 jam tak pernah tutup. kadang-kadang je tutup bila terasa nak tutup tv..
kalo time tengah hari baru bangun tido kat Korea, memang sunyi jugak.. dah lah duduk kawasan kejiranan kan.
depan rumah aku laks ade family 2 adik-beradik kecik selalu main depan rumah dia..
jerit-jerit..
pastu kadang2 dgr orang belah kanan masak-masak bunyi periuk belanga skali dengan pinggan mangkuk berlaga..
kepala aku berdengung-dengung je..
memang kalau tutup mata..
terasa betul-betul kat rumah lama suasana dia..
OH MA GOSHHH!! apakahhh???
aku rindu Korea????!!
Tapi lepas tu bukak mata..kelip-kelip 2 kali..
ohhh terus berpijak di bumi yang nyata..
im at home.. my home sweet home..
with my darling husband..
Lepas tu hubs ajak tengok Muhan Dojeon(Infinity Challenge) pulak..
OH MA GOSH!!!
Rasa gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam summer kat Inha weyyy!! creepy gilaaa..
sebabnya.. kalau kat Korea..
aku biar je tv SBS tu terpasang ulang-ulang tengok IC kat tv..
Sambil tengok-tengok tu..
teringat pulak time aku and husband (masa tu tunang) berjalan-jalan yoheng(travel) kat Korea..
dengan panas lagi..
dengan tengik lagi..
dengan segala-galanye..
OH GOSH!
i miss spending my summer in Korea!!
i miss everything about Korea..
i miss..
Bilakah dapat balik semula ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan suka duka aku ni haa??
Betul orang kate..
Makin lama..makin sayang.. makin rindu..makin cinta..makin geram.. makin suka..
syukur Alhamdulillah dipertemukan jodoh denganmu
사랑해요 여보.. 아주 너무 너무
Wonderful Wednesday :)

I love being married. It’s so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life. ~Rita Rudner
Thank you for being a good friend, a husband and a soul mate.. ILYSM
Cuti – cuti Kuching Part 4 (Pasar Serikin)
Ok sementara tengah break 5 ni meh la kita update nanti lama-lama malas.. Mana yang ada gamba je la boleh update now sebab ade gambar banyak dalam digicam..
Pagi-pagi Mr Asphiroth dah bbm suruh bangun and parents dia ikut sekali since dia pun tak berapa sure jalan nak pergi Pasar Serikin tu. Pasar Serikin tu macam jauh jugaklah dari bandar Kuching tu. Naik kereta lalu jalan kampung dalam 1 jam setengah jugak kot. Panas jugak la vontot duduk dalam kereta. Parents Mr Asphiroth seronok betul cerita itu ini pasal Sarawak and banyak info aku dapat dari dorang. BTW Pasar Serikin ni dibuka Sabtu dan Ahad je dari awal pagi sampai 2-3 petang kot. So kalau datang Sabtu Ahad tu boleh lah amik kesempatan jalan-jalan kat sini.
Masa sampai tu dah nak pukul 10++ pagi kot and cuaca agak sejuk and mendung gerimis gitu. Kalau tak memang panas lagi agaknya Serikin ni.
Pasar Serikin ni kalau google memang tempat patut dilawati kalau datang ke Sarawak. Tak sure macam mana nak pergi sendiri tanpa kereta tapi yang aku check ada je depan Hilton or Riverside Shopping Mall tu ada teksi yang boleh hantar pergi dan balik cuma ongkosnya saje la lain sikit . Kitorang free hehehee..
Apa yang ada kat Pasar Serikin ni? Mostly kain- kain, langsir, baju-baju, barang-barang perhiasan rumah dan macam-macam lagilah..
Aku sempat sambar kain pasang 6 helai.. dari RM39 jadi RM30 je sehelai tu pun boleh je nak kawtim lagi tapi takpelah niat orang dah bawak ni pun bersyukurlah dapat murah jugak kan..
Pastu beli purse beads yang memang terkenal kat Sarawak ni.
Beli buah salak madu sekilo. Nak beli banyak-banyak kang terkulat-kulat nak bawak.
Beli ikan masin layang-layang?? eh ke kot namanya murah lah sebungkus besar RM3..
Apa lagi ek.. lupa dah tapi takdelah melampau. ingat nak angkut tikar kan tapi haihh takpelah.. kita pasang niat datang Pasar Serikin nak melawat je bukan nak shopping gila-gila..
Jalan jauh jugak lah dalam 2KM patah balik kot.. Kitorang jalan sampai memang hujung ke border dah. hehehe.. Ramai orang patut nya tapi sebab dah datang pagi-pagi takde lah sesak sangat..By tengah hari kitorang dah gerak balik ke Kuching.
