T. H . E . G E D I K S heart always in K O R E A

The diary of a gediks student, lover, wife and mommy who once lived in South Korea..NOW she's living her own life but her heart always in KOREA =)

Asal mengantuk je ni

Asyik mengantuk je sekarang ni kan..

cuaca musim luruh ni patutlah menggalakkan penambahan berat badan yang melampau-lampau macam kena pam kan..

*sigh*

mari tido..

good nite~

1 Comment »

Aktiviti minggu lepas

Sepatutnya kena pergi Seoul berjumpa dengan Elly yang dah lama tak jumpa plus Sophia berada di Seoul atas urusan Tourism.. Jadi plan mahu lepak bersama..

tapi lupa diri sebab raya sakan banyak jemputan makan sini sana ..

yang ada assignment (GILAK BABUN PUNYA ASSIGNMENT!) haruslah sedar diri sebab Sophia habis kerja pukul 8 malam so memang kena lepak Seoul lah nampak gayanya.

Jadi terpaksalah melupakan niat untuk merambu ramba..

tapi ada orang tu (sambil jari tunjuk Akma) baru habis graduation exam so macam menggila nak melepas tension (ke? ) hahaha..

So ajak la jalan-jalan dekat yang tak perlu travel jauh-jauh tapi yang rasa macam jauh dari rumah.

Disebabkan musnah impian dia nak tengok Seoul Fireworks Festival 2009 adalah musnah ( ye! dibatalkan sebab Swine lahh ni!!) so bagi idea ajak main bunga api kat Wolmido.

Untuk memenuhkan kereta ajak sekali Kak Emy (yang memang tak pernah datang lagi) dan Ely so takdelah sunyi sangat kalau berdua kan..

Oh bagi sesiapa yang tak tahu , kat Korea tak boleh main bunga api kat kawasan rumah .. Illegal.. nanti kena tangkap.. (itu yang cikgu cerita lah time awal-awal datang sini) so kita kalau nak buat bbq ke main bunga api or something yang berkaitan api kena pergi tepi pantai mahupun sungai .. er dan juga mungkin perlu mendapatkan keizinan.. tak ingatlah..

tu kalau macam besar la kot. So Wolmido ni macam tepi laut dan ada jeti yang menyambungkan tanah besar Incheon dengan pulau-pulau kecik yang sekitar-sekitar tu.Tapi laut ni laut tak bertepi. Memang jenis bukan boleh mandi ke apa..

sebab kawasan belah Incheon , Seoul punya pantai tak macam pantai belah Busan, Ulsan sana.. sini agak kotor.. ala-ala Pantai Barat dan Pantai Timur lah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia bak kata orang..

Kat Wolmido jugak banyak kedai seafood, raw fish, dan kedai-kedai permainan. Selalunya couple lah banyak datang sini.

So kami jalan-jalan ambil gambar.. Pilih 1 kedai untuk makan 찜 (jjim) .. 찜 ni macam masak sambal lah boleh kata tapi penuh dengan taugeh.. so tujuan utama nak carik kedai yang ada 해물찜 lah.. so jalan-jalan punya jalan jumpa lah jugak 1 kedai .. order 1.. second time ke third time makan jjim ni .. yang paling tak boleh lupa sampai sekarang 찜 kat area Ulsan pantai ape tah eh.. Lupelah.. tapi time tu pergi makan dengan Jerry n Nada lepas balik dari pantai..

3

fulamak.. wacakap lu.. setapppppp weyhhh.. dah la haiwan-haiwan laut dalam pinggan besar-besar and banyak pulak tu. Murah pun murah.. memang tak boleh celen Wolmido punya lah. tapi kalau dah lapar makan yo lah kan.. Yang penting kena tahan pedas. hehehehe (bangga pulak sebab aku boleh makan benda-benda pedas lepas duduk sini 7 tahun..)

5

Kitorang ambil yang Medium punya. Memang banyak.. Malam tu pun tak habis semua.. habiskan seafood aje sebab tu yang mahal. hehehe.. Ajuma la ni suruh ambil yang Medium. Aku nak ambil yang Small punya aje.

1

2

Time tengah makan tu elok pulak ada bunga api dari ferry ala cruise pulak. Lama jugak dalam 5-8 minit lah. So terubat lah hati Akma nak tengok bunga api walaupun tengok dari cermin kedai aja. Kami duduk dekat area cermin so boleh nampak view luar.

Lepas makan tu jalan-jalan sambil carik bunga api. Beli 3 batang yang panjang tu and 1 bunga api besi brand kucing macam kat Malaysia tu tapi kali ni bentuk love. gigih okay nak bakar. Siap pinjam lighter dari ajoshi kedai lagi.

4

6

Pastu try nasib main dart. Seumur hidup baru tau yang aku ni boleh je sebenarnya nak baling dart and letupkan belon. hehehehe terima kasih lah dekat semua orang yang berkenaan sebab bagi kata semangat dan sokongan yang berpadu-padu gitu. haha *cium semua orang* akhirnya usaha kami bersungguh-sungguh dapat bawak balik seekor monyet pink dan seketul tulang berwarna biru kenangan buat Akma sebab saya berusaha baling bersungguh-sungguh dart sampai tercucuk padu kat papan belon tu. hehehehe 😀

Lepas tu sedar diri tak boleh main banyak-banyak so tengok orang main kat permainan ape tah nama pusing-pusing. Then sesudah sedar diri yang agak lama jugak berada di Wolmido akhirnya kami pun pulang ke rumah.

Balik rumah baru gelabah tak siap banyak lagi.. Miahahahah 😀

7

makanan yang dipanggil 안주 (anju) mahupun  간식 (kanshik) makanan yang ringan dan selalunya untuk dimakan time minum  sul (arak).

p/s: Gambar ihsan dari facebook Akma 🙂

No Comments »

Saya suka cara lama

Ugh..

saya minta maaf banyak-banyak kalau tak accept apejadah e-kad raya ape..

i like the old way..

KAD RAYA..

lagi ade sentimental value ok..

and dapat jugak final kad raya dr Malaysia..

hehe harap2 tahun depan dah boleh bagi alamat Malaysia la plak…

thanks to Kak Ain (also the duit raya *winks)..thanks to Lan Monban.. thanks to Kekasih hati.. thanks to Mak abah adik-badek dan x lupa Danish yang ‘sign’ Mak Long punye kad raya.. ohoo..kad raya siap lagu okeyh.

Hope kad raya yang diedar sudah selamat sampai yea??

We are going to berbuka puasa last kat Embassy and maybe sleep over kat Seoul lah..

and terus je pergi beraya Embassy pagi tu..

tak kecah2 sini sane la nak siap2 pulak pagi tu dari Inha..

hmmm..

and i wana meet Yun Jong!! my sister hehehe..

yela same2 pun busy..

and she is busy working right now..

so susah nk jumpe..

ahad boleh la jumpe lepas die balik church..

di kesempatan ini..

saya, selaku pemilik blog Gediks.com ini ingin memohon ampun & maaf sekiranya ada perkataan dan perbuatan yang saya buat di luar blog dan di dalam blog ini menyentuh, mengasari, mengecilkan hati mana-mana pihak..

saya hanya manusia biasa.. yang buruk semua datang dari saya dan yang baik-baik semua dari Allah swt..

Halalkan makan minum (jika ada ) yea?

semoga kita sempat bertemu lagi di Ramadhan akan datang..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN!!

2 Comments »

Sepasang kuih raya

Sebelum kita mulakan sesi pertunjukan kuih raya 2009..
mari tepuk tangan untuk cik basirah sebab berjaya buat sepasang kuih raya untuk dijamu diri sendiri pada pagi raya.. keh keh keh..
mak pun tak caye nokss..
mak yang tangan keras ni boleh berjaya membuat kuih kegeramankegemaran raya ni noks..
hahaha clap clap clap..
tepuk tepuk pengakap..eh apehal tibe2? haha

IMG_2503

tanpa melengahkan masa, mari kita memperkenalkan.. cik cornflakes sultana cookies~~ yeaaa.. telah dibuat menggunakan cornflakes yang masuk hangen .. haaa walaupun jadik.. kau imejin jelaa sendiri camno dalam nya yang macam ala-ala lemau tapi masih sedap dimakan .. hehehe kuih pertama biasela.. mane purffecto lagik..

