T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Rasa yang same jek…

Yesterday bangun-bangun je macam nak pitam tak boleh bernafas..
Sakit tekak melampau..
so terus ajak husband teman pergi klinik..
seb baik dia pergi kerja tengah hari.. klinik panel pulak memang dekat office dia..
Dah confirm-confirm demam kan.. doktor tanya nak MC berapa hari..
ikotkan diri chek ni mestilah nak beribu-ribu hari.. miahahaha..
takpelah Doc.. bagi untuk hari ni je pun takpe sebab I masuk evening shift pun..

Balik memang tido je seharian.. husband balik .. masak megi makan lepas tu makan ubat balik..
then haruss pengsan lagi sampai la tengah hari ni..
terbangun-bangun jugaklah.. husband pandang aku..aku pandang husband.. pastu aku tido balik..
hahaha

Hari ni bangun-bangun je..
ade rasa tak berapa best..
pergi toilet..
dengar orang masaklah..
dengar suara budaklah..
dengar sayup-sayup je semua..
tengah hari weekdays kan? mana la ade orang sangat..
and me dont likey..

aku terasa macam dekat Korea..
dalam rumah aku dulu yang kat Inha tu..
Sekarang Korea kan tengah cuti summer..
memang time-time cenggini..
memang bangun lambat lah..
lagi-lagi kalau demam..
lepas tu..
TV pulak on cenel 391..
lagi laa asyik dengar perkataan-perkataan korea je..
memang sebijik!!

sebabnya kat rumah sana dulu memang TV cable tu on 24 jam tak pernah tutup. kadang-kadang je tutup bila terasa nak tutup tv..
kalo time tengah hari baru bangun tido kat Korea, memang sunyi jugak.. dah lah duduk kawasan kejiranan kan.
depan rumah aku laks ade family 2 adik-beradik kecik selalu main depan rumah dia..
jerit-jerit..
pastu kadang2 dgr orang belah kanan masak-masak bunyi periuk belanga skali dengan pinggan mangkuk berlaga..

kepala aku berdengung-dengung je..
memang kalau tutup mata..
terasa betul-betul kat rumah lama suasana dia..
OH MA GOSHHH!! apakahhh???
aku rindu Korea????!!

Tapi lepas tu bukak mata..kelip-kelip 2 kali..
ohhh terus berpijak di bumi yang nyata..
im at home.. my home sweet home..
with my darling husband..

Lepas tu hubs ajak tengok Muhan Dojeon(Infinity Challenge) pulak..
OH MA GOSH!!!
Rasa gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam summer kat Inha weyyy!! creepy gilaaa..
sebabnya.. kalau kat Korea..
aku biar je tv SBS tu terpasang ulang-ulang tengok IC kat tv..

Sambil tengok-tengok tu..
teringat pulak time aku and husband (masa tu tunang) berjalan-jalan yoheng(travel) kat Korea..
dengan panas lagi..
dengan tengik lagi..
dengan segala-galanye..
OH GOSH!
i miss spending my summer in Korea!! 🙁

i miss everything about Korea..
i miss..
🙁

Bilakah dapat balik semula ke tempat yang banyak meninggalkan kenangan suka duka aku ni haa??

No Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 2

Musim bunga
Selalunya selepas musim sejuk.. Lebih kurang dari bulan Mac sehingga hujung Mei tapi musim dekat Korea sekarang berubah-ubah.. to make sure paling selamat bulan April lah..

Kelebihan:
Waktu ni paling sesuai untuk berjalan-jalan sebab tak sejuk sangat and tak panas sangat.. tapi diingatkan still kena pakai sweater/jacket tapi bukan yang tebal-teballah.
Few years back ada sekali tu dari sisa-sisa musim sejuk terus panas macam bulan Julai. Masya Allah ya rabbi.. berpeluh ketiak..
tapi tulah kita tak boleh jangka musim ni walaupun kita tahu peredarannya macam mana.
Musim bunga time paling best bila bunga botkott atau sakura (bahasa jepunnya) akan mengembang cantik lawa betul..
Saya tak pernah miss waktu ni.. tapi diingatkan bunga botkott ni tak lama. Lepas hujan lebat menandakan masuk spring terus dia keluar dan akan luruh dalam masa 1-2 minggu then akan ada hujan lebat yang gugurkan semua kelopak-kelopak merah/putih sampai botak pokok tu. Barulah daun akan tumbuh balik.
Time ni memang banyak bunga-bunga lain akan tumbuh dan government suka tanam tepi-tepi jalan. cantik sangat.
My fav flower mestila tulip. bermacam-macam color ade.
Kalau sesiapa yang betul-betul minat bunga, selalunya akan ada expo bunga Korea (cuba google Floritopia Korea) dan tak sure pulak tempatnye tu akan ditukar atau stick kat 1 tempat je. 2-3 tahun lepas berkesempatanlah melawat Expo ni. Macam abah and nenek saya yang gila bunga tu of course macam dream come true.. LAWAAAAA SANGATTTT.
Almost semua bunga-bunga dalam dunia dibawak ke situ untuk dipamerkan dan dibahagi ikut negara dan jenis2 bunga.

keburukan:
Macam saya cakap awal-awal. Kadang2 masih sejuk dan bukan setakat sejuk Cameron ke Genting ke.. maybe around 10′ C – 15’C lagi.. Hujan kadang-kadang ada jugak dan boleh buatkan temperature cuaca lagi turun lepas hujan. So kena sediakan jacket lagi time nih.

p/s: My fav season! 🙂 Saya rekomen pergi time Spring!

bersambung lagi ye!

14 Comments »

Waktu sesuai untuk berjalan-jalan ke Korea 1

Ni nak share tips untuk sesiapa yang berminat nak ke Korea. Banyak sangat soalan tanya bila waktu yang sesuai nak ke Korea. Untuk saya, sebenarnye semua season bagus nak ke Korea sebab dia 4 musim kan.. Mari saya listkan kelebihan dan keburukan setiap musim:

Musim panas:-
Kelebihan-
Ada orang kate musim panas tak best nak jalan-jalan kat Korea. Tu adelah salah sebab masa musim panas lah kita senang nak jalan sebab memang tak kan hujan so nak buat aktiviti luar memang senang. Waktu siang panjang betul. Subuh selalunya awal-awal around pukul 3-4 pagi and isyak pulak sangat lambat around pukul 8-9 malam..

Keburukan-
Bersedia bertahan dengan kepanasan yang luar biasa. Tak langsung macam dekat Malaysia okay. Sebab panas Korea memang takde angin sepoi-sepoi langsung. Peluh pun macam terus tersejat aje.
Dan make sure musim hujan di Korea sudah berlalu or else memanglah kita tak boleh nak buat aktiviti langsung. Sebab selalunya dalam musim panas ada 1 time tu memang hujan sepanjang hari tapi panas. 🙂 So memang jadi tak selesa bila nak berjalan-jalan.

Bersambung :p

4 Comments »

SNOW at INHA University 2

tengah tunggu Kak G datang.. masa ni baru lepas makan kat kedai ajoshi feveret..Double Double.. makan 참치찌개(camchi jjigae=tuna hot stew) and 생선구이(saengsun gu-e=ikan bakar)

kak besaq stim tengok salji banyak-banyak..mata pun tak boleh dah nak bukak ke noks? Siti memang niat dia nak bergolek-golek dalam snow aje.. hahaha

kakak besaq aku tepi hi-tech..

sejuk-sejuk tapi gigih gak nak main.. balik rumah.. hamekkk.. kaki semua gatal-gatal sebab sejuk sangat.. terus curah air panas je..

OMGGG sila abai minah depan yang GEBU tu pleaseeeee

2 Comments »

Akhirnya..

Balik rumah dari kelas ada email dari PPMK..

“Merujuk kepada perkara di atas, makluman penting ini ditujukan khas buat semua pelajar tahun akhir (batch 5 & batch 4) yang akan menamatkan pengajian pada tahun 2010.

2. Mengikut keputusan terkini, pihak JPA telah memutuskan bahawa tarikh penerbangan pulang pelajar tahun akhir di Korea Selatan pada kali ini ialah pada 26 Febuari 2010. Hal ini berikutan wujudnya beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

………….”

INHA UNIVERSITY GRADUATION DAY  will be held on 24th February 2010 i guess..

Untuk menambahkancerita pula..  will start my so-called career on 1st of March 2010( Alhamdulillah bersyukur rezeki interview pertama ^^ )..

bagus betul balik terus kena get readt untuk menjadi penumpang setia KTM dan LRT pulak (since saya tidak sempat pulang winter ni nak ambik lesen 🙁   huhuhu )..

haha

Terpaksa laaaaa joli sakan this coming winter holiday..

lepas tu akan kerja yang tak boleh ponteng-ponteng pula 🙁

Ya Allah harap-harap semua berjalan lancar..  AMIN..

Sekarang paling penting..

HABISKAN MY FINAL EXAMS!!

:desk:

3 Comments »