Kitorang singgah makan kat SCR iaitu Singapore Chicken Rice.. memang ada kat Sarawak je ye. Ala-ala Chicken Rice Shop kat Semenanjunglah tapi nasi dia memang sedap. Bukan ade nasi ayam je tapi ade western pun ada kot. SCR ni kalau time puasa memang fully book ye and banyak cawangan kat Kuching.. Lepas tu aku order Teh Special Peng (kot?) which is 3 Layer tea.. sedapp dari semenanjung sehh.. sumpah sedappp..
Gambar takde lah amik sebab segan lah kat parents Mr Asphiroth macam jakun gila (padahal memang jakun pun) hahaha..
p/s: Gambar semua kat dalam digicam nanti tepek lain lah untuk kenangan..
Cuti – cuti Kuching Part 3 (Seafood heaven)
Semalam battery bb tinggal nyawa-nyawa ikan pastu encik suami guna bb dia pulak untuk tether. Kitorang tak amik wifi so kenala pandai2 nak tether tapi since semua hp/bb pun unlimited internet jugak so no point nak amek wifi dalam bilik kan..
Lepas dah freshen up diri masing-masing kitorang (tipu! Aku je! :p) pun decide nak try seafood la kat Taman Kereta yang dipanggil Top Spot. Memang femes sungguh.
Dari Tune Hotels tu jalan straight and belok kiri memang dah boleh nampak signboard besar TopSpot tu kat tingkat 6.
Mr Asphiroth cakap nama kedai femes is ABC. Memang baca dari blog orang lain pun situ memang femes antara banyak2 maybe sebab tukang masak dia la kot.
Masa dah sampai tu memang orang almost full dah. Tapi nasib baik datang berdua je so kejap je pelayan tu carikkan meja untuk kitorang. Suka suka!
memang pelayan baik-baik sungguh! Semua nak tolong je takde masam muka ke ape. Kalau ade certain people cakap la konon orang Sarawak tak suka orang luar memang bidaah sangatlah tu. So far memang baik je. Insya Allah harap2 memang semua yang kitorang jumpa baik-baik jelah.
Kedai ni cara dia kita kena pilih semua barang / haiwan termasuk sayur sekali and mintak dorang masakkan. Tapi sebab aku blur so pakcik tu yang tolong. Aku amek udang galah 2 je tapi niat di hati nak makan lobster tapi dah pernah makan lobster pun kat Manhattan Fish Market so tu yang try udang galah pulak.
Udang galah 2 then tanye pakcik tu masak apa sedap. Dia suggest buat butter prawn. Checked! Pastu amek ketam xxlarge kot 2 ekor. Mintak suggest lagi nak masak apa and dia cakap black pepper sedap so ok checked! Then sotong nak celup tepung untuk 2 orang makan (ni kalau masak lain hubby tak makan ) then Mr Asphiroth memang suruh rasa ambal and sayur midin. So mintak pakcik tu buat untuk 2 orang makan and tanak banyak-banyak. Dia suggest ambal masam macam masak sambal pedas and midin masak garlic since kitorang tak berapa makan belacan.
Midin tu macam pucuk paku yang femes gila kat sarawak ni so kenalah try untuk sesiapa yang datang sini tu yea!
Ambal pulak memang lain dari yang lain ala-ala macam pepahat kot tapi memang rasa dia macam kerang.
Then ada mamat tu datang tanya nak try umai tak pastu kitorang tanyela umai tu ape. Umai ni macam kerabu ikan yang ade bawang and limau. Then hubby kata try jela so kitorg order 1..
Makanan tak anta sekaligus yea mana yang sampai tu kalo tak sabar ngap la dulu. Yang sampai dulu kat meja kitorang ketam black pepper. Pastu semua dh sampai tapi main dish yang udang galah tak sampai-sampai. Sudah.. Terus tanya balik pakcik yang ambik order tadi and dia confirm balik dengan kitchen.
Pastu pergi balik meja kitorang and confirm balik memang kitorang nye udang galah sesat tah ke mana so melepaslah nak makan udang tu tapi masa tu macam bersyukur jugak sebab dah full gila.
Sini jenis order-order orang tu masak then hantar ikut meja means adala orang dapat makan free udang galah semalam tu agaknya. Hehehe rugi boss tu 24 hinggit..
So total semalam: RM82 untuk 5 jenis lauk.
Semalam nampak bil ketam 2 ekor besar RM33 kot Umai RM10 sehidang and maybe lelain tu dalam RM10+ or RM20+ ikut hidangan.
Big boss kata murahlah ni 2 orang makan macam ni agaknye kalau makan kat Restoran Cerana tu memang confirm more than that lah. Alang makan biase-biase pun dah RM60++
Memang puas hati cuma sedih tak dapat makan udang galah tu lah.hehehee tapi takpe.. Mak tak kisah noks!
Gambar amik guna hp encik suami nanti la update dgn gambar lelain. Update 1 gambar je okay!