IMG_2502

mari berkenalan pula dengan my choco chips cookies with pecan.. ha pecan nak jugakk disebut.. haha.. yelah kalo sesapa alah pecan tu mesti tak terliur langsung. sama macam kalau tengok blog orang lain nampak sedap tapi caption tulis mee goreng mamak takda telur.. mesti tak boleh celen mee goreng mamak yang ada telur 😛 keh keh keh

IMG_2501

Gambar sesi sampling kuih.. hahaha yela.. buat kuih time puasa la katekan..

camno la nak rase merase ni..

main bajet2 ajelah..

seb baik sodap..

hangus je yang tak boleh control.

den tak pandai laie nak kontrol api letrik ni.. tu yang logam2..

takpe!!

yang hangus sudah selamat masuk dalam perut untuk dihilangkan bukti masak kuih hangus.. nanti bakal mak mentua ai nampak matilaa yeww.. he he he he..

p/s: KEPADA RAKAN TAULAN YANG NAK MERASA KUIH BUATAN KAKITANGAN SAYA SILALAH DATANG KE RUMAH YEA 🙂 * sambil korang doa yang tukang buat tak tinggalkan serdak aje di pagi raya nani*

9 Comments »

Rumusan picnic

Since kemalasan adelah melanda..

aku buat rumusan je..

DI manakah?

Yoeido Park,Seoul

Berapa orang kah?

5 orang

Siapakah?

With tingtong gurls.. Dada,Lala,JatJat(haha bolehke?!),YenYen(sebut hujung utk Lion :P)

Pukul berapakah?

Sepatutnye pukul 7 am..but lambat jd 8.30 am but then aku sampai almost 9..

Makan apakah?

Nasi lemak sedappp masyuk melampau gilaaaaaa, sandwich yang sedap mcm kalau campak bagi piranha makan dlm mase 2 saat mesti habis, juice and hot caffe latte..(auww sedapp)

Aktiviti apakah?

Makan, borak pasal machine air syiling tu(merapuu gilaaaa), gelak mcm 1 taman boleh dengar(akibat dengar rumusan cerita pasal machine air syiling), amik gambar mcm kami adalah model America’s Next Top Model cycle yg mmg xkan ade cycle pasal kami.. hahahaa

Moral?

Silalah bawak Kak Basz kalau nk mengarut2 mcm melampau sakit perut sakit pundi kencing gelak kan? hahaha..to be continued utk next trip akan datang.. weeee.. cepatla winter holidayyyy~~~~ too many things to do lagi!!

Gambar2 nya?

operasi mengeluarkan balik nasi lemak+sandwich dari perut Huda

Nobody nobody…errr…will go picnic on Friday @ 9am??????EXCEPT US? tp mmg kitorang aje tergedik2 amek gambar time tu sbb sume org tgh bz on da way keje..wakakaka 😛

Closer your eyes, Close your mouth, Close your ears, just SMILE = ENJOY LIFE TO THE FULLEST!!

daun2 kering depan tu props ok.. gigih ‘org’ ittew gi kutip and tabur to amik mood autumn ..hahaha

Bersama daun wajib amik time autum season la kan…Daun mohabbatein

SENYUMAN seronok + puas..

eventho sekejap.. but the memories will remain la kan..

Last year aku dtg with sahabat2 lain.. and this year i came back with another sahabat2 lain.. sahabat2 come and go but deep down my heart.. once jadi kawan aku. they all kawan aku sampai mati..

unless you avoiding me to be your friend.. ha tu pi lantak kau laaa.. i never want to care 😛

No Comments »