T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

[Review] Molly Fantasy Indoor Playground, D’Pulze Cyberjaya

Molly Fantasy Indoor Playground kat D’Pulze ni macam baru sangat-sangat . Toys semua bersih cantik lengkap lagi.

Ikutkan dah pergi 2 kali bawak kakak M main sini sebab takde orang lagi-lagi kalau weekdays. Memang dia sorang je dalam tu boleh main puas-puas lah.

Rate dia 2 jam RM14 / 1 jam RM7 untuk Weekdays and kalau weekend 2 jam RM16 / 1 jam RM8. Kena gune reload card dari Molly Fantasi baru boleh masuk. So kena bayar kad RM2 deposit then baru reload. Lepas reloard card baru pergi dekat kaunter indoor playground, isi details anak and penjaga then nanti pekerja tu akan tick card kita. Kalau dah cakap memang nak 2 jam dia akan tolak siap-siap and inform kita sampai pukul berapa.
Pekerja semua ramah-ramah je.

Kalau macam sekadar nak masuk sekejap so boleh tick balik and balance tu boleh guna main mainan kat luar pulak.

Ni memang tempat fav kakak M la for now.

20150212_152600

20150212_162227

20150212_163936

20150212_152749

No Comments »

Jalan-jalan Dataran Putra, Putrajaya

Bila kami tak balik kampung or pergi mana-mana on weekend, kami selalu bawak si kenit ni jalan-jalan area Putrajaya.

Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.

Lepas balik makan dari Alamanda, kami singgah di Dataran Putra hari Jumaat lepas-lepas. Saja nak tengok suasana Dataran Putra ni. Memang sentiasa penuh je .Malam menjelma je mulalah penuh Dataran Putra ni. Mostly dengan family yang ada anak-anak.

Kami saja je jalan-jalan sepanjang jambatan. Bila malam kurang panas lah Putrajaya ni. Sejuk aje..

20140425_204232

20140425_204237

Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak anak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.

20140425_204242

20140425_204348_LLS

Daddy dari hari tu teringin nak bawak Maryam naik kereta kuda dekat Dataran Putra ni.Rate dia RM15 sekepala untuk 1 pusingan dataran ni. Maryam free sebab kecik lagi.. Bolehlah.. bukan hari-hari naik. JOM

Once dah pusing 1 round, dia bagi kita ambik gambar dengan kuda ni. Oklah tu.. Maryam yang paksa naik tau masa Daddy tanya pasal rate. Hihi.. pandai demand dah now..

20140425_205604

20140425_205652

Sebagai penutup Daddy belikan kucing robot je RM10.. Jadilah..

 

1 Comment »