T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Hello Kitty cake by #lilredbakes

fotos_20150323031946

Mommy plan celebrate birthday dekat school dengan classmates kakak-to-be so tempah kek Hello Kitty siap-siap dengan Aunty Farihah

Boleh contact Farihah @Β www.facebook.com/pages/Farihah-Ismail

plus she can bake ANYTHING I TELL YOU!!!

Memang our fav baker .. semua nak order je dari dia .. senang! πŸ™‚

 

No Comments »

She is 3!!!

fotos_20150322010743

Pejam celik pejam celik dah besar dah anak mommy daddy ni..
Tsk tsk tsk..

Padahal masih segar bugar dalam ingatan mommy ni masa last check up kat HUKM tu..

Doc cakap malam ni admit esok kita operate! @_@

Macam mana perasaan takut mommy masa tunggu turn nak masuk OT tu..

Tapi nasib baik nurse-nurse kat HUKM tu semua baik-baik and buat macam takde ape sangat..

Berpeluh-peluh mommy walaupun sejuk melampau dalam bilik OT tu.

Sekarang umur 3 tahun banyak mommy nampak perubahan kakak-to-be ni..

Cerdik anak mommy daddy ni =)

We are so proud of u darling!

Take your time and mommy daddy always will be by your side to guide you inshaa Allah.

No Comments »

Maternity + nursing 2 in 1 pillow

20150210_210324

20150210_210345

 

Last time tak sempat nak beli maternity pillow just guna bantal biasa je sebab katil tu muat lagi even letak bantal banyak-banyak. This time sebab ada kakak M, so memang takde makne la mommy nak conquer katil tu.

Walau dah sambungkan katil dia ke katil kite pun bila bangun tengah malam dia still menyempit sebelah daddy jugak. Dah pulak daddy menyempit kat mommy. Mommy la yang sesak.

Disebabkan maternity pillow kat luar sana adalah melampau ya hamat .. dengan kepakaran mengGoogle dan ada sahabat yang sangat pandai jahit (nasib pandai pujuk mintak jahitkan cover maternity / nursing pillow ni siap tolong bagi sample lagi) akhirnya siap jugak cover maternity/nursing pillow ni.

Siap extra 1 lagi untuk kakak M dengan pattern Hello Kitty youuu..

Mekasih banyak-banyak la hanti tanti.. =) *one day die read jugak ni kalau dia boring-boring muahaha*

Kekabu tu daddy beli kat Jalan Kapar on the way balik rumah opah RM20 seguni dalam 1-2kg kot. Daddy jugak yang isikan dedua bantal.. mih mih mih..

Mommy punye request ade zip so boleh tambah/kurangkan kepadatan kekabu tu tapi kakak M punye hanti tanti tak sempat nak letak zip so daddy jahitkan lepas isi kekabu.

Memang sedap je peluk bantal ni time tidoq. Nanti kalau nak transform jadi nursing pillow boleh ikat je guna tali tu so jadilah nursing pillow =)

Mekasih tak terhingga kat hanti tanti.. hehehe

p/s: Tempahan adalah terhad which is sangat rare sekali tengok pandai pujuk ke idok. Sebab tukang jahit ni sangat mantop dan meletops.

No Comments »

littlewhiz cyber warehouse sales 27-29 Jan 2015

Semalam gigih shopping online sebab ada Cyber Warehouse sale kat littlewhiz.com.my

Mostly ada yang 50% off okayy..

So sebabkan kami dah malas nak keluar cari barang baby ni so online saja… Lagi sonang..

Lagipun just nk top up apa yang patut je (banyak jugak bila dah click tu macam borong semua je πŸ˜› )

littlewhiz

Semalam order terus dapat tracking number dari Littlewhiz team.

Memang laju betul..

Very impressive and cant wait for it!

1 Comment »

Jalan-jalan Dataran Putra, Putrajaya

Bila kami tak balik kampung or pergi mana-mana on weekend, kami selalu bawak si kenit ni jalan-jalan area Putrajaya.

Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.

Lepas balik makan dari Alamanda, kami singgah di Dataran Putra hari Jumaat lepas-lepas. Saja nak tengok suasana Dataran Putra ni. Memang sentiasa penuh je .Malam menjelma je mulalah penuh Dataran Putra ni. Mostly dengan family yang ada anak-anak.

Kami saja je jalan-jalan sepanjang jambatan. Bila malam kurang panas lah Putrajaya ni. Sejuk aje..

20140425_204232

20140425_204237

Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak anak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.

20140425_204242

20140425_204348_LLS

Daddy dari hari tu teringin nak bawak Maryam naik kereta kuda dekat Dataran Putra ni.Rate dia RM15 sekepala untuk 1 pusingan dataran ni. Maryam free sebab kecik lagi.. Bolehlah.. bukan hari-hari naik. JOM

Once dah pusing 1 round, dia bagi kita ambik gambar dengan kuda ni. Oklah tu.. Maryam yang paksa naik tau masa Daddy tanya pasal rate. Hihi.. pandai demand dah now..

20140425_205604

20140425_205652

Sebagai penutup Daddy belikan kucing robot je RM10.. Jadilah..

 

1 Comment »