T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Raya 2016 #1

Macam biasa pagi – pagi rumah ni memang dah ramai yang bangun sebab bilik air rumah nenek ade 2 je.. orang nya pulak berpuluh-puluh so kena cepat bangun nak rebut bilik airnye. hihi

Nasib baik baju dah siap siap gosok dari rumah so memudahkan kerja yea..

Memang kebiasaan sini.. pagi – pagi mandi lepas tu makan ketupat lemang rendang bagai.. lepas tu beraya bersalam-salam sesi meminta maaf.. baru yang lelaki bergerak ke masjid.

Tahun ni daddy demam tak sihat sikit tapi gagahkan diri jugak pergi solat raya. Cuma tak join baraan je tahun ni sebab tak larat.. balik terus melepek je.

Tahun ni memang takde gambar proper 4 orang.. bertuah betul.. bila dah tak sihat.. mood nak raya pun tak berapa nak ada la sangat.

No Comments »

Malam Raya 2016

Alhamdulillah..

masih bernyawa nak simpan sedikit kenangan dalam blog bermakna ni.

5/7/2016
EL hari ni sebab 2 anak dara selesema tak berapa sihat dan si M kecik pulak eczema flare. So pagi lepas daddy pergi kerja, terus siap pergi klinik. Then balik kemas beg ape patut sebab malam karang dah bertolak balik kampung. Harapan memang jalan tak jem lah. Angah & Yol pun masing-masing on the way. Dulu suka konvoy tapi sebenarnye konvoy dalam jarak jauh ni adalah memenatkan bila dah ada anak ramai. So paling terbaik kita pergi and gerak sendiri sendiri je. tapi still boleh berhubung guna Whatsapp update dah sampai mana etc

Daddy balik je terus gerak siap tapau Burger King untuk buka puasa. Takut lambat pulak sampai kampung kalau lepas buka baru nak gerak.

Adik kakak lepas dah makan sikit terus tidur. Dedua lama betul tidur.. Ni kang kalau sampai rumah Onyang pukul berapa nak tidur balik ni ntah.

Perjalanan dari Putrajaya je Tongkang Pechah dalam 3 jam++ ikut Waze. So kami sampai ngam ngam soi dalam pukul 9 malam macam tu. Sempat dengar takbir raya dalam kereta. Lagu raya all the way from Putrajaya to Tongkang Pechah. Syahdu sebenarnya bila dapat beraya bersama-sama keluarga besar ni and tak tahu sampai bila boleh beraya seronok macam ni. Moga ahli keluarga ku semua dipanjangkan umur.

Sampai rumah nenek macam biasalah semua berborak sediakan itu ini. Aku sambung makan ketupat dengan masak lodeh. Kali ni abah jadi orang kuat masak semua lauk.

Yang paling gembira bila dah kumpul semua cukup kecuali Dida je tak balik menunggu hari nak bersalin.

Lambat jugak 2 M ni tidur tu pun dah bagitau kakak besok nak raya so malam ni kena tidur awal.

Adik adalah bangun sekejap sekejap tak selesa kot. Susu taknak..maybe sebab tekak or dia tengah selesema so taknak susu sangat.

No Comments »

A Famosa Villa revisited!

Ni cerita tahun lepas memang dah basi sangat.. Since ramai email tanya pasal banglo a famosa tu kan..

Link sini : www.gediks.com/2015/02/02/cuti-cuti-di-afamosa/ 

SO untuk kesekian kalinya, kami revisit dengan kawan-kawan yang nan susah dan senang dari muda-muda.. sekarang semua dah jadi bapak-bapak..

Kali ni pergi lebih ramai, lebih meriah lebih teratur sebab dah tau selok belok and apa yang terkurang apa yang terlebih..

Acara kami?

Makan.. makan lagi dan makan makan makan..

Gambar lagi..

 

12000892_10153696816659248_3759420622199154460_o 12002453_10153696810024248_8153826413862740776_o 11999660_10153696810839248_6808958439016644026_o 11947831_10153696814349248_4593914845425313916_o 11942324_10153696874174248_7848248167001161637_o 11930989_10153696815084248_724498152816543161_o 11125790_10153696872274248_394322631503007522_o 11147054_10153696809944248_8102350849998811676_o 11224592_10153696810004248_4712459831270854950_o 11950260_10153696813399248_4760949149034720032_o 11951604_10153696817124248_2870146833361351284_o 11999542_10153696815474248_3196595931522959109_o

Nanti baru sambung lagi.. gambar dalam rumah pulak…

2 Comments »

Bercuti ke Colmar Tropicale French Theme Resort , Bukit Tinggi, Pahang 1

Ya Ampun.. basi sangat dah cite ni bulan 9 tahun lepas baru nak cite kat sini.. takpela untuk tatapan di masa akan datang.

Sempena jerebu ingat nak pegi ler tempat tinggi tinggi sikit sambil-sambil berjalan.. Sudahnye nak yang dekat tapi tinggi.. Tak Genting.. Bukit Tinggi la rase-rasenye..

Lagipun tak pernah sampai sini so gigihlah mommy booking bilik dari Agoda. Rasa macam tak sampai RM200 la.. dapat murah je time tu sekali dengan discount Maybank.

Preparation untuk 4 orang:
Trip to Colmar Tropicale
26/9/2015 – 27/9/2015
Travel hours: +1 Hour
Check in time: 3PM but can check in early
Check out time:12PM

To bring:
Clothes
1- Swimsuit daddy & kakak (KIV)
2- Baju tidur lengan panjang X 1
3- Baju siang lengan panjang & seluar panjang X 3 pasang

Misc
1- Mosquito patch
2- Ubat nyamuk
3- Patapum
4- Plastik nak tapau breakfast
5- Plastik baju kotor
6- Toiletries – berus gigi & ubat gigi mommy, daddy & kakak , sabun mandi adik & kakak
Food
1- Roti & Tuna
2- Maggi cup
3- 3-in-1 coffee
4- Cutleries
5- Jajan & Biskut

Jangan main-main uols.. Nak pergi Bukit Tinggi sedepa dari rumah pun ade list.. kah kah kah..
Tapi memang aku style lagu tu la.. Nak pergi mana-mana kena ade list sebab nak mengemas untuk 4 orang..
Boleh jem otak kalau main ingat-ingat kat kepala je..

 

20150926_124721

Sinki

20150926_124658

Bath tub + shower skali ..toilet belah kanan takde gambar pulak.. luas jugak la bilik air dia ni..

20150926_124541

View dari tingkap bilik.. memang betul-betul belakang pentas.. time muzik tu memang dengar tapi takdela bising melampau-lampau sampai tak boleh tido sebab bilik tu macam ala kalis bunyi jugak la..

20150926_124455

Jadi katil King bila twin dirapatkan..hehehehe…eh eh oren nye seluar dikkk

20150926_124448

View dari depan bilik air

20150926_124441

 Ni pulak opposite sebelah katil

20150926_170727

Kakak kalau tido hotel memang benda ni je dia carik nak buat main.. macam takde benda lain nak main.. hahaha

Dalam phone memang ade gambar dalam hotel je.. sambung ….

No Comments »

Home Sweet Home in progress

IMG-20150801-WA0011 IMG-20150801-WA0013 IMG-20150801-WA0014 IMG-20150801-WA0010 IMG-20150801-WA0008 IMG-20150801-WA0009 IMG-20150801-WA0007 IMG-20150801-WA0006

Alhamdulillah .. to buy list paling utama dah tercapai iaitu nak memiliki rumah sendiri..
Tahniah buat husband sebab berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak..
Bini dia campak mane-mane pun hidup tapi mungkin fikir berapa lama lagi kita nak duduk menyewa..
Rumah makin lama makin mahal bukan makin murah..
Commitment pun makin lama makin banyak..
Rumah masih dalam process dan dijangka sepatutnya bulan Dec lepas tapi biaselah..delay lagi..
Kami pun dah budget untuk prepare nak kena bayar 2 rumah sampai June tahun ni just in case..
Harap-harap Allah permudahkanlah segala urusan kami..
Niat kami memang hanya satu.. nak bagi tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak dengan persekitaran yang baik sikit.

No Comments